Wednesday, February 22, 2012

Home » , » Kembali Padaku 8 - akhir

Kembali Padaku 8 - akhir


Dari sejak aku tiba di rumah mereka, pasangan suami isteri ini asyik gelakkan aku sahaja. Tak sangka betul aku bahawa mereka berdua sekepala. Sama-sama biul. Dapat gelakkan orang, fuhh.... macam tak ingat dunia! Jelingan maut yang aku berikan, tak beri kesan langsung. Lagi kuat mereka ketawa.. adalah! 

“Kau lari tinggalkan hospital macam tu saja selepas abang Fuad luahkan perasaan dia? Weh, kau kenapa, Ila? Patutnya, kau pel..” 

“Cakap tu biar bersopan sikit, okey!” Aku potong. Geram dengan Fazidah ni. Mentang-mentang dia dah kahwin, ikut suka suki mulut dia aje hendak mengeluarkan bahasa orang dewasa. 

“Mesti gempaq hospital sekarang ni. Bakal pengantin perempuan terkejut mendengar pengakuan cinta bakal pengantin lelaki lalu menghilangkan diri. Hahaha...” 

Gelak lagi! Eeii, sakit hatiku dibuat mereka! Ingatkan bila aku lari ke mari, dapatlah aku tenangkan hati dan fikiran. Rupa-rupanya keadaan makin gawat. Entahlah.. kenapa aku datang mencari bekas kawan baik aku ni, ya? 

Fazidah dakap tubuhku erat-erat. “Hei, janganlah kecil hati dengan aku lagi. Okey, aku janji akan diam. Tutup mulut. Tak usik-usik kau lagi. Cuma, aku nak ucap terima kasih sebab kau masih sudi cari aku,” 

Aku segera memintas cakapnya, “Aku pun tak tahu kenapa dan macam mana aku boleh ke sini, Zidah. Yang aku tahu, bila dia cakap dia cintakan aku, aku terus panik. Sebaik saja dia cakap, dia nak bagi masa untuk aku berfikir tentang diri kami, aku terus tinggalkan hospital. Dalam kepala aku, aku nampak muka kau aje. Pelik, kan?” 

Abang Nasir tersenyum melihatku. “Tak ada yang pelik. Ila dengan Zidah dulu kan kawan baik? Hubungan rapat macam tu bukan boleh putus begitu saja. Walaupun hati pernah terluka, kawan yang baik tetap kawan baik. Tempat meluah rasa. Tempat bercerita. Zidah selalu beritahu abang yang Ila ni seorang pemaaf. Selalu beralah dan tak pernah mementingkan diri. Kerana sikap itulah, Ila ke mari, kan?” 

Aku hanya menggelengkan kepala. “Entahlah. Yang Ila tahu, hanya Zidah yang dapat selamatkan diri Ila dari godaan si ...si... Fuad tu!” 

“Terima kasih, kawan. Terima kasih kerana masih anggap aku kawan baik kau selepas segala duka yang aku bagi dalam hidup kau, Ila. Kau memang baik. Aku, aku...” 

“Aku pun salah jugak dulu. Aku sepatutnya melupakan dia bila korang dah bertunang tapi,” 

“Stop! Husyy! Jangan sebut lagi kisah lama tu!” 

Aku dan Fazidah berpelukan menatap wajah keruh abang Nasir. Semacam sahaja wajahnya dapat kulihat. Kenapa, ya? 

“Cik Zalilah,” Aku tatap wajah lelaki itu yang kini menarik isterinya rapat ke diri dia. “Bagus apa yang Ila buat tu, tahu?” 

Dahiku berkerut, tidak mengerti. 

“Hisy, lembab minah ni!” 

Ewah, sempat pula mengutuk? 

“Kalau Ila tak buat macam tu maka segala kejadian itu tak akan berlaku. Cuba bayangkan kalau Zidah kahwin dengan Fuad. Habis, abang nak kahwin dengan siapa pulak?” 

Fazidah menepuk bahu suaminya. Aku? Ooo, baru nak faham. Aduii... 

Telefon bimbit Fazidah berbunyi. Dia tersenyum merenungiku. Kemudian dia berlalu menjauh. Hisy, Fuadkah yang menelefon? Nanti kalau Fazidah beritahu aku ada di sini, macam mana? Oh tidak! Jangan! 

Aku menjerit sambil mendekati Fazidah. “Zidah, jangan cakap aku ada kat sini!” 

Fazidah tersengih. Aku sempat menangkap soalannya kepada si pemanggil. “Dah dengar? Cepat-cepatlah datang sini. Nanti kalau dia lari lagi, payah!” 

Aku hentakkan kakiku. “Kau ni memang tak boleh simpan rahsia, tau!” 

“Cukup-cukuplah sembunyi, larikan diri. Kau bukannya muda lagi. Dah 26 tahun, kan? Abang Fuad pun dah 30. Nak tunggu apa lagi? Perasaan masing-masing pun dah tahu dah. Kahwin aje la. Kan, bang?” 

“Hmm, buat pertama kali abang dengar isteri abang yang bernama Fazidah ni bercakap sesuatu yang bernas.” jawab abang Nasir. Jawapan yang menyebabkan aku tidak lagi mampu menahan tawa. 

Tak sampai 15 minit kemudian, sebuah kereta sampai di hadapan rumah. Diikuti oleh sebuah, dan sebuah, dan sebuah lagi... Wah, encik Fuad bawa rombongan meminang ke? Hati gatalku berbisik. 

Hatiku berdebar menanti. Dia sedang melangkah menghampiriku. Sepasang matanya tidak merenung ke arah lain. Hanya aku dalam tatapannya. Tapi, kenapa dia nampak sedih? 

“You hate me that much, do you? That’s why you ran away?” soalnya perlahan ketika dia berdiri betul-betul di hadapanku. 

Amboi, nak jadi mat saleh celup ke? Tapi, apa aku nak jawab, ya? Ni, semua orang dah ada depan kami sekarang. Keluargaku, keluarganya, kawan baikku... Takkan nak cakap I love you pulak? Malulah I... 

“Cakap saja, Ila. Kalau betul Ila tak sudi terima cinta abang, abang tak akan ganggu Ila lagi. Abang janji!” 

Hisy, kenapa tegas benar dia bersuara? Merajuk? 

Emak menghampiriku. “Ila, Ila kena cakap sekarang. Kalau betul Ila tak boleh terima Fuad, mak yakin Fuad faham. Dia tak akan paksa Ila lagi.” 

Mak cik Huda memaut lenganku. “Walau pun Fuad anak mak cik, mak cik tak akan rela Ila dilukakannya lagi. Tak apa! Ila bebas mencari bahagia Ila. Usah pedulikan Fuad.” bisiknya lembut. 

“Kak long, cepatlah buat keputusan. Tahu tak, Am nak pergi honeymoon pun ayah tak kasi! Ayah cakap, selagi kes kak long dengan abang Fuad tak selesai, Am dengan Ana tak boleh ke mana-mana!” 

Sampai begitu sekali? Tuhan, begitu penting diri ini kepada keluargaku. Begitu mereka menyayangi sehingga aku menjadi keutamaan. Hatiku dijaga, ditatang, tidak mahu dilukai lagi. Tegakah aku menafikan kebahagiaan mereka? 

“Ehh...hmm!” Isk, tetiba suara tersangkut-sangkut pula. Tapi, aku kini sedang mendapat perhatian semua orang. Kupandang dari satu wajah ke satu wajah yang lain kecuali Fuad. Malu la nak tengok muka dia... 

“Semua orang pun tahu kenapa Ila pergi jauh, kan?” 

Mereka terangguk-angguk. 

“Sakitnya masih terasa,” Bisikku sebak. 

Semua orang tekun memerhatiku. Diam tidak berkutik. 

“Ila, Ila nak minta maaf,” 

Kini, mereka saling berpandangan sesama sendiri. Fuad kulihat mula mengatur langkah. Aik, ke mana dia hendak pergi tu? Aku belum habis cakap lagi... 

“Awak? Awak nak ke mana?” 

Fuad berpaling. Mak, sedihnya muka? Kenapa? Tak boleh jadi ni. Nanti, kalau dia salah faham, merana aku lagi ditinggalkannya. Baik aku berterus terang sahajalah! Kan? 

“Awak, saya cuma nak minta maaf kerana dah menyusahkan semua orang sejak saya balik semula ke sini. Kalau awak pergi sekarang, nanti...” 

Ya Allah, susahnya nak cakap!!! Terutama bila perhatiannya kini memang padaku seorang. 

“Cakaplah cepat!” 

Aku jegil muka Fazidah. Ingat senangkah nak... 

“Jawab soalan abang, Ila. Ila cinta lagi tak pada abang?” 

Hah, dia dah hilang sabar denganku. Aku dapat merasakannya. Aku asyik tergagap-gagap, kan. Mana mungkin dia biarkan aku? 

“Tak pernah seharipun cinta ini hilang,” bisikku. Kiranya inilah jawapan yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Wajah-wajah resah sudah bertukar ceria. Terutama dia. Sinar cinta di matanya memukauku kini. 

“Syukur alhamdulillah. Sekarang Ila cakap bila kita boleh kahwin?” 

Bulat mataku mendengar soalannya. Pijar pipiku. Namun, tentu aku perlu juga menjawab soalan itu, kan? Mujur ayah ada untuk membantu. 

“InsyaAllah, ayah rasa, dalam dua minggu ni, semua beres.” 

......................... 

Kurenungi gambar pernikahan kami. Patutlah semua orang cakap kami bagai pinang dibelah dua. Sememangnya kami sama cantik, sama padan. Berbaju sedondon berwarna putih gading, wajah di dalam gambar ini kelihatan amat bahagia. Tersenyum dan saling melirik sesama sendiri. 

Aku menoleh ke arah dia yang sedang lena. Alangkah bertuah memiliki cintanya. Alangkah bertuah menjadi isterinya. Benarlah, berkahwin dengan orang yang mencintai kita, terasa begitu dimanjakan. Fuad mungkin tidak sehebat mana namun aku ingin menjadi isterinya, setia di sisinya sehingga aku menutup mata. Kasih sayangnya yang tulus kini seolah-olah dia ingin menebus segala kesilapannya yang dulu. Sebulan bergelar isterinya, tidak sekali, dia pernah menyakiti hatiku lagi. Kata maaf sering bermain di bibirnya setiap kali dia merasakan dia sudah menyakitiku. 

Kasihan dia. Apakah sebegitu besar dirasakan kesalahannya padaku dahulu? Aku tidak pernah mengungkit dan tidak mahu mengingatinya. Sudah berkali-kali kuberitahu. Dan malam ini, telah ku katakan padanya bahawa aku mahu dia melupakan semua. Kerana kebahagiaan aku sudah mutlak bila bersamanya. 

“Ila?” 

Aku senyum mendengar dia memanggilku. Langkah kuatur mendekati dirinya. 

“Kenapa Ila bangun? Kan baru aje tidur tadi?” 

Aku senyum lagi. Hidungnya kugeselkan dengan hidungku. Sengaja ingin menggodanya. Dan, tidak perlu lagi aku bersuara bila diriku ditarik ke dalam rangkulannya. Malam indah ini akan terus indah nampaknya. Kerana kini, dakapan itu sedang menjadi semakin erat, semakin mengasyikkan dan.... semakin hangat..... 

...................... 

terima kasih kepada semua yang menyukai cerpen Kembali Padaku ini. Sokongan anda menjadikan aku seorang yang seronok berkarya. Muahs...

14 comments:

  1. ahirnya....best sangat2...tahniah...!!!!!!!!! ksudahan yg so sweet...!!!

    ReplyDelete
  2. ya ampun!!!!! kok sedap bangat ceritanya....

    trimas kak sofi ya....

    ReplyDelete
  3. tamat sudahhhh..dalam kelu lidah terluah jua

    ReplyDelete
  4. sukanya...
    hapy ending...
    thniah kak...
    crta akak slalu x mghampakan....

    ReplyDelete
  5. heppy ending..bukan senang untuk mengungkapkan rasa hati..
    aduhai..sweetnya hehe..

    ReplyDelete
  6. wahh...*blushing* rasa macam jd watak ila pulak :)

    suke2, terima kasih kak sofi!

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.