Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

cinta lebih penting dari harta... Rozita Che Wan

Assalamualaikum...

Aku suka cara Rozita Che Wan menepis gosip. Terutama gosip hangat antara dia  dengan Datuk K. Apa katanya?
“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,”  Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.
Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang …

Masalah haid bocor? Baca ni!!

Assalamualaikum...  Pernahkah anda mengalami keadaan haid yang keluar dengan banyak? Haid anda turun macam air hujan? Tiap sejam kena tukar pad baharu? Malah sering kali, haid bocor melekat pada baju yang dipakai? Memaksa anda bawa baju tukar atau lapik kerusi dengan paper atau kain buruk. Pernah? Sehingga ada kawan2 anda kata anda nampak pucat dan tidak bermaya setiap kali haid? “Ini menandakan pendarahan haid yang banyak iaitu melebihi 80 mililiter bagi setiap kitaran adalah perkara tidak normal. Malangnya ramai tidak menyedari keadaan ini, yang dianggap biasa kerana sudah mengalaminya sejak sekian lama,” - Perunding Ginekologi dan Obstetrik, Dr Suresh Kumarasamy,
Bandingkan keadaan pendarahan haid tidak normal di atas dengan haid yang normal:Haid yang normal punya ciri2 berikut...
1. Tempoh kitaran 28 hari (minimum tujuh hari) 2. Tempoh haid biasanya empat hari (minimum dua hari) 3. Jumlah darah haid 40 mililiter (minimum 20 mililiter)
Seseorang wanita dikatakan mengalami masalah pendarah…

PRU 13 dah dekat sangat! Tarikhnya ialah....

Assalamualaikum...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cakap.... Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir kerana... “Keyakinan rakyat semakin bertambah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)"Kalau macam tu, jom undi .....   ramai2. Jom!!! 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

Irma bertunang: Jumpa tunang di Mekah....

Assalamualaikum...
Dalam ramai-ramai artis yang pakai tudung, aku paling suka dengan gadis ini. Kenapa? Tak ada sebab tapi aku memang suka dia. Dan semakin suka bila baca dia dah bertunang malah cara jodoh itu dipertemukan juga.... Subhanallah... memang menarik dan rasanya penuh barakah... 
Ni gambar Irma dengan emak dan bakal emak mentua... Cute....

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza Shah Azmeer Radzuan, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu. “Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,”  Mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.

Semoga anda bahagia, Irma Hasmie..... Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow…

Cuti: Seronok sangat ke duduk di rumah lama2?

Assalamualaikum...  Dalam berita harian melaporkan.... Kementerian siasat dakwaan guru tak dapat cuti 90 hariIni kerana CUEPACS mendakwa bahawa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor pendidikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari.  “Isu ini tidak seharusnya timbul kerana apabila guru memohon cuti, pihak sekolah selalunya akan menyediakan guru ganti bagi meneruskan kerja mereka sepanjang tempoh cuti bersalin. Kementerian akan menyiasat dakwaan CUEPACS itu bagi menentukan sama ada isu berkenaan benar-benar timbul,” - Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, 
Kelmarin, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari seperti diperuntukkan. 
........................
Bagi aku, aku tak perlukan cuti banyak2 tu. Jemu la nak duduk di rumah selama itu. Rasanya, …

Jauh dari Cinta buat air mata ini menitis laju...

Assalamualaikum...

Siapa dah baca novel Jauh dari Cinta hasil nukilan Adah Hamidah? Dari awal sampai akhir, tidak membosankan aku. Malah, teruja meneruskan tiap helaian. Bila part sedih si Nysa, adoi... laju aje air mata ini menitis. Memang sesuai benar dengan jiwa yang halus ini....
Tahniah kepada Adah Hamidah atas garapan yang hebat. Memang mengagumkan. Masa kak sofi dapat novel ni, dah cetakan ke enam. Tahniah sekali lagi. Memang antara koleksi simpanan, for sure. 

Cinta Nysa Sakinah kepada Farish Aqil berputik sejak di universiti lagi namun Aqil tidak menyambut cintanya kerana Aqil sudah punya Lily. Namun, Allah menentukan bahawa mereka berjodoh lantas menjadi suami isteri atas percaturan keluarga. 
Bukan mudah menjadi isteri kepada lelaki yang hatinya dimiliki wanita lain, kan? Apatah lagi bila cintanya pernah ditolak oleh Farish Aqil. Kerana itu, Nysa nekad mengembalikan Aqil kepada yang berhak, iaitu Lily. Arghh...
Nak tahu lagi? Cepat pergi order online di Karyaseni. 
Terima kasih …

Dah jumpa dah...

Assalamualaikum...


Ini ialah Derek Ramsay, watak utama yang kasar dan macho dalam rivals, citer filipina di 133, astro. Sekali tengok lakonan dia, suka la pulak. Tapi sebenarnya, aku sedikit pelik. Bukankah selalunya, hero filipina ni muka budak2 jek? 
Dah lama tak tengok, sebab tak suka jalan cerita filipina yang berbelit2 dan hero budak kecik, hehe.... tapi sekali tengok cerita ni, mmm, dah tersuka. Jangan tersangkut dan tergian nak duduk depan TV dah la, ya! Susah aku nanti. Manuskrip ke mana, rancangan mengajar ke mana. perghh...
Watak heroin dia pun not bad. Gadis cantik ini...
Namanya Bea Alonzo. mesti ramai yang kenal dia kot? aku aje yang baru nak suka...
Jom kita tengok gambar dia orang lagi... tapi kali ini bayangkanlah Derek tu Adnan Malik dan Bea tu Alisa... boleh?






Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

Maid indon, 1 kerja gaji min RM700. Banyak ke sikit tu?

Assalamualaikum...  Seorang amah, satu tugas Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my
Baca berita ini dahulu, ya!
JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah ......................
Dah baca? Apa pendapat anda? Sokong? 


Hmm, kesian pada para isteri atau suri rumah …

Betapa Payah Menghadapi Kehilangan....

Assalamualaikum... 

Anda lihatlah sendiri betapa menderitanya dia. 
*Seekor kucing mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta di sebuah kawasan parkir. Temannya/kekasihnya menghampiri jasad yang sudah tidak bernafas. Dia sangat sedih ketika melihat kekasih/kawannya meninggal dunia. Dia setia menunggu di depan jasadnya serta berusaha mengejutkan dengan harapan, kekasih/kawannya, hidup kembali. 
Tapi apa daya, itu tak mungkin terjadi. Lalu, seseorang berusaha membawa jasad itu untuk disemadikan di tempat yang layak. 

Betapa......,  Seekor kucing pun mempunyai rasa sayang dan setia kepada kawan/kekasihnya? Tapi terkadang, manusia begitu mudah membuang nyawa sesama sendiri hanya kerana benci dan dendam?
Renungkanlah.... Cuba renungkan bagaimana rasanya jika kita ditinggalkan orang yang sangat disayangi buat selama-lamanya. Dia pergi dan dia tidak mungkin akan kembali lagi. Apakah kita juga akan jadi seperti kucing itu?
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah foll…

Ayam V$ Lembu

Assalamualaikum... 
Dedaun Hijau masukkan cerita di bawah ni di FB. Jom baca! :)
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!


Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak ada nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari mereka makan telur aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! .....................

Bunyi macam lawak, kan? Tapi, ada mesej tu.... Jom fikirkan bersama-sama!
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Jepun: Setahun selepas tsunami....

Assalamualaikum... 
Kenangan pahit memang sepatutnya dilupakan tetapi sisa2 kenangan yang diabadikan melalui gambar membolehkan kita menjadikan peristiwa lampau itu suatu lembaran sejarah demi masa depan yang masih ada... 
Masih ingat peristiwa tsunami serta bencana lainnya di Jepun tahun lalu? Dah genap setahun rupanya. Jom kita lihat 2 gambar, yang atas, waktu bencana dan yang bawah, kisah masa kini. 
Lihatlah gambar2 di bawah. Ia gambaran 2 peristiwa, tahun lalu dan masa kini. 

 a fishing port in Miyako, Iwate  A whirlpool caused by the March 11, 2011 tsunami is seen near Oarai City, Ibaraki (kiri) The tsunami-devastated Yamada town  The tsunami-devastated Kesennuma in Miyagi 
Yang di atas tu gambar masa tsunami dan yang kat bawah tu gambar masa kini. Hidup yang diteruskan meski ada kehilangan.... sedih.....
Bersyukurlah.....kita lahir di Malaysia... . 


Nak tengok gambar2 seperti itu lagi? Hop ke sini!

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni…

Akhirnya Aku Kahwin, yahoo!!!

Assalamualaikum... 

Macam tajuk novel aik? hehe... bukan aku yang kahwin sebab memang dah kahwin pun. ni kisah malek noor. tahniah pada dia dan isteri. serta selamat pengantin baru.
Ayat best daripada malek noor di harian metro "This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” 
Datuk Abdul Malek Noor, 56, selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, semalam.

Dr Wan Asma, ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun dan nenek kepada empat cucu, menerima mas kahwin dan hantaran senaskhah al-Quran selain lima dulang daripada pihak lelaki termasuk beg tangan, minyak wangi, persalinan solat, kasut, kek dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Jom tengok gambar kahwin mereka.






Semoga berbahagia sehingga ke akhirnya...
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Nasihat kepada yang disayang semasa dia tidur...

Assalamualaikum... 

Tertarik dengan post oleh Faizah Abu Bakar di FB. Hayatilah...

Bagaimana nak menangani anak yang degil?


Tips ini juga boleh dibuat kepada suami atau isteri yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik...
1. Semasa anak kita sedang tidur,  inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasi…

Untuk bakal pengantin... nak bulan madu ke mana, ya?

Assalamualaikum... Tentu ramai yang berkahwin hari ini, maklumlah, cuti sekolah dah bermula, kan? Dan kahwin, tentu nak berbulan madu pula. Kerana, berbulan madu kini sudah menjadi kemestian kepada pasangan pengantin baru. Ingin mengabadikan momen indah yang tiada ulangannya? Maka, tentulah mahu pergi ke tempat2 yang istimewa, kan? Juga tentu inginkan cara yang istimewa juga yang hanya anda berdua menikmatinya, tidak ada pasangan lain melakukan begitu.....
Di Malaysia, ada 5 tempat dan cara untuk pasangan melarikan diri dari hiruk pikuk individu lain. Hanya anda berdua, berteman bulan, bintang, matahari, langit..haha....Nak tahu di mana? Layanz... 1. Berdua-duaan di atas kapal layar - Betul-betul tiada gangguan punya. Hanya anda dan si dia untuk menjelajah Laut Andaman, mahupun ke 99 pulau2 cantik Langkawi malah boleh sahaja belayar sehingga di tengah2 Lautan Hindi. Sewaan kapal layar di Langkawi (kos : RM3150)
2. Sky Diving di Johor- Nikmati perasaan gayat dan keseronokan melompat daripad…

Bercinta punyalah lama, kahwinnya sekejap aje....gambaran perkahwinan masa kini!

Assalamualaikum... 
Sejak 2009, kajian yang dibuat mendapati bahawa pasangan islam bercerai setiap 15 minit. Yang menyedihkan, ramai yang bercerai-berai ni adalah dalam kalangan umur muda dengan usia pernikahan kadang-kadang tak sampai setahun pun! Malah, menurut kajian itu juga, umumnya, pasangan muda yang bercerai ini pernah bercinta dan mereka lebih lama bercinta daripada berkahwin. 
Usah tanya kenapa perceraian berlaku. Banyak menjadi penyebabnya. Dan, selalu, lelaki cari salah perempuan, isteri pula korek keburukan suami. Tak kan pernah habis!
Lebih baik kita cari jalan macam mana nak kekalkan perkahwinan. Berusaha mengekalkan suasana romantis dalam rumah tangga dari malam pertama  sehingga ke hujung nyawa. Kerana, kita tidak berkahwin untuk bercerai, kan?  
Tips untuk mengekalkan suasana romantis dalam rumah tangga Berdua-duaan  Cari peluang dan masa untuk berdua-duaan dengan suami/isteri. Sekejap pun jadilah! Yang penting, anda berdua dapat bersama. Dapat tunjukkan perasaan cinta yan…

SBPA batal, SSM diperbaiki

Assalamualaikum... 
Nampaknya SBPA dibatalkan sudah. Tutup buku! Kekallah kita dengan SSM yang kononnya akan diperbaiki. Sebagai langkah permulaan, ini pengumuman yang dibuat Najib dalam pertemuan dengan wakil2 Perkhidmatan Awam, pagi tadi. Datuk Seri Najib Tun Razak also announced salary adjustments of: 
- 13% for employees in the management and professional group from grade 1 to 54, 
- 9% for the Jusa A, B and C grades, 
- 8% for the staff grades 2 and 3, 

- 7% for staff grade one and the Chief Secretary to the Government. uga....
Cost of Living Allowance (Cola) to be increased from: 
- RM200 to RM250 for the B area, 
- RM100 to RM150 for the C area. Terima kasih NST untuk berita ini...
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Take Care of Us, Captain... kisah pilot. Best....

Pertama kali menontonnya tadi, dah episod 7 dan 8 namun kisah pilot lakonan mantap hero 'Jewel in The Palace' ini amat mengesankan. Kisah pilot tu.. hehe. Teringat pada Kapten Ahmad Faiz Zakuan...
Hayati OST drama Korea bertajuk, Take Care of Us, Captain...muahhss...

Mati Putik? Anda pernah dengar?

Assalamualaikum...

Andai bicara tentang mati pucuk, pasti semua orang mampu mengangguk dan berkata... owhh, itu masalah lelaki. Tapi, kalau kita cakap fasal mati putik? Apakah ia? Anda pernah dengar?
'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita. Tanda-tandanya ialah bila wanita mula mengalami kelewatan klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Dalam kata lain, mati putik ialah keadaan bila seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. Haru...

Selagi belum kahwin, mati putik bukanlah satu masalah sebenarnya. Iyalah, kan? Mana tahu anda tu mudah terangsang atau apa kerana hubungan 'intim' dilarang sama sekali selagi belum bernikah? Kan? Tak payah nak tahu atau nak baca2 buku lucah atau nonton vid lucah. Tak perlu semua tu!! Sampai masanya nanti, anda akan tahu keupayaan diri anda juga. Hmm...
Tapi, kalau anda seorang isteri. mati putik adalah satu masalah besar. Jangan buat tak tahu atau men…

Comey nyer anak Mawi dengan Ekin... cubit boley?

Assalamualaikum...

Dah tengok rupa anak Mawi dengan Ekin? Apa2 pun, tengoklah dulu emak ayahnya..
Emak cantik, ayah hensem...  dapat anugerah terindah ini..... namanya Cahaya Malaikha... nyenyaknya tidur....
ayah yang bahagia......
selamat menyambut orang baru dan kepada ekin... selamat berpantang haha...

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Bersyukurlah...

Assalamualaikum...

Sungguh.... kadang2 kita ingat kitalah isteri terbaik dalam dunia ini. sehingga kadang2 kita terlupa mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita iaitu suami kita. Terutama bila dah lama kahwin ni... dah x peduli dah.... haha...
Cuba amati gambar di bawah... Elakkan bersangka buruk. Bukankah gambar ini gambar mereka yang berada di Tanah Suci? Jadi tidak ada sebab untuk berprasangka. Habis, kalau suami isteri, mengapa berpelukan begitu? Patutkah? 
Perhatikanlah betul2! Dapatkah anda melihat bahawa si isteri itu sedang membantu suaminya berjalan? Bantu? Dengan memeluk? Hmm.... kerana sang suami perlukan dirinya untuk berpaut dek kerana beliau tiada sebelah kaki. Nampak?
Hebat sungguh suami ini punya isteri sebegitu. Kan? Itulah pengorbanan! Melihatnya, hati ini berkata-kata.... Alangkah kerdilnya aku!!!Renungkanlah...

sumber: sini

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)