Langkau ke kandungan utama

Bila sakit... menutup aib...

Assalamualaikum...
gambar hiasan :
tapi agaknya, kepala aku pun begini jugak kut? encik hubby tak
nak cerita.... hanya dia yang sanggup tengok dan jaga aku hmm..
Bila sakit... itulah keadaan aku sekarang. Begitulah, sewaktu sihat tak sedar diri hehe... Kini, hanya kerana sebiji bisul yang kecil di atas kepala, kecil sahaja... namun kesakitannya menular hingga ke seluruh wajah. Rasa urat2 timbul dan berdenyut-denyut. Kepala ni rasa nak dihantukkan ke dinding, biiarrr pecah..ewah. 

Hehe... tak lah! Tak adalah sampai begitu sekali. Sebab, rasanya, semua wanita tahu bahawa tak ada kesakitan yang lebih sakit daripada sakit melahirkan, bukan?

Bila sakit.... timbul keinsafan. Bahawa, benda sekecil ini pun akan amat menyakitkan. Tu baru siiikiiittt.... Jadi, bersimpatilah dengan mereka yang kakinya dipotong malah kepada yang menghidap penyakit yang lebih kronik seperti kanser...

Bila sakit..... tahu malu. Malu pada Tuhan yang berikan kesihatan tapi masa sihat tak digunakan untuk beribadat 'lengkap' kepadaNya. Buat yang wajib pun dalam keadaan terkocoh-kocoh. Masa seolah-olah tak cukup. Ada saja kerja lain nak dibuat. 

Bila sakit..... ingat mati, takuttt.... banyak persediaan belum dibuat. Mulalah hitung.... ohhh hutang sana ada lagi, hutang sini pun sikit lagi... makkk aiii... nanti terapung2 roh sendiri. Belum ambil tahu tentang solat dan ibadah lainnya...

Bila sakit.... terbaca satu artikel ni. Memang buat hati goyah dan sedih. Bimbang apakah aku umatNya yang tergolong di situ. Lalu teringat pesan seorang teman...
Kita ni kalau berdosa dengan Allah, minta ampun pada Dia, insya Allah akan diampunkanNYA. Tapi, kalau kita berdosa sesama manusia, selagi manusia itu tak ampunkan kita, jangan harap Allah nak ampuni kita...
Ya, bila sakit.... semua benda menujah kotak fikir. 


Bila sakit... kutitipkan nasihat ini untuk kita bersama: 

Dosa menjatuhkan maruah seorang muslim. 
- Dosa yang mungkin kita anggap kecil tetapi sebenarnya sangat besar di sisi Islam. Sesuatu yang kita sering buat dalam sedar atau tidak, bercerita mengenai keaiban orang lain bersama rakan atau jiran sehingga menjadi rutin seharian dalam hidup kita. 

Hayati cerita ini:
Ketika zaman Nabi Musa AS, tersebut kisah yang menyatakan kaum Bani Israil ditimpa kemarau berpanjangan. Mereka berjumpa Nabi Musa AS dan berkata:
“Wahai Kalamullah, berdoalah kepada Tuhanmu supaya Dia menurunkan hujan kepada kami.” 
Lalu Nabi Musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. Kemudian berdoalah Nabi Musa kepada Allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu. Namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya. Kemudian Nabi Musa berdoa lagi dan kali ini...

Allah menjawab doanya dengan berfirman: 
“Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian, sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa, melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.” 
Lalu Nabi Musa mengumumkan firman Allah itu. 

Saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan. Lalu terbisik di hatinya: 
“Kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsiaku. Kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.” 
Hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati: 
“Ya Allah! Aku sudah melakukan maksiat kepadaMu selama 40 tahun tetapi Engkau tidak pernah membuka aibku. Aku bertaubat kepadaMu sekarang, maka terimalah taubatku.” 
Saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. Nabi Musa kehairanan kerana tidak ada seorang pun muncul untuk mengaku seperti dikehendaki Allah. Lalu Allah menyatakan bahawa orang itu bertaubat kepadaNya. 

Nabi Musa seraya berkata: 
“Tunjukkan aku siapakah hamba-Mu yang taat dan beriman itu.” 
Namun Allah menjawab: 
“Ya, Musa... Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepadaKu. Apakah Aku membuka aibnya, sedangkan dia taat kepadaKu?” 
Begitulah Allah memelihara aib hambaNya, sedangkan kita tahu siapa kita di sisi Allah yang Maha Agung. Sesungguhnya Islam itu meletakkan maruah seseorang di tempat yang sangat tinggi. Dan, seorang Muslim tidak berhak mencemarkan maruah seorang Muslim lain dengan menjaja atau membuka aibnya. 

Terima kasih harian metro kerana atrikel yang berjaya menitiskan air mata penyesalan ini. Semoga Allah memahami...


Terima kasih atas kunjungan anda. 
Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…