Langkau ke kandungan utama

Lawak, kan?

Assalamualaikum... 



Sempena sambutan Maulidur-Rasul, mengenangi junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita hayati apa yang aku dapat dari fb ini. Terima kasih teman, Aziera Sulaiman
.................

Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca nota ini . 3 minit sahaja! Tak lama pun ..

Mungkin ada yang pernah baca kisah ini tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. 
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … 

Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba² masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki itu bertempik 
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam. 


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata 
“OK, Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang, bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat.” 
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? 

“ Lawak, kan? Bila daripada 1,000 orang yang mengaku Islam, hanya 20 yang betul-betul BERIMAN?  “
“ Lawak, kan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia orang tak kata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah! Baru kena ugut, terus lari lintang pukang! Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi. ”
“ Lawak kan? Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun bila time sembahyang jumaat, tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dahsyat! Setahun 2 kali saja! Bila time sembahyang raya. ”
"Lawak, kan? Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al-Quran? ”
“ Lawak, kan? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal tetapi masih berlumba² mengejar dunia! ” 
" Lawak, kan? Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya tetapi bila nak berdoa kepada ALLAH..... Alahai tak cukup masa! "
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama. Lawak, kan? Kan? Kenapa? Gelak tu kan realiti ..

Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…