apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.2.14

Masihkah Cinta 25

Zara memandang ke arah rumah baru Luqman. Hmm, dari luar pun keadaannya amat mendamaikan jiwa dan memberi ketenangan. Rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam sanubari. 

"Tak lama lagi aku akan menjadi penghuni rumah ni. Hmm..." katanya kepada diri sendiri sambil tersenyum kecil. Kemudian senyuman itu menjadi tawa yang menggila. Seronok benar kelihatannya. 


Rancangan sudah diatur. Sesuatu sudah dirancang. Demi masa depannya, dia amat yakin bahawa rancangan ini nanti akan berjaya. Luqman akan menjadi miliknya. Selama-lama!

Luqman sedang bersiap-siap untuk keluar ketika loceng berbunyi memberitahu dirinya bahawa dia ada tamu. Dahi Luqman berkerut. Siapakah yang datang ke rumah pada malam hari? Takkan Qistina kot? Mereka merancang untuk makan malam di luar dan seperti selalu, dia yang akan menjemput Qistina di rumah. 

Ketika pintu rumah dibuka, seorang wanita berpakaian seksi masuk sambil berjalan dengan penuh angkuh. 

"Thank you, sayang. Sudi juga you benarkan I masuk, Luqman."

Luqman yang terkejut masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak mengerti mengapa tetiba sahaja Zara berada di hadapan mata. 

"Kenapa dengan you ni, Zara? You buat apa kat rumah I ni?" 

Zara tersengih macam kerang busuk. 

"La, tak jelas lagi ke? I di sini sebab you jemput I. Kita nak bermesra macam dulu-dulu. Nak enjoy sepanjang malam ni," ujarnya sambil melangkah mendekati Luqman. Seronok melihat wajah yang kini kelihatan tegang. Seronok melihat keyakinan yang sudah tergugah. Seronok kerana kini, dia berjaya memberi kejutan kepada lelaki yang sering mempunyai keyakinan diri yang tinggi ini. 

Luqman sudah dapat memahami. Wajah yang tadi tegang kini sudah merona kemerahan. Kemarahan jelas menguasai diri. Dia melangkah ke arah sebuah meja kecil dan kemudian duduk di atas kerusi berhampiran sambil cuba mengawal diri. Wajah Zara diperhati.

"You nak fitnah I ke ni?" Tegas dia melemparkan tuduhan.

Zara Khalida ketawa. "Fitnah? Tak la! Ini kenyataan. You rindukan belaian I. You missed me so much." 

"Sesuatu yang karut. Siapa nak percaya?"

"Oh sayang. I dah plan cantik punya. Kejap lagi kita akan terperangkap. You tak boleh lari dah. Ada saksi tau.."

Luqman terangguk-angguk. "Maksudnya, you dah jemput orang-orang dari Jabatan Agama untuk tangkap kita?"

"Pandai pun!"  

"Di mana dia orang sekarang? Menunggu dalam kereta di luar rumah I ni?"

Zara ketawa. "Tentulah! Mereka menunggu masa yang sesuai."

"Dan bilakah masa yang sesuai itu?"

"Now.." Zara Khalida seakan berbisik. Dan pada masa itu juga dia menarik tali nipis baju gaun malamnya yang berwarna merah itu. Yang tinggal kini ialah baju 'lingerie' nipisnya. 

Luqman segera berpaling. "Pakai baju you semula, Zara. Jangan jatuhkan maruah you ke tahap paling rendah! Belajarlah memiliki sifat malu. Kalau tidak pada I pun... pada Allah, Zara!" jerkahnya. 

Zara ketawa. Tubuh Luqman dipeluk daripada belakang. "Untuk mencapai cita-cita I yang tak kesampaian dulu, I sanggup lakukan apa saja supaya I dapatnya sekarang. You milik I, Luqman. Dari dulu lagi!"

Luqman meleraikan dakapan yang tidak langsung diharapkannya. "Bukan you yang menentukan masa depan kita, Zara. You boleh usahakan apa sahaja tetapi, jika Allah tak izinkan ia terjadi, ia tak akan terjadi."

Zara ketawa mengekeh. "Oh, rancangan I akan berjaya, Man. I tahu ia akan berjaya. You dan kesombongan you tu akan musnah hari ini. That woman, yang you gilakan sangat tu, akan menangis sebab you curang pada dia. Perkahwinan you all akan terbatal dan yang bestnya, you akan kahwin dengan I sebab kita dah tertangkap basah. Jabatan Agama akan paksa you ambil I jadi wife you. Noktah!"  

Pada waktu itu, loceng rumah berbunyi. Zara sudah tersengih semula. Namun dia kehairanan apabila Luqman dilihatnya mengambil tempat duduk di atas kerusi, bukannya pergi membuka pintu utama. 

"Pergilah buka pintu, Man! Yang you duduk di situ kenapa? Takut?" tanya Zara. 

"I ada teman malam ni, Zara. Dia akan buka pintu tu. Tak gitu, Abang Musa?" 

Abang Musa menjenguk dari salah sebuah pintu bilik. Demi melihatnya, Zara segera mencapai baju yang tadi dibuang untuk menutup tubuh yang sudah terdedah. Rasa tak puas hati melihat lelaki itu. Macam mana dia boleh tak tahu bahawa ada orang lain dalam rumah Luqman saat ini?

Pintu rumah dibuka. Luqman perhatikan mereka yang berada di luar itu. Abang Musa menjemput mereka masuk. 

"Kami dapat laporan yang di sini ada..."

"Pasangan berkhalwat? Tapi, bukankah kalau berkhalwat, hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan? Dalam keadaan mencurigakan? Tapi, kat sini, hanya sorang saja yang nampaknya dalam keadaan memalukan itu. Oh lupa pula, saya kenalkan pada encik-encik semua. Ini Abang Musa, abang angkat saya dan yang sedang angkat hidang itu, isteri dia, kak Raihah." Begitu bersahaja Luqman bersuara. Tidak langsung kelihatan terganggu dengan apa yang sedang berlaku.

Salah seorang lelaki itu segera bersuara, "Maafkan kami, encik. Nampaknya salah maklumat yang kami terima ni!"

"Tak mengapa. Bukan salah encik. Orang yang memberi maklumat itu yang tersilap. Dia terlalu yakin pada dirinya sehingga dia lupa pada yang lebih berkuasa. Tanpa izin-NYA, tak akan berjaya segala yang direncana. Betul tak?" 

Zara menangis. Menangis kekalahan. Ya, dia kalah lagi. Akalnya tidak sebijak yang dia sangka. Rancangannya yang disangka cukup licik, gagal juga. Dia kecewa. Hampa! 

Luqman menghulurkan kot biru yang tergantung di satu sudut kepada Zara. "Pakai ni! Tutup tubuh you tu sikit. Lepas tu, tolong keluar dari rumah I ni. Dan pastikan you jauh daripada I atau Qistina, Zara. Tak ada gunanya lagi. Insya Allah, I tak akan terjebak dalam perangkap you." 

"Man..."

Kening Luqman terjungket sedikit. 

"I memang tak ada peluang langsung?"

Luqman geleng.

"Kenapa dia istimewa sangat? Pada Safiy... pada you?" rintih Zara. Dia cemburukan Qistina. 

"I tak tahu nak jawab macam mana. Maafkan I," balas Luqman lembut. 

Zara melangkah perlahan untuk keluar dari rumah itu. Dia sudah gagal. Dia kecewa. Tak ada apa yang mampu dilakukan untuk mengembalikan Luqman kepadanya semula. Tak ada...

..........


Masing-masing ternganga mendengar cerita Kak Raihah. Norsha dan Siti Haida sudah berdecit-decit bibir mereka menahan geram. Maheran sudah beristighfar panjang. Hanya Qistina yang masih diam, tidak punya reaksi apa-apa. 

Luqman merenung wajah Qistina tidak berkelip. Terlalu tenang raut wajah itu kini namun ketenangan itu amat meresahkan dirinya. Bimbang kalau-kalau Qistina hilang keyakinan terhadap dia. Bimbang Qistina menyangka yang tidak-tidak. Namun segera tersedar dan beristighfar. Serahkan kepada DIA, Luqman, hati berbisik. 

Dia Maha Mengetahui gejolak rasa. Dia Maha Mengetahui apa yang ditanggung. Dan, kepada DIA tempat meminta pertolongan. Agar hati tidak dibolak-balikkan. 

"Tina, kenapa kau diam?" Suara Norsya menyentakkan lamunan. Wajah manis itu segera dipandang. Agak kehairanan apabila Qistina mengukir senyum.

"Tak ada apa nak cakap, diamlah..." balas wanita itu bersahaja. 

"Kau ni kayu ke? Kalau Luqman kena tangkap tadi?" tanya Norsya lagi dengan dahi berkerut.

"Buat apa nak fikir benda yang tak jadi? Ni, dia ada depan kita semua, kan?" Qistina balas sambil ibu jari menghala ke arah Luqman. 

Luqman ketap bibir. Sedikit sebanyak, hati terkilan dengan sikap tak endah Qistina. Terasa diri tidak bererti pula. Haih...

"Kamu ni macam tak ada perasaan aje, Tina," marah Kak Raihah. Risau melihat keselambaan.

"Jodoh itu ALLAH dah tetapkan. Alhamdulillah, jodoh kami berdua kuat. Allah masih menyayangi kami supaya dapat bersatu nanti. Allah gagalkan niat jahat Zara. Itu pun dah buat Tina cukup bersyukur. Tina tak suka perkataan 'kalau'. Kalau begitu... kalau begini... Semua dah tersurat. Semua dah ditentukanNya. KemahuanNya! Demi Allah, Dia Maha Mengetahui apa yang dirancang untuk Tina dan Luqman. Tina berdoa sangat supaya lepas ni, dalam 2, 3 hari nak bersatu ni, janganlah ada halangan lagi."

Lembut wajah Luqman direnung. 

"Memang Tina takut kehilangan Luqman. Tina tak cukup kuat untuk menghadapi kehilangannya. Tapi, rasa syukur sangat dengan apa yang dah terjadi ini. Allah gerakkan hati kita semua supaya berjaga-jaga dengan Zara. Semua terkandung hikmah. Dah beres dengan baiknya. Man ada kat sini, dok senyum tengok Tina. Kan best?"

Luqman rasa ingin mencuit hidung comel wanita yang petah berbicara ini. Bahagia dalam menghayati tiap kata. Seronok dengan senda guraunya. Hati rasa tidak sabar untuk hidup bersama, memaknakan cinta yang sudah lama bertakhta dalam hati lelakinya.

"Babah..." 

Sapaan Uwaiys mengejutkan semua. Luqman yang dipanggil terus memeluk anak comel itu. 

"Anak babah mengantuk, ya? Nak tidur dah?" 

Qistina memerhati sahaja kerenah dua lelaki yang terpenting dalam hidupnya kini. Uwaisy dan Luqman. Cerianya Uwaisy di atas ribaan babahnya. 

"Jangan manjakan sangat, Man! Esok-esok, dia nak tidur dengan kamu, baru tahu!" usik Maheran. 

"Umi..." Qistina membulatkan mata.

"Tengah malam, saya angkatlah dia kasi umi jaga pulak." Selamba Luqman membalas sambil mengenyitkan mata kepada Qistina. Qistina jadi malu diusik begitu. Yang lain-lain ketawa melihat dirinya dengan lucu. 
...................

Majlis pernikahan berlangsung sudah. Sederhana tetapi tetap meriah. Ramai yang datang mengucapkan tahniah. 

Siang kian melabuhkan tirai. Malam muncul menjenguk. Keriuhan ditinggalkan. Kini pasangan pengantin sedang bersendirian, berdua-duaan. 

Qistina berjingkit menutup kedua-dua belah mata Luqman dengan tapak tangannya. "Tutup kejap mata ni. Dari tadi, asyik buat Tina lemas. Macam tak ada benda lain nak tengok," bisiknya.

Luqman mengambil kesempatan itu untuk mendakap erat tubuh yang sudah lama menjadi dambaan. "Masa orang ramai, dapat tengok ajelah. Sekarang, adalah peluang untuk..."

Qistina ketawa. "Dulu, kan... ada orang tu cakap..."

"Cakap apa?" Luqman buat-buat lupa.

"Alaa..."

"Cakap apa?" Luqman tersengih sambil tangan yang tadi menutup muka dialih. Mata bertentangan kini.

Qistina jadi malu apabila Luqman mula memerhatinya lagi. Kepala digelengkan. Rasa hilang semua kosa kata.

"Abang cakap apa, sayang?" 

Luqman versi menggoda dah muncul.

"Err..."

"Baru abang ingat..." Luqman tersengih. 

Qistina tersenyum, menanti. 

"Oh ya. Pesanan Ustaz Azhar Idrus, kan?" Luqman tersenyum, mungkin teringat pada ceramah yang sering diikutinya itu.

Angguk. 

"Assalamualaikum, sayang!" Luqman memulakan semula. Dari awal.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh," jawab Qistina lembut.

Tangan kanan kini Luqman letakkan di atas ubun-ubun isterinya. Dia berbisik penuh perasaan, berdoa seikhlas hati. 

"Ya Allah, Kau turunkanlah berkat ke atas isteriku ini dan aku minta berlindung di atas kejahatan diri isteriku ini."

"Terima kasih, abang." Qistina mengucup tapak tangan suaminya. 

Sepasang mata Luqman berkaca. 

"Sama-sama kasih. Pergilah ambil air sembahyang. Kita solat Isyak sama-sama. Lepas tu boleh kita solat sunat juga," balasnya lembut. 

Usai solat, Luqman duduk mengadap isterinya, meminta Qistina mengucap syahadah. Dia mendengar dengan teliti. Kemudian dia membisikkan...

"Tina, antara kita, abang serba kekurangan. Tapi, sebagai suami, abang ingin menjadi pemimpin rumahtangga kita ini. Abang harap, kita saling melengkapi. Di mana yang abang kurang betul, Tina perbetulkan. Tina lebih baik dan lebih mendalami agama ini, berbanding abang yang baru kembali. Tapi, abang sangat berharap agar abang mampu menjadi suami yang mampu Tina hormat dan contohi."

Sebak rasa hati mendengar bicara suami yang merendah diri. "Kita ada Allah, tempat mengadu. Kalau resah, sama-sama ingat Dia. Tina cukup bersyukur mendapat cinta abang. Tina dapat rasakan luhurnya, sejak Abang Sameon tak ada. Tina dapat lihat keikhlasannya sejak Abang Sameon meninggal. Abang dah berjaya curi hati Tina."

Masing-masing tersenyum bahagia. Tubuh Qistina kembali diraih ke dalam pelukan. Erat. Tidak mahu dilepaskan lagi.

7 ulasan:

  1. Ya Allah..ckgu..
    ada ker org yg mcm zara tu sgp memalukan dri sndri
    sy yg pompuan ni pon rase menyirap je baca..

    [euphoria]

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada di mana2 saja..demi kepentingan dirinya..

      Padam
  2. hye,sy nk tny,
    awk still buat jobdirumah lg?
    sbb sy dh baca post awk on november tu klau x silap.
    so,sy nk try,but xtau sejauh mana kesahihannya.
    klau x kberatan,boleh e-mail bukti or apa2 yg awak rasa perlu utk sy yg was2 ni.
    trima kasih.

    lillyx00_scorpy@yahoo.com - syikin

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sofi dah emelkan. kl x dpt, beritahu ya..

      Padam
  3. best... bile la lukhman ngn qina nk kawin ni kak...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.