apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.2.12

Mengingati Sudirman... masih merindu!


Assalamualaikum...

Namanya Sudirman Haji Arshad. Dulu, masa aku muda2, sebut saja nama dia, pasti aku saja2 mengaku dia ni abang aku hehe... Yalah, abang sepusat sepusing, nama bapak sama tapi sah2 lain2. Hmm....

Sudirmanlah satu2 penyanyi yang paling aku minati. Boleh dikatakan, semua lagu dia aku tahu dan hayati liriknya. He's the best, ever!

22 Februari lalu, genaplah 20 tahun pemergiannya. Dah lama, kan? Tapi, dek kerana dia seorang yang hebat, dunia tidak melupakannya. Malam tu, Astro menayangkan kisah hidupnya. Memang terharu kerana banyak kisah yang tidak diketahui, menjadi sorotan. Sesungguhnya, kita menyaksikan wajah penuh ceria namun di sebalik senyuman, ada tersembunyi kelukaan. Kasihan....

Antara lagu-lagu hebatnya... Sinar cintamu (lagu yang Hilman Yong pasang masa nak ke Bagan Lalang dengan Intan, hehe... x lupa ASST tu!). Salam terakhir, (lagu ni aku dan kawan2 guru nyanyi untuk pengetua sekolah kami masa beliau nak retire satu masa dulu hehe...) dan lagu paling aku suka... layanlah... HUJAN....


 
Ingin tahu tentang Sudir lagi? sila jenguk metro ini!



 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.