apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.2.12

Wabak AGE di Hilir Perak. Awas!

Assalamualaikum...

Di daerah Hilir Perak sekarang ini telah menular satu wabak bernama AGE. AGE ialah  Acute Gastroenteritis, wabak yang dibawa oleh rotavirus. Ia sudah menyerang 2,236 bayi di Perak dan dua bayi disahkan meninggal dunia awal minggu lalu.   

Wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, dan Tapah.

Rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal. Penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal yang dijalankan.  
PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah  dipercayai akibat wabak AGE.
kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.

Gejala/simptom:
Virus berbahaya itu menyebabkan bayi atau sesiapa yang menghidapnya
hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya, cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.
Kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.

Langkah mengelak wabak:

1. Memasak air sebelum diminum, 
2. Membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. 
3. Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak,
4. Memasak makanan dengan sempurna, 
5. Membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan.

Orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan. Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.

rujukan: metro

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.