Assalamualaikum...
Tertarik dengan pengisian oleh seorang teman, Zainab Ngah, di facebook. Jom kita hayati bersama-sama...
Memaknai sebuah kehidupan
Pagi....
bila kubuka tabir siangmu,
kulihat pepohon menghijau,
embun berkaca di hujung rumput,
mentari menebarkan sinarnya,
burung-burung berkicau riang,
wajah alam indah berseri,
dihiasi kelembutan warna alam,
langit membiru,
petani memikul cangkul menuju sawah,
pekebun kecil membimbit pisau toreh menuju ladang getah,
nelayan di pantai menarik perahu menuju laut,
buruh-buruh memunggah papan untuk binaan,
kakitangan kerajaan meredah rimba kenderaan menuju pejabat...
Alangkah damainya kehidupan ini
di sebuah desa kecintaan nan permai
Pagi...
bila kubuka tirai siangmu,
awan mendung yang pekat kelabu,
bersama kelam warna alam,
dan semua insan memulakan langkah,
meniti perjalanan hidup,
Di manakah langkah anak-anak bangsaku kini?
Jati diri bangsa telah berkubur,
hanyut ditelan arus kemodenan,
terlalu mudah menjadi mangsa,
Karam........
Karam........
berpeleseran tanpa membatasi halal haram
dadah....
gejala sosial menjadi landasan
gejala sosial menjadi landasan
anak haram bertaburan di mana-mana
Betapa hebatnya dunia kini
dengan gejala keributan
dari angkara rakus manusia
dengan rompak samun dan mungkar
rasuah dikunyah dengan lahap
serta tipu daya yang licit
mewarnai kehidupan
Yang kaya terus berkuasa
golongan marhein terus tertindas
tanpa pembelaan yang pasti
Wah, rasa aku turut bersajak, turut merasa pedih dan terluka dan mesej yang cuba dilaungkan dalam batas penulisan yang picis begini.
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)







0 comments:
Post a Comment
terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.