apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.3.12

Bercinta punyalah lama, kahwinnya sekejap aje....gambaran perkahwinan masa kini!

Assalamualaikum... 

Sejak 2009, kajian yang dibuat mendapati bahawa pasangan islam bercerai setiap 15 minit. Yang menyedihkan, ramai yang bercerai-berai ni adalah dalam kalangan umur muda dengan usia pernikahan kadang-kadang tak sampai setahun pun! Malah, menurut kajian itu juga, umumnya, pasangan muda yang bercerai ini pernah bercinta dan mereka lebih lama bercinta daripada berkahwin. 

Usah tanya kenapa perceraian berlaku. Banyak menjadi penyebabnya. Dan, selalu, lelaki cari salah perempuan, isteri pula korek keburukan suami. Tak kan pernah habis!

Lebih baik kita cari jalan macam mana nak kekalkan perkahwinan. Berusaha mengekalkan suasana romantis dalam rumah tangga dari malam pertama  sehingga ke hujung nyawa. Kerana, kita tidak berkahwin untuk bercerai, kan?  

Tips untuk mengekalkan suasana romantis dalam rumah tangga
Berdua-duaan 
Cari peluang dan masa untuk berdua-duaan dengan suami/isteri. Sekejap pun jadilah! Yang penting, anda berdua dapat bersama. Dapat tunjukkan perasaan cinta yang ada tanpa anak atau orang lain. Hanya anda dengan si dia!
Komunikasi 
Komunikasi tu apa? Bercakap! Bincang! SMS! Chat! Tak ada masa nak bercakap dengan suami? Sibuk sangat? Amboi... 5 minit pun tak ada? Maknanya, ada masalah la tu! 


Pentingkah komunikasi? Mesti la! Komunikasi ni macam jambatan, yang jadi penghubung kebahagiaan. Kalau dah mula tak saling meluahkan tu, takut nanti pi luah pada orang lain pulak! Kacau! 


Nak cakap apa? Apa saja! Yang remeh temeh pun tak apa! Sebab, kadang-kadang, yang remeh itulah yang besar sebenarnya!
Kenal pasti kehendak dan keperluan pasangan 
Kenal pasti dan penuhi keperluan suami/isteri. Gembirakan dia, maka gembiralah anda! Kalau dia senyum, anda juga tentu akan senyum, kan? Apakah yang lebih membahagiakan selain daripada melihat orang tersayang senyum, gembira, ketawa? Betul?
Berhadapan dengan konflik 
Mana ada rumah tangga yang tak ada konflik? Semua ada! Gaduh, perang kecil, perang besar, sebab cemburu, sebab anak, sebab kawan, campur tangan mak mentua.... Semua harus ditangani! Didepani! 


Jangan lari daripada konflik. Jangan mengelak! Jangan lepas tangan! Selesaikan segera setiap masalah yang  muncul. Jangan tunggu! Lari, menunjukkan anda tu pengecut! Dan, masalah akan jadi semakin kusut! Konflik akan berlanjutan. Mungkin, sudah terlambat pada saat anda hendak menyelesaikannya. 
Sentiasa memaafkan pasangan anda 
Bila gaduh, masam muka, masing2 menunggu pasangan untuk meminta maaf. Kadang-kadang sampai berhari2 tak bertegur sapa. Apa ni? 


Kita manusia biasa, kawan! Kita buat silap. Jadi, kalau kita yang salah, cepat2 minta maaf. Jangan ego! Tapi, kalau bukan salah kita, pun tak ada salahnya kalau kita minta maaf. Kalau tak mahu minta maaf, jadilah diri seorang yang pemaaf. Maafkan saja dia kerana dia, kita, anda, suami anda, isteri.... adalah manusia. Manusia sentiasa buat salah. Memaafkan bukan bererti kalah, kan? Itu menunjukkan anda seorang yang penyayang dan pengasih. Pasti, dia akan lebih menghargai... 
Bertanggungjawab 
Bila kahwin, isteri ada tanggung jawab pada suami. Suami ada tanggung jawab kepada isteri. Tunaikanlah! Hidup berumah tangga adalah permulaan kematangan dalam berfikir, bertindak, berkeluarga. Pikullah tanggung jawab dan penuhi kepercayaan suami/isteri anda! 
Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan 
Perkahwinan perlukan komitmen anda. Komitmen penuh, bukan sekerat2, tahu? Sebelum ke tempat kerja, letakkan keluarga sebagai urusan utama anda pada setiap hari. Urus keluarga elok2 dulu baru fikirkan kerja.  
Jaga penampilan diri 
Yang ni lebih kepada orang perempuan. Dah ada anak, gerenti badan tu tak macam dulu, okey! Jadi, berhiaslah untuk suami. Janganlah selebet sangat! Dalam luar kena jaga. Tak payahlah nak pergi 'Slimming Center' yang mahal2. Bersenam, jaga makan, pantang benda2 yang sejuk, berair... insyaAllah, anda akan kelihatan menawan di mata si dia! Jangan bau pampers dah la! Jangan juga tepek bedak sejuk masa suami ada, ekeke...
Perbanyakkan sentuhan kasih sayang 
Sentuh! Pegang! Cuit! Hmm, bukan orang muda aje... yang tua pun boleh! Peluklah! Bukan orang lain pun, isteri, kan? Suami, kan? Nak malu apa? Cuma, jangan lebih2 la.. batas kena jaga jugak!
Wujudkan suasana romantis di rumah 
Rumah adalah syurga suami isteri. Jadi, kemaskanlah! Bersihkan! Si dia akan rasa tenang. Anda akan seronok bila dia tenang dan selesa. 


Aktiviti bersihkan rumah ni, lebih seronok jika dibuat bersama2. Mengeratkan hubungan, tau!
rujuk: mymetro


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

  1. masa bercinta lebih lama dari masa berkahwin. ini ikerana masa bercinta semua elok dipandangan. yang x elok semua disembunyikan.bila dah kahwin yang x elok semua kelur. ini yang dikatakan x jujur semasa bercinta.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.