apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.3.12

Irma bertunang: Jumpa tunang di Mekah....

Assalamualaikum...
Dalam ramai-ramai artis yang pakai tudung, aku paling suka dengan gadis ini. Kenapa? Tak ada sebab tapi aku memang suka dia. Dan semakin suka bila baca dia dah bertunang malah cara jodoh itu dipertemukan juga.... Subhanallah... memang menarik dan rasanya penuh barakah... 

Ni gambar Irma dengan emak dan bakal emak mentua... Cute....
RIANG... Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua, Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam. 

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga  Rezza Shah Azmeer Radzuan, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.
“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” 
Mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.


Semoga anda bahagia, Irma Hasmie.....
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.