apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.2.12

Retak 2

Assalamualaikum...
"Awak buat apa kat sini? Mana awak tahu saya kerja..."

"Soalan bodoh! Kan semalam saya cakap yang pejabat kita berdepan aje. Lupa?"

Hawa tarik sengih. "Awak tu bukannya istimewa sangat sampai apa yang awak cakap mesti tersemat dalam kepala saya ni. Hah, awak nak apa?" balas Hawa sambil memerhati lelaki di hadapannya atas bawah. Kacak memanglah kacak. Tidak dapat dinafikannya tapi bukan jenis lelaki yang disukainya. Bukan dalam kategori lelaki pilihan! Jauh! Jauh daripada jenama kesukaan. Sengih semakin lebar.

"Saya nak ajak awak pergi satu tempat. Jom!" 

Hawa biarkan saja lelaki itu berjalan meninggalkannya. Agaknya lelaki itu fikir dia akan ikut, sebab itu langsung tidak menoleh ke belakang. Memang perasan! 

"Cepatlah! Yang tercegat di situ buat apa? Kalau fikirkan tentang saya dan nak tanya apa-apa, sambil berjalan nanti, saya highlightkanlah! Saya tahu, awak sangat-sangat ingin mengenali saya, kan?"

Kenapa dalam rasa marah, lelaki ini masih mampu membuat Hawa ketawa? Soalan itu bermain di benaknya. Pelik! Mereka baru kenal tapi di sini, dalam kereta Persona lelaki itu, dia mengikut sahaja ke mana diri hendak dibawa. Tidak ada keraguan langsung. 

"Nama saya, Adam." Adam memperkenalkan dirinya.

"Yalah tu! Adam?"

Kenapa? Dari semalam, saya perasan yang awak tak percaya nama saya, Adam. Awak ingat saya tipu, ya? Cik Siti Hawa, betul! Nama saya, Adam. Adam bin Zulkarnain. Tak percaya lagi?" Adam mengeluarkan dompet dari poket kanan seluarnya dengan susah payah. Dompet itu dicampak kepada Hawa. "Tengok kad pengenalan saya. Tengok sekarang!"

Hawa ketawa kecil melihat gambar pada kad pengenalan itu. "Mak, berapa lama tak tukar IC ni?" soalnya. 

Adam geram lalu segera mengambil dompetnya semula. "Lain orang suruh, lain dibuat." marahnya. 

Hawa masih lagi ketawa. "Malu pulak? Gambar tu cute, apa?"

Akhirnya Adam turut ketawa. "Memanglah comel. Masa tu umur saya 18 tahun. An innocent child, you know!"  balasnya.

Ketawa Hawa masih bersisa mengenangi Adam yang sentiasa perasan itu. Haih...

"Buat apa di sini?" soal Hawa bila Adam parkir keretanya di hadapan sebuah 'pet shop'.

"Ikut ajelah!" Adam sudah turun daripada kereta. Berlalu meninggalkan Hawa terkial-kial sendirian untuk membuka tali pinggang keselamatan dan mengekorinya. 

Ketika memasuki ruang kedai yang luas, hati berasa seronok melihat pelbagai jenis haiwan peliharaan yang terdapat di dalam kedai tersebut. Kedai yang dimiliki seorang wanita cantik yang sedang sibuk menerangkan cara-cara penjagaan seekor kucing kepada Adam. Serta merta rasa terharu memenuhi ruang hati Hawa kerana keprihatinan lelaki yang baru dikenalinya ini. Terutama bila di tangan lelaki itu kini ada seekor anak kucing sedang dibelainya. Comel sungguh! 

"Suka?"

Angguk sajalah! Tangan segera membelai bulu yang gebu dan lembut berwarna kuning keemasan. Bila bayaran selesai dibuat, terus anak kucing itu didukung oleh Hawa. 

"Saya nak awak namakan dia, Retak." 

Mata Hawa membuntang. "Retak? Gila ke hapa? Tahu tak apa maksud retak? Mengikut kamus dewan, retak tu maksudnya rekah, yakni jadi halus dan akhirnya berkecai. Kenapa pula nak namakan dia macam tu? Nanti..."

Adam ketawa. "Tahu! Tapi saya suka lagu Ella, Retak. Sebab tu awak kena juga bubuh nama kucing ni, Retak. Kalau tidak,"

Hawa kerutkan dahi. 

"Saya pinang awak!"

Gadis itu mendengus, langsung memasamkan wajah. "Tak habis-habis dengan ugutan macam tu. Ingat orang takut sangat?"

Adam ketawa. "Okey, kalau tak takut, hujung minggu ni saya hantar mak bapak saya pi pinang awak. Ada bran nak terima?"

"Mamat poyo tua tapi berlagak macam remaja, hisy, tak minatlah saya nak buat suami! Kan Retak, kan?" balas Hawa selamba. 
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

"Awak tu lelaki, encik Adam Zulkarnain.!" 

"Okey, hanya kerana aku seorang jejaka..."

Hawa ketawa. "Awak ni sangat lucu. Sangat jiwang dan...." 

"Dan kita baru sangat kenal. Saya takut."

Adam tersenyum. Bila Hawa berterus terang begini, hati yang sedia suka, semakin tertarik. "Takut apa?" 

"Takut jatuh cinta pada awak."

"Apa salahnya? Kan saya dah cakap yang saya ni single and available? Kalau awak jatuh cinta pada saya, saya cubalah membalasnya. Senang aje!" 

Lama Hawa terdiam. Dia ingin sahaja memberitahu bahawa dia tidak boleh jatuh cinta pada lelaki ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Berat untuk menolak kehadiran yang membahagiakan. Berat untuk menafikan bisikan hati yang bahagia bila mereka bersama. Meskipun dalam pertemuan yang singkat, meskipun baru dua kali, namun hatinya sudah terusik. Tapi, bagaimana dengan....
.................
"Mak, bila abang Amar nak balik dari US? Kan dia dah tamat belajar?"

Puan Azra merenung wajah anak kesayangannya dalam-dalam. Senyum dia mendengar soalan itu. Baginya, itu tanda bahawa Hawa sedang merindui tunangnya itu. Ya, Hawa sudah bertunang. Nama tunangnya, Amar. Lelaki itu baru sudah menamatkan pelajarannya di Amerika. Bakal peguam tu!

"Tu, mesti tak sabar nak kahwin dengan Amar, kan?"

Hawa mengerut dahi. Tak kan tanya begitu sudah bermaksud yang dia dah kemaruk nak kahwin kut? Hati mendidih marah. 

"Kabarnya dia dah balik tapi hari tu mak cik Amy cakap, Amar sibuk sikit. Nanti, bila urusan dia selesai, dia orang datang ke mari. Bolehlah kita bincang soal perkahwinan kamu berdua. Lagipun dah lama sangat kamu bertunang. Rasanya dah tiba masa untuk korang kahwin, kan?" 

Hawa tidak teruja langsung. Malah saat ini, hatinya membentak. Amar dah balik? Tapi, kenapa langsung tidak menghubunginya? Lelaki itu memang! Semuanya, harus dia yang memulakan. Sombong betullah! 

"Anak kucing kamu tu dah serasi dengan rumah barunya?" tanya puan Azra, mengganggu lamunan. 

"Okey dah!"

"Comel.."

"Bukan Comel. Nama dia Retak."

Dahi puan Azra berkerut sebelum tawanya meletus. "Nama apa macam tu? Retak? Hisy, tak pernah dibuat orang bubuh nama kucing macam tu!" omelnya.

Hawa senyum. Sekilas, teringat pada Adam. Terbayang senyuman manis lelaki itu. Argh... tak boleh! Tak boleh! Aku sudah berpunya! 

Tapi, mahukah hati mendengar kata?
...........
pecah kaca atas simen, baca, baca then komen... hehe

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

8 ulasan:

  1. Lor, kucing tu yg diberi nama Retak rupanya. Suspen je. Hehe.

    Tapi rasa macam Retak je yg bakal merapatkan diorg nih..

    BalasPadam
  2. sian lak kt adam...tp, cemane dgn amar nti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar.. akan ada jln penyelesaiannya

      Padam
  3. kak sofi,

    bestnyer...sgt suka =)

    BalasPadam
  4. alamak... belum apa2 dah retak impian cinta si Adam n Hawa... sambung lagi kak...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.