apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.2.12

Phedophilia: Tua miang dan suka tubuh pejal orang muda...


Assalamualaikum...

Kisah dalam harian metro hari ini mengusik naluri. Dalam keadaan kesihatan yang kurang baik ini, hati tergerak untuk menitip sedikit bingkisan pada anda semua. 

Anda ada terbaca kisah seorang lelaki berusia 75 tahun yang gatal miang dan menggoda anak2 dara berusia mentah dengan wang dan pujuk rayu sedangkan dirinya sendiri sudah punya dua isteri, anak2, cucu dan cicit. Memang nafsu tak mengenal usia. Fenomena ini dikenali sebagai phedophilia. 

Menurut Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan yang terkemuka,  
Nafsu lelaki hanya susut jika menghadapi masalah alat kelamin atau penyakit yang menyebabkannya tidak berfungsi. Nafsu lelaki tiada batasan, selagi bernyawa selagi itulah mereka bernafsu. Cuma yang membezakannya ialah kebanyakan lelaki apabila memasuki usia emas jarang memikirkan soal seks. Namun jika syahwat dirangsang atau terangsang, bila-bila masa saja mereka boleh melakukan hubungan seks dengan wanita.
Maksudnya, anda sebagai ibu atau kakak harus mencemburui ayah, adik atau abang anda dalam perhubungan kekeluargaan. Rapat tak ada masalah tapi janganlah 'intim' sangat. Bukan menakutkan hanya sekadar mengingatkan...

Istilah phedophilia... apakah??

Phedophilia (lelaki berusia yang berahi terhadap kanak-kanak). Lelaki phedophilia lebih terangsang dengan gadis bawah umur atau kanak-kanak perempuan berbanding wanita lebih matang.
Kumpulan lelaki ini biasanya menggunakan pelbagai cara atau helah untuk memerangkap gadis bawah umur atau kanak-kanak. Berdasarkan terma psikologi, golongan ini gemarkan gadis bawah umur bagi membuktikan kehebatan mereka serta kerana faktor bentuk tubuh mangsa yang dikatakan lebih mantap dan pejal, selain lebih mudah dijerat.


Hidup di zaman ini amat menakutkan. Tak tahu hendak percayakan siapa? Bila iman makin nipis... aduhai... 

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.