apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.3.12

Jauh dari Cinta buat air mata ini menitis laju...

Assalamualaikum...

Siapa dah baca novel Jauh dari Cinta hasil nukilan Adah Hamidah? Dari awal sampai akhir, tidak membosankan aku. Malah, teruja meneruskan tiap helaian. Bila part sedih si Nysa, adoi... laju aje air mata ini menitis. Memang sesuai benar dengan jiwa yang halus ini....

Tahniah kepada Adah Hamidah atas garapan yang hebat. Memang mengagumkan. Masa kak sofi dapat novel ni, dah cetakan ke enam. Tahniah sekali lagi. Memang antara koleksi simpanan, for sure. 

 

Cinta Nysa Sakinah kepada Farish Aqil berputik sejak di universiti lagi namun Aqil tidak menyambut cintanya kerana Aqil sudah punya Lily. Namun, Allah menentukan bahawa mereka berjodoh lantas menjadi suami isteri atas percaturan keluarga. 

Bukan mudah menjadi isteri kepada lelaki yang hatinya dimiliki wanita lain, kan? Apatah lagi bila cintanya pernah ditolak oleh Farish Aqil. Kerana itu, Nysa nekad mengembalikan Aqil kepada yang berhak, iaitu Lily. Arghh...

Nak tahu lagi? Cepat pergi order online di Karyaseni. 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

6 ulasan:

  1. btul2..saya dah baca novel niee....huhu..sedih dan gerammmm!!memang best la novel nihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg ka... sedih tp geram pun ada pd nysa tu

      Padam
  2. sungguh ke best kak sofi? kalu betul sungguh, nak gi cari..cetakan ke 6 tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cita rasa org kan berbeza2 tp kak sofi sendiri mmg jadikan novel ni koleksi hehe...

      Padam
  3. mula2 baca memang sedih & ok lah citer dia tp lama2 jd menyampah pulak dgn si nysa ni yang obsessed sgt nak satukan aqil dgn lily.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heh setuju tp cara citer tu diolah... best

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.