apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.2.12

Retak 5

Assalamualaikum...

 


Sebaik enjin kereta Mercedes dimatikan, Hawa segera turun. Hati melonjak riang. Sekejap lagi, wajah-wajah kesayangan itu pasti teruja melihatnya. Wan pasti terpisat-pisat, antara percaya dengan tidak. Tok mesti senyum meleret. Ni, cucu kesayangan dah mai! 

Kepulangan sekali ini sengaja tidak diberitahu, konon ingin membuat kejutan kepada Tok dan Wannya. 

Pasangan suami isteri yang masih berdiri di tepi pintu kereta itu hanya tersenyum memerhati gelagat Hawa yang terjengket-jengket, memasuki rumah teres bernombor sepuluh, yang terletak di atas bukit itu. 

“Mak dengan ayah tu, bukan tahu nak kunci pintu.” gumam puan Azra bila mudah sahaja Hawa memboloskan diri masuk ke dalam. 

“Alah, sayang. Di sini, insya-Allah, tak sama macam KL. Aman, damai dan selamat. Lagipun, jiran tetangga semuanya prihatin. Bukan macam kita dekat KL sana.” 

Puan Azra ketawa mendengar jawapan suaminya. Serta merta jari telunjuk dimain-mainkan sambil berkata, “A’ah! Jangan nak bodek sayang balik duduk sini, ya! Tak sanggup nak berpisah dengan anak kita!” 

Encik Razali ketawa. Tahu sangat dengan sikap isteri yang tidak mahu balik kampung bila dia pencen bekerja dengan kerajaan nanti. 

“Mak!!!” 

Suami dan isteri saling berpandangan sebelum sama-sama berlari memasuki rumah sebaik sahaja mendengar suara jeritan Hawa. 

Di dapur, Hawa sedang berdiri sambil menekup muka. 

“Jangan pusing selagi saya tak suruh. Pejam mata! Kalau awak tengok, kalau awak berpaling, nanti mata awak tumbuh ketuat!” Suara garau seorang lelaki, kedengaran. 

“Awak buat apa kat rumah wan saya ni? Mana dia orang? Apa yang awak dah buat pada tok dengan wan saya?” tanya Hawa di celah jari. 

“Tok dengan Wan pergi kenduri naik buaian cucu mak cik Zaharah, kat belakang rumah ni. Kejap lagi diorang balik.” 

“Macam mana awak kenal tok, wan, mak cik Zaharah semua? Awak ni siapa sebenarnya?” 

“Tok dengan Wan ni keluarga angkat saya masa USM buat projek amal bakti ke Penanti, lima tahun dulu. Waktu tu saya di tahun akhir. Selama 3 minggu saya duduk di rumah ni dengan dia orang. Dan, sejak tu, tiap-tiap tahun, saya akan datang sini, dua tiga hari. Saja nak refresh balik memory lama-lama tu.” 

Encik Razali mengerutkan dahi. Saja hendak enterframe. “Hawa, kamu cakap dengan siapa tu?” soalnya. 

Hawa buka mata dan terus berdiri tegak. Hati yang sedia berdebar, terus jadi satu getaran yang cukup hebat saat ini. Mana dengan terkejut tadi tak habis, sekarang, nak jawab soalan ayahnya pula. 

“Err...” 

“Nak jawab soalan mudah macam tu pun terkial-kial!” Lelaki itu mengutuknya. 

Hawa terpana melihat si dia yang kini selamba badak sahaja berjalan ke arah ayah dan ibunya. Nasib baik, dia sudah lengkap berpakaian. Kalau masih bertuala macam tadi? Mahu tercabut jantung! 

“Assalamualaikum pak cik, mak cik. Nama saya, Adam. Adam bin Zulkarnain. Saya,” 

“Cucu angkat emak ni, Azra, Zali!” 

Masing-masing berpaling ke arah muka pintu, di mana sedang berdiri Hajah Rabiah, nenek si Hawa. Wajah wanita tua berumur hampir 75 tahun itu kelihatan ceria. Terutama bila lehernya dipeluk rapat oleh cucu kesayangannya kini. 

“Adam ni, arkitek kat KL nun. Tapi, walau dia kerja besar, cucu angkat emak ni tak sombong langsung, korang tau tak? Bukan macam bakal menantu hang tu, Azra. Harap gaya aja lebih!” 

Hawa jongket kening. Sempat lagi neneknya mengutuk Amar? Tahulah yang nenek tak berkenankan lelaki itu dari dulu lagi tapi tak perlulah hendak menunjukkan kebencian terutama di hadapan si Adam yang asyik memerhati mereka sejak dari tadi lagi. 

“Hawa, ambil ni!” Hawa menyambut huluran plastik dari tangan Wan yang baru tiba. “Pi dapur, buat air untuk kita semua. Wan rindu sangat air kopi yang Hawa bancuh.” 

Adam memerhati langkah Hawa. Tidak berkedip sepasang mata maklum dah lebih 10 hari tak nampak kelibat gadis itu langsung. Hatinya tak dapat dibohongi. Bahawa, hari ini, dia sangat bersyukur bila Allah makbulkan doanya. Allah makbulkan permintaannya untuk melihat Hawa lagi. 

Pelik! Hati, bila suka, memang tidak dapat dikawal. Tak kiralah siapa gadis itu, milik siapakah? Rasa bahagia ini tak mampu disembunyikan. Pintunya sudah Hawa ketuk dan isinya sudah dicuri Hawa. Meninggalkan satu rasa yang belum pernah dialami sebelum ini. Tapi, sayang seribu kali sayang kerana buah hati kekasih aka tunang orang! Boleh dirindu namun tidak mampu dimiliki! Arghh.... 

“Adam!” 

Adam segera tersedar. Gelabahnya bila empat pasang mata sedang merenungi dirinya tajam. 

“Kenapa Adam tengok Hawa macam orang rindu saja?” 

Ouch! Soalan Wan, sangat tepat kena batang hidung Adam. Jenuh menelan liur ni! Gulp! 

“Err...” 

“Kamu dengan Hawa dah kenal ke sebelum ni?” 

Angguk sajalah! 

“Kamu yang hadiahkan Retak pada Hawa?” 

Angguk lagi. Tapi dah tak berani nak pandang muka orang. tunduk menekur lantai ajelah! Tanda hormat, kan? 

“Ooo,” 

Puan Azra dan encik Razali saling berpandangan. Kemudian saling berbalas senyum. Dalam hati, masing-masing dok kutuk Hawa.... 

“Patutlah tak sedih langsung putus tunang dengan Amar. Ini rupanya si Adam tu. Hmm, boleh tahan orangnya. Taklah hensem macam Amar tapi orangnya tinggi. Badannya sedap. Sasa! Kulitnya tak cerah sangat tapi secara keseluruhannya, penampilan Adam memang amat memuaskan hati pasangan suami isteri itu. 

“Korang balik ni nak jemput kenduri, ya?” tanya si nenek. Waktu itu Hawa datang bersama dulang berisi kuih. Adam bangun, terus capai piring dan menghidangkannya di atas meja, tanpa suara. 

Bila Hawa letak mug berisi nescafe di hadapan Adam, Adam tanya, “Kenapa tak bancuh kopi untuk saya?” 

Hawa mengerutkan dahi. “Tapi, selama kita jumpa, saya tengok awak asyik pesan nescafe aje. Ingatkan awak tak minum kopi?” 

“Amboi-amboi! Ni, Hawa, Adam! Cakap betul-betul pada tok. Korang ni ada apa-apakah?” 

Laju saja kepala Adam dan Hawa itu menggeleng. 

“Hawa kan dah bertunang, tok?” 

Alahai, tak bermaya langsung suara Adam. Senyum pun macam hendak tak hendak saja. 

“Rebutlah! Kan baru bertunang tu? Bukannya Hawa dengan Amar tu dah kahwin! Kalau dah jadi bini orang, memanglah Adam tak boleh kacau dia. Berdosa!” Wan pula memprovok Adam. 

Lama Adam menghening diri. Yang lain-lain turut diam, menanti apa yang bakal diberitahu lelaki muda itu. 

“Waktu kali pertama jumpa, cucu tok dengan wan ni dok menangis sebab kucing dia yang nama Comel tu mati. Saya gelakkan dia sebab rasa perangai dia macam budak kecil saja. Tapi kesian punya fasal, esoknya saya belikan Retak.” 

“Retak?” 

“Nama anak kucing tu!” 

“Peliknya nama?” gumam tok. 

Adam sengih tapi tak lama. Ada benda yang harus dicakapkan lagi. Biar jelas. “Saya sedih bila tahu Hawa tunang orang. Saya dah cuba lupakan dia.” 

“Berjaya?” tanya encik Razali pula. Provok lagi tu! 

Adam tarik nafas perlahan sambil menggeleng lemah. “Tapi, saya akan cuba. Pak cik jangan risau. Saya tak akan kacau,” 

“Kalau pak cik cakap yang kamu boleh kacau Hawa?” 

Erk??? 

Mata Hawa buntang. Apa kes? Mudahnya ayah? Kalau tengokkan sekarang, macam ayah pulak yang sedang meminang Adam. Biar betul! 

Adam mula menyimpul senyum bahagia. Dia sudah dapat menangkap maksud dan niat. Mata pandang wajah Hawa sekarang. Jari main peranan. Mula-mula tunjuk Hawa, kemudian tunjuk diri sendiri, terus dua jari telunjuknya dirapatkan. Hanya menanti jawapan Hawa sekarang. Bila Hawa angguk sambil malu-malu, terus nafas lega terlontar. 

"Saya terima pak cik. Saya sudi ganti tempat Amar. Sebab, meskipun kami baru kenal, Hawa dah jumpa Adamnya. Sayalah tu! Dan, sejak kali pertama lagi, saya yakin, desis hati saya tak pernah silap. Hawa inilah yang saya tunggu-tunggu seumur hidup saya ini.” 

Masing-masing melafaz rasa syukur ke hadrat Ilahi. Jodoh dan pertemuan, cinta dan air mata.... milik DIA. Berkasih sayang, demi DIA. 

“Alamak! Retak!” 

Berlari Hawa keluar menuju ke kereta. Macam mana boleh lupa? Tentu Retak sedang menggelupur kepanasan... tapi, sebaik bonet kereta terbuka, Retak relaks saja. Tidur nyenyak dalam sangkar yang penuh makanan. 

“Sayang betul orang tu pada Retak dia!” usik Adam di sisi. 

Hawa senyum pandang wajah jejaka pencuri hatinya lembut dan lunak. “Tu baru kucing. Kalau bapak kucing?” 

Adam gelak besar. Bapak kucing? Ada ke? 

“Hawa, sebab saya ke awak dengan Amar putus?” 

Hawa geleng. “Saya tak tahu. Lepas awak tinggalkan saya, dia terus cakap nak putus tunang tanpa sikitpun riak kesal pada wajah dia.” jawabnya. 

“Awak? Awak sedih tak putus tunang?” 

“Saya nangis sebab saya kehilangan awak. Sebab awak cakap awak nak delete semua memori tentang saya.” Hawa memberitahu dalam rajuknya kini. Tidak disembunyikan rasa kecil hati dari wajah. 

Adam ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi. “Memori tak boleh hilang sebab ada back up file. Delete punya delete, dah jadi virus pulak. Makin dibuang, makin banyak. Tak larat saya! Jadi, biarkan ajelah di situ. main dan putarkan dalam CPU, agar wajah bersemadi biarpun tak ada photoshop mahupun paint.” balasnya sambil mengusap si comel, Retak. 

“Dah tak nyanyi lagu Ella lagi?” 

“Mana? Hari-hari saya nyanyi! Kecewa, kan? Tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu!” 

Hawa menanti... 

“Ada satu peribahasa yang berbunyi, Retak Pertujuh. Awak tahu apa maksudnya?” 

Gelenglah! Sebab, dia bukan bekerja dengan Dewan Bahasa, kan? Orang DBP pun bukannya hari-hari buka kamus, iya tak? 

“Retak Pertujuh tu maksudnya Hati yang sangat merindu.” Wajah terlalu hampir kini. Hembusan nafas menyapa muka. Lembut dan hangat. Sehangat cinta Adam yang membara kepada Hawanya. 

“Jangan jauh dari saya walau sekejap. Sebab hati ini sangat rindu! Akan sering merindui awak! Jadilah isteri Adam, wahai Hawaku! Bersaksi Retak, saya melamar awak sekarang. Sudi kahwin dengan Adam, Hawa?” 

Belum sempat Hawa jawab, Retak mengiau riuh, menyebabkan mereka berdua ketawa melihat keletah anak kucing yang mengikat hati mereka kini. tidak perlu menjawab soalan itu kerana pastinya, jika berjodoh, hari itu akan tiba juga nanti! 

...............
inilah Retak. Suka tak? 


 

comel tak? Hmm... 




Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

8 ulasan:

  1. kecumelan kucing tu tak sesuai letak nama retak. aaa. hahaha. best lah cerita ni, cg sofi. mahu lagi. ^^

    BalasPadam
  2. sy rasa mmg hawa akan jumpa adam, tp x sangka pulak cucu angkat wan hawa, si Amar tu mesti dah curang dulu sblm dia tuduh hawa curang...nak jadi sbb ke tu..play safe
    -che`leen-

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah, hero mana boleh ada dua orang, kan?

      Padam
  3. Salam Sofi,

    Saya dah jatuh hati dengan RETAK yang comel,
    mata yang cantik, dan bulu kekuningan!
    Teringat sicomel saya di kampung, dia faham
    bila dipanggil, diusap bulu dia akan pejamkan
    mata dan berdengkur; mak cakap dia nak bermanja tapi sayangnya dia telah pergi dahulu dengan trajisnya...

    dah lari dari topik Adam dan Hawa; sambung lagi
    ya.. saya dapat meneka Amar itu sengaja nak
    memutuskan pertunangan tapi tak tahu bagaimana;
    jadi pertemuan Adam dan Hawa adalah bonus baginya..

    "Azure"

    BalasPadam
    Balasan
    1. sori lambat balas, anyway da terjwb persoalan...

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.