apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.2.12

Lambakan guru kerana bebudak sekarang tak minat aliran Sains.


Assalamualaikum...

Cikgu-cikgu di luar sana, di sekolah anda cukup bilangan guru tak? Kat sekolah kak sofi, ada tambahan 3 orang guru ganti. Itupun, di sesi petang, masih kurang 5 orang guru lagi. Kesian kengkawan yang mengajar sesi petang. Kadang-kadang nak pi solat pun terkejar2 sebab terpaksa me 'relief'. 

Tapi, kan, menurut kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ada lambakan 13 ribu guru subjek sains dan matematik di seluruh Malaysia. Dan, yang menjadi penyebabnya ialah penurunan jumlah pelajar yang mengambil jurusan Sains, semasa naik ke Tingkatan 4. di sekolah menengah. Aik?

Kata dia lagi, isu lambakan ini perlu diteliti bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Ke­menterian Pengajian Tinggi (KPT). Sebab itu, kementerian sudah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan bagi memastikan pengambilan guru seimbang. Menerusi jawatankuasa ini, kementerian akan maklumkan kepada KPT unjuran guru semua subjek untuk sekolah menengah bagi mengelakkan kekurangan mahupun lambakan. Bagi sekolah rendah, tiada masalah lambakan berikutan Institut Pendidikan Guru (IPG) dikelolakan kementerian. Jadi, keywordnya, 
Semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi meningkatkan semula minat pelajar mengikuti aliran Sains seterusnya mengatasi isu lambakan guru Sains dan Matematik.
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.