apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.2.12

Menyemarakkan hubungan intim suami isteri



Assalamualaikum... 


Perkahwinan anda mula membosankan? Hubungan intim mula menjadi hambar? Hmm, ada terapi untuknya tau.... 

Hubungan intim boleh disemarakkan oleh suami atau isteri. Cara?



1. Berkomunikasi 
Sentiasa berbincang mengenai pelbagai isu. Yang baik mahupun yang buruk. Kalau susah sangat nak bertekak secara bertentang mata, tulis nota pendek menyatakan perasaan anda. Ini memberi ruang kepada anda untuk merenung keadaan, bertenang dan kemudian berbaik semula.

"Detik-detik paling intim bagi saya dan isteri sekarang ialah apabila mengisar epal menjadi sup pekat untuk anak kami. Hanya dengan menyediakan sajian mudah untuk si manja, kami rasa begitu rapat. Ia benar-benar menyemarakkan kasih sayang kami," 
- Steve Yap (bekas model terkenal)


Tahukah anda bahawa jika anda duduk-duduk santai sambil makan buah kegemaran masing-masing juga mampu menghangatkan suasana romantis? Cubalah!

2. Berfikiran positif dan keserasian perwatakan 
Mesti ingat bahawa kita sendiri yang membuat pilihan untuk sehidup semati dengan pasangan kita. Bukan untuk bersama pada masa senang sahaja. Kerana itu, luangkan masa dan berusaha untuk berbincang dan mendengar suara hati satu sama lain. Jangan biarkan isu-isu kecil meluap menjadi masalah besar. 


Ketahuilah bahawa pada permulaan hubungan, segala-galanya mudah, tetapi semakin sukar bila hubungan semakin lama. Apa yang mengukuhkan dan mengekalkan hubungan ialah komitmen untuk sentiasa mencuba, walau sesukar mana sekalipun.

"Komunikasi bukan hanya menerusi percakapan, yang lebih penting ialah usaha untuk meluahkan perasaan dengan kasih sayang dan persefahaman walaupun dalam keadaan kita susah hati."

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.