apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.2.12

Sara 1Malaysia Skim Bantuan Pinjaman. Dah pohon belum?


Assalamualaikum... 


Apa yang anda faham tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), yang baharu dilancarkan pada 12 Januari lepas?
Ya, ia merupakan skim bantuan kerajaan berbentuk pinjaman melalui bank-bank terpilih.
Apa tujuan dilancarkan?
1. Membantu meningkatkan pendapatan 2. Menggalakkan penabungan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
SARA 1Malaysia tidak boleh disertai secara tunai. Skim ini terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia 
2. Umur dari 18 hingga 58 tahun, 
3. Pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 ke RM3,000
4. Tidak muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim itu.
5. Pemohon dan/atau pasangan tidak pernah menerima bantuan daripada:
- skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seperti:
a) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), 
b) ASB Sejahtera 
c) ASW2020-Bandar, 
d) Tidak memiliki pelaburan dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB. (Sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mesti tidak lebih  RM10,000)


Mereka yang berkelayakan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Syarat?
- Komited untuk bayar balik dalam tempoh 5 tahun.
Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di
1. cawangan Maybank, 
2. CIMB Bank, 
3. RHB Bank 
4. Bank Simpanan Nasional (BSN)


Selamat melabur, okey! info dari mstar

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

7 ulasan:

  1. tapi dengan syarat dah berkahwin..

    sy tak kahwin lg... xbleh plak nk wat pinjaman ni

    hehe

    BalasPadam
  2. kawen dah.. tp nikah belom.. bleh x ni?

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. lambat balas.. sori. dah tamat tempoh

      Padam
  4. Mcm sye..bujang lg...blm pnh buat pinjaman bank..blh lulus tk?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.