Monday, February 27, 2012

Home » , » Masihkah Cinta 30

Masihkah Cinta 30

Zara memandang ke arah rumah baru Mifzal Luqman. Hmm, dari luar pun keadaannya amat mendamaikan jiwa dan memberi ketenangan. Rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam sanubari. 

"Tak lama lagi aku akan menjadi penghuni rumah ni. Hmm..." katanya kepada diri sendiri sambil tersenyum kecil. Kemudian senyuman itu menjadi tawa yang menggila. Seronok benar kelihatannya. 

Rancangan sudah diatur. Sesuatu sudah dirancang. Demi masa depannya. Dia amat yakin bahawa rancangan ini nanti akan berjaya. Luqman akan menjadi miliknya. Selama-lama.....

Luqman sedang bersiap-siap untuk keluar ketika loceng berbunyi memberitahu dirinya bahawa dia ada tamu. Dahi Luqman berkerut. Siapakah yang datang ke rumah pada malam hari? Takkan Qistina kot? Mereka merancang untuk makan malam di luar dan seperti selalu, dia yang akan menjemput Qistina di rumah. 

Ketika pintu rumah dibuka, seorang wanita berpakaian seksi masuk sambil berjalan dengan penuh angkuh. 

"Thank you, sayang. Sudi juga you benarkan I masuk, Luqman."

Luqman yang terkejut masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak mengerti mengapa tetiba sahaja Zara berada di hadapan mata. 

"Kenapa dengan you ni, Zara? You buat apa kat rumah I ni?" 

Zara tersengih macam kerang busuk. 

"La, tak jelas lagi ke? I di sini sebab you jemput I. Kita nak bermesra macam dulu-dulu. Nak enjoy sepanjang malam ni." ujarnya sambil melangkah mendekati Luqman. Seronok melihat wajah yang kini kelihatan tegang. Seronok melihat keyakinan yang sudah tergugah. Seronok kerana kini, dia berjaya memberi kejutan kepada lelaki yang sering mempunyai keyakinan diri yang tinggi ini. 

Luqman sudah dapat memahami. Wajah yang tadi tegang kini sudah merona kemerahan. Kemarahan jelas menguasai diri. Dia melangkah ke arah sebuah meja kecil dan kemudian duduk di atas kerusi berhampiran sambil cuba mengawal diri. Wajah Zara diperhati.

"You nak fitnah I ke ni?" Tegas dia melemparkan tuduhan.

Zara Khalida ketawa. "Fitnah? Tak la! Ini kenyataan. You rindukan belaian I. You missed me so much." 

"Sesuatu yang karut. Siapa nak percaya?"

"Oh sayang. I dah plan cantik punya. Kejap lagi kita akan terperangkap. You tak boleh lari dah. Ada saksi tau.."

Luqman terangguk-angguk. "Maksudnya, you dah jemput orang-orang dari Jabatan Agama untuk tangkap kita?"

"Pandai pun!"  

"Di mana diorang sekarang? Menunggu dalam kereta di luar rumah I ni?"

Zara ketawa. "Tentulah! Mereka menunggu masa yang sesuai,"

"Dan bilakah masa yang sesuai itu?"

"Now.." Zara Khalida seakan berbisik. Dan pada masa itu juga dia menarik tali nipis baju gaun malamnya yang berwarna merah itu. Yang tinggal kini ialah baju 'lingerie' nipisnya. 

Luqman segera berpaling. "Pakai baju you semula, Zara. Jangan jatuhkan maruah you ke tahap paling rendah! Belajarlah memiliki sifat malu. Kalau tidak pada I pun, pada Allah, Zara," 

Zara ketawa. Tubuh Luqman dipeluk daripada belakang. "Untuk mencapai cita-cita I yang tak kesampaian dulu, I sanggup lakukan apa saja supaya I dapatnya sekarang. You milik I, Luqman. Dari dulu lagi!"

Luqman meleraikan dakapan yang tidak langsung diharapkannya. "Bukan you yang menentukan masa depan kita, Zara. You boleh usahakan apa sahaja tetapi, jika Allah tak izinkan ia terjadi, ia tak akan terjadi."

Zara ketawa mengekeh. "Oh, rancangan I akan berjaya, Man. I tahu ia akan berjaya. You dan kesombongan you tu, akan musnah hari ini. That woman, yang you gilakan sangat tu, akan menangis sebab you curang pada dia. Perkahwinan you all akan terbatal dan yang bestnya, you akan kahwin dengan I sebab kita dah tertangkap basah. Jabatan Agama akan paksa you ambil I jadi wife you. Noktah!"  

Pada waktu itu, loceng rumah berbunyi. Zara sudah tersengih semula. Namun dia kehairanan bila Luqman dilihatnya mengambil tempat duduk di atas kerusi, bukannya pergi membuka pintu utama. 

"Pergilah buka pintu, Man! Yang you duduk di situ kenapa? Takut?" tanya Zara. 

"I ada teman malam ni, Zara. Dia akan buka pintu tu. Tak gitu, abang Musa?" 

Abang Musa menjenguk dari salah sebuah pintu bilik. Demi melihatnya, Zara segera mencapai baju yang tadi dibuang untuk menutup tubuh yang sudah terdedah. Rasa tak puas hati melihat lelaki itu. Macam mana dia boleh tak tahu bahawa ada orang lain dalam rumah Luqman saat ini?

Pintu rumah dibuka. Luqman perhatikan mereka yang berada di luar itu. Abang Musa menjemput mereka masuk. 

"Kami dapat laporan yang di sini ada......."

"Pasangan berkhalwat? Tapi, bukankah kalau berkhalwat, hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan? Dalam keadaan mencurigakan? Tapi, kat sini, hanya sorang saja yang nampaknya dalam keadaan memalukan itu. Oh lupa pula, saya kenalkan pada encik-encik semua. Ini abang Musa, abang angkat saya dan yang sedang angkat hidang itu, isteri dia, kak Raihah," begitu bersahaja Luqman bersuara. Tidak langsung kelihatan terganggu dengan apa yang sedang berlaku.

Salah seorang lelaki itu segera bersuara, "Maafkan kami, encik. Nampaknya salah maklumat yang kami terima ni!"

"Tak mengapa. Bukan salah encik. Orang yang memberi maklumat itu yang tersilap. Dia terlalu yakin pada dirinya sehingga dia lupa pada yang lebih berkuasa. Tanpa izinNYA, tak akan berjaya segala yang direncana. Betul tak?" 

Zara menangis. Menangis kekalahan. Ya, dia kalah lagi. Akalnya tidak sebijak yang dia sangka. Rancangannya yang disangka cukup licik, gagal juga. Dia kecewa. Hampa! 

Luqman menghulurkan kot biru yang tergantung di satu sudut kepada Zara. "Pakai ni! Tutup tubuh you tu sikit. Lepas tu, tolong keluar dari rumah I ni. Dan pastikan you jauh dari I atau Qistina, Zara. Tak ada gunanya lagi. Insya Allah, I tak akan terjebak dalam perangkap you." 

"Man..."

Kening Luqman terjungket sedikit. 

"I memang tak ada peluang langsung?"

Luqman geleng.

"Kenapa dia istimewa sangat? Pada Safiy.... pada you?" rintih Zara. Dia cemburukan Qistina. 

"I tak tahu nak jawab macam mana. Maafkan I," balas Luqman lembut. 

Zara melangkah perlahan untuk keluar dari rumah itu. Dia sudah gagal. Dia kecewa. Tak ada apa yang mampu dilakukan untuk mengembalikan Luqman kepadanya semula. Tak ada.....


     
  


6 comments:

  1. Ya Allah..ckgu..
    ada ker org yg mcm zara tu sgp memalukan dri sndri
    sy yg pompuan ni pon rase menyirap je baca..

    [euphoria]

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di mana2 saja..demi kepentingan dirinya..

      Delete
  2. hye,sy nk tny,
    awk still buat jobdirumah lg?
    sbb sy dh baca post awk on november tu klau x silap.
    so,sy nk try,but xtau sejauh mana kesahihannya.
    klau x kberatan,boleh e-mail bukti or apa2 yg awak rasa perlu utk sy yg was2 ni.
    trima kasih.

    lillyx00_scorpy@yahoo.com - syikin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sofi dah emelkan. kl x dpt, beritahu ya..

      Delete
  3. best... bile la lukhman ngn qina nk kawin ni kak...

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.