apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.2.12

Untuk Isteri Tersayang

Assalamualaikum... 
gambar hiasan

Membaca artikel ini di facebook buat hati melahirkan rasa syukur yang teramat kepadaNYA. Masakan tidak? DIA meletakkan darjat seorang wanita muslim di tempat yang tinggi. Apatah lagi jika sudah bergelar isteri. Kawan-kawan, bacalah...
Untuk isteri tersayang ............
1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya 
adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya 
lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3) Mandi junub seorang isteri disebabkan jimak oleh suaminya 
lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4) Apabila isteri hamil, 
ia dicatat sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak menjadi benteng neraka,
 pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami pula adalah tasbih (zikir).

6) Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri 
yang siang dan malamnya menggembirakan suami”.

7) Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, 
nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga ~ (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) Seseorang wanita, apabila dia... 
a. mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, 
b. berpuasa pada bulan Ramadhan, 
c. menjaga kehormatan dirinya dan 
d. taat kepada suaminya 
maka berhaklah ia masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu 
"TAAT"
Terima kasih encik Idris Bald yang telah memberikan suatu yang cukup bermanfaat buat semua isteri di luar sana. 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya... 

2 ulasan:

  1. Salam cikgu Sofi, mintak izin nak amik atikel ni..untuk simpanan sendiri..simpan dlm dokumen baca masa offline...tq

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.