Sunday, February 19, 2012

Home » , » Kembali Padaku 5

Kembali Padaku 5



“Aaa... dah sedar pun dia!” 

Aku mencari suara emak. Ya, itu suara ibuku. Bunyi macam cemas sahaja. Kenapa? Waktu mata kubuka, aku jadi pelik. Melihat sekelilingku, semua nampak asing. Di mana aku sekarang? 

“Ila? Ila anak mak! Ila dah sedar, nak?” 

Aku angguk. Ingin bangun tapi kepala rasa berat. Lepas tu pula, tangan kananku dicucuk dan bersambung dengan sesuatu. Tu dia! Kelihatan cecair turun perlahan, setitis demi setitis memasuki tubuhku tentunya. Hisy, kenapa aku? 

“Kenapa Ila tak cakap yang Ila sakit? Kenapa Ila diamkan saja?” tanya ayah di sebalik kemarahannya. 

“Ila cuma sakit perut sikit aje, yah.” Seingat akulah, kan? 

“Sikit kamu kata, Ila? Nasib baik masa kamu balik ke rumah, Fuad dengan Amar ikut, tahu? Kamu masuk bilik senyap-senyap aje tapi lepas tu kamu menangis. Tahu-tahu, kamu dah tak boleh cakap apa dah. Dah pucat! Lepas tu terus pengsan. Kata doktor, apendiks kamu dah pecah.” 

Laa, mati-mati aku ingat aku ada gastrik. Rupa-rupanya kesakitan yang aku rasa itu ialah sakit di apendiks aku. Manalah aku tahu. Aku takut nak ke hospital. Takut kena suntik. Hehe... Sekarang? Padan muka aku! Bukan disuntik lagi dah, dah kena operate terus. Hmm... 

Aku pandang wajah-wajah kesayanganku. Emak, ayah, pak su, mak su... Kasihan mereka. Dahlah penat dengan kenduri, kini aku pula menyusahkan mereka. 

“Ila minta maaf sebab menyusahkan semua orang,” pintaku tulus. Semakin sebak pula bila emak mengusap kepalaku. Syukur kerana aku masih memakai tudung. Sakit sakit pun, aurat tetap aurat, kan? 

“Esok, bila Fuad datang, minta maaf dengan dia,” 

Dahiku berkerut. Bila nampak, emak terus jentik pipi aku sikit. Tahu aje dia yang aku cukup tak suka nama itu. 

“Jangan sombong sangat! Kamu sakit, dia yang tak senang duduk,” 

“Ha’ah! Fuad susah hati sangat. Tapi, dia tak tunjuk sangat,” 

Aku mencebik. “Kalau tak tunjuk, macam mana mak su tahu dia susah hati?” nafiku dalam debar. 

“Dia solat hajat dengan ayah. Dia mengaji dalam surau dengan ayah. Dia patutnya balik ke New Zealand hari ini, tapi dia mintak tangguh sampai hujung bulan. Dia risaukan kamu,” 

Kalau orang lain yang bercakap, bolehlah aku tepiskan. Tapi, bila ayah yang dok puji dia, apa aku nak balas? Haih, diamkan sahajalah.... 

“Zalilah Husin...” 

Bulat mataku memandang wajah emak. Aku tahu, bila emak panggil nama penuhku, bererti, ada perkara yang dia mahu aku buat. Janganlah emak suruh aku... 

“Buat baik pada Fuad, ya, nak! 5 tahun Ila tinggalkan rumah, Ila bawak diri, Fuad rasa bersalah sangat. Sampai sekarang, dia tak boleh nak maafkan diri dia sebab kutuk anak mak ni dulu. Ila, Fuad yang kita semua kenal bukan jahat, kan? Ila pun tahu yang Fuad ambil berat fasal Ila. Mak harap, bila dia datang dengan mak cik Huda nanti, Ila tak sombong dengan dia. Lagi pun,” 

Aku tak mahu dengar lagi. Perlahan-lahan, aku luruskan badan dan mengiringkan tubuhku dengan susah payah. Aku tutup muka dengan bantal. Mak langsung diam. Dan biarlah hendaknya semua orang terus diam dan tidak lagi menyebut tentang dia! 

Petang itu, aku terima tetamu tak diundang lagi. Kali ini dia tidak sendirian. Di sisinya ada seorang lelaki yang mendukung seorang anak kecil yang comel. 

“Aku tahu kau tak suka tengok aku lagi tapi aku janji, ini kali terakhir aku jumpa kau. Kalau lepas ni kau nak benci aku, aku rela!” 

Ayat! Macam berdrama. Huh! 

“Ila, kenalkan. Ini suami aku, abang Nasir." Fazidah kenalkan lelaki itu. Terkejut aku. Jadi, dia tak kahwin dengan Fuad?

"Ila, aku nak kau tahu yang sehari sebelum kejadian malam tu, abang Fuad putuskan tali pertunangan kami. Katanya, dia dah tersilap. Katanya, dia tak cintakan aku.” 

Aku dengarkan saja. Macamlah aku nak percaya cerita dia lagi? 

“Aku pulak syak yang kau dah luahkan isi hati kau pada dia. Mungkin sebab rasa kesian pada kau buat dia putus dengan aku. Tu yang aku nekad perangkap korang berdua. Niat aku, supaya korang sama-sama malu. Biar orang letak kesalahan atas bahu abang Fuad dan kau bila semua tu terjadi. Tapi,” 

Rasa ingin tahu membuak-buak cuma tak kan nak tunjuk, kan? 

“Aku tak faham kenapa dia marah sangat pada kau. Aku keliru. Aku rasa macam tak percaya. Baru aku terfikir yang kau tak pernah khianati aku. Baru aku sedar yang aku bersangka buruk dengan kau sedangkan kau setia, tak pernah luahkan isi hati kau pada dia. Kau kawan aku yang baik tapi disebabkan aku cemburu sangat, porak poranda semuanya. Aku menyesal, Ila. Aku,” 

Kupaling muka ke arah lain. Tak mahu melihat air mata Fazidah jatuh sebab aku sedih. Aku masih sedih sangat! Rapuh benar erti sebuah persahabatan baginya. 

“Ila, abang Fuad berterus terang dengan aku yang dia putuskan pertunangan kami sebab dia baru sedar yang dia belum dapat apa yang dia hendak dalam hidup. 5 tahun lepas... kau pun tahu yang abang Fuad masih terumbang ambing. Kerjapun tak tetap. Rumah tak ada. Kereta pun! Jadi, dia rasa, dia tak wajar kahwin lagi.” 

Oh, begitu rupa-rupanya. 

“Ila..” 

“Dahlah, Zidah. Aku nak lupakan semuanya. Aku,” 

“Maafkan aku?” 

Aku angguk. Ikhlas ni! Mampu tersenyum lagi. 

“Aku harap, kau juga akan maafkan abang Fuad. Mungkin, kalau kau maafkan dia, baru dia dapat memaafkan dirinya sendiri. Ila, bukan kau sorang yang makan hati. Aku tahu, abang Fuad jugak menderita sebab dia dah lukakan hati kau. Ila,” 

“Fazidah, kalau kau tak berhenti bercakap tentang dia, aku tarik balik..” 

Wajah cemas Fazidah memberi kemenangan padaku. Tahu takut? Hisy, geram betul! Kenapa semua orang nak bela sangat si Fuad tu? Kenapa sayang sangat pada dia? Kenapa harus menyebelahinya? Kenapa? Why? why? Why?

16 comments:

  1. oh, saya baru ingat yang si Fazidah ni sebenarnya yang buat onar, ada org lain. hehe. bukan rupanya.

    mesti Fuad dah menyesal sungguh2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... cemburu itu mendera, kan?

      Delete
  2. fuh..marathon baca..best2 suke2 cerpen ni :)

    saya rasa mcm fuad dah kawin dgn ila..betul x kak sofi? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lg, hehe.. n nim, than atas komen ttg cintamu cintaku satu... ku amat hargainya, jgn risau..

      Delete
  3. fazidah tu x paham makna persahabatan sejati...
    semudah tu je dia bercakap, dia tak pikir ke orang tanggung malu...
    smpai bawak diri, last2 bila blik sekali lagi disogokkan dengan kata2 tu lagi...
    Fazidah, please get a life ok...
    yang abg Fuad ni, x reti2 nak cari jalan bg Ila tu maafkan diri awak tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak sofi. wah! best giler cerpen kak sofi ni. masyukkk sangat. suka dgn watak2nya... menyucuk hatiku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kusuka andai dirimu suka, ewah hehe

      Delete
  5. alamak ila...dgr la dulu dorg nk kate ape...aish....susa gk kalau hati dah terguris n xbisa memaafkan lg...satg fuad dah xda dpn mata bru nk rse ke?ala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg selalu mcm gitu, kan? dah xde br nk nangis

      Delete
  6. karya akk sume mmg superb la kak...
    tahniah utk akk

    ReplyDelete
  7. best tp n3 sume pendek2 la kak.. nk lg boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen nih kn pendek2 hehe..kl x jd cerpan lak...

      Delete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.