apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.12

Hidup lagi....

Assalamualaikum... 

Sihat aje nampaknya. Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umurnya. Jadi, hentikan fitnah yang 'mematikan' Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. 

Tan Sri Ismail tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekaligus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir. 
"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air," 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London. Sebelum ini, khabar angin kononnya Ketua Polis Negara meninggal dunia ketika membuat lawatan kerja di London tersebar di laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Ismail berkata beliau berharap agar tiada lagi fitnah ditimbulkan terhadapnya kerana tindakan sedemikian tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak. 

Pihak polis mengenal pasti dua suspek dan keterangan mereka telah diambil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu kematian Ketua Polis Negara itu. Kedua-dua suspek itu, dari Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, tidak ditahan dan hanya keterangan diambil. 

sumber: metro

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.