apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.3.12

Betapa Payah Menghadapi Kehilangan....

Assalamualaikum... 


Anda lihatlah sendiri betapa menderitanya dia. 

*Seekor kucing mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta di sebuah kawasan parkir. Temannya/kekasihnya menghampiri jasad yang sudah tidak bernafas. Dia sangat sedih ketika melihat kekasih/kawannya meninggal dunia. Dia setia menunggu di depan jasadnya serta berusaha mengejutkan dengan harapan, kekasih/kawannya, hidup kembali. 

Tapi apa daya, itu tak mungkin terjadi. Lalu, seseorang berusaha membawa jasad itu untuk disemadikan di tempat yang layak. 


Betapa......, 
Seekor kucing pun mempunyai rasa sayang dan setia kepada kawan/kekasihnya? Tapi terkadang, manusia begitu mudah membuang nyawa sesama sendiri hanya kerana benci dan dendam?

Renungkanlah....
Cuba renungkan bagaimana rasanya jika kita ditinggalkan orang yang sangat disayangi buat selama-lamanya. Dia pergi dan dia tidak mungkin akan kembali lagi. Apakah kita juga akan jadi seperti kucing itu?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.