apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.2.12

Ulasan buku: Dan Hati pun Berkata

Assalamualaikum...
Baru sudah membaca novel tulisan Nurriez ini. Beli petang tadi dan dalam 2 jam... tamat. hehe... Memang aku jenis cepat aje membaca novel kalau aku berkenan dengan jalan cerita dan isinya. 

Pendapat aku? Suka! Memang suka watak2nya. Adirra yang manja dan Rashdan yang matang. Serta watak jahat Natrah yang menyengat. Fuhh... rasa geram betul dengan Natrah tu. 

Citer sikit? Ada yang belum baca lagi ke? Okey, Dan Hati pun Berkata ni ialah novel yang mengisahkan Adirra anak manja yang terluka bila papanya kahwin lagi. Dia tak dapat terima ada orang nak ganti tempat mama dia. Dah tu dapat pulak kakak tiri yang berusaha merampas semua hak dia. Mula dia hilang kasih sayang papanya, lepas tu dia hilang Zafril. Bawak dirilah lepas tu, apa lagi? 
Masa inilah jumpa dengan Rashdan. Rashdan bijak. Pandai memujuk. Pandai tackle hehe... suka Rashdan. Well, kalau cerita banyak-banyak tak thrill la anda semua nak baca nanti. Jadi, pergilah beli dan.... alami sendiri..

Aku suka citer ni, cuma nak tahu juga macam mana Natrah lumpuh sebab tak ada diceritakan langsung. Rasanya kat hujung2 tu kalau panjang lagi sikit, paparkan kebahagiaan Rashdan-Adirra... baru ada lebih feel... kut? 

Apa2 pun, cerita ni okey!


Harap 

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.