apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.2.12

Barah Mulut... Satu lagi yang harus dihadapi...


Assalamualaikum... Hari Khamis minggu lepas, aku dan kawan2 sekolah kehilangan seorang teman. Kawan kami ini, seorang wanita, isteri, ibu berusia 50 tahun kembali ke rahmatullah setelah bertarung nyawa melawan kanser payudara selama hampir 6 bulan. Kanser... menakutkan, bukan?

Jom kita bicara tentang kanser mulut pula, pagi ini.
 
Kalau tengok pada gambar memang tak lalu, kan? Tapi seandainya kita tidak menjaga kesihatan diri kita ataupun tidak berwaspada dengan gejala-gejala kanser mulut ini, maka, bersedialah menghadapinya.....


Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Balachandran Appoo, barah mulut disebabkan 
Ketumbuhan tisu tidak normal di dalam kawasan mulut 
serta boleh merebak dengan pelbagai cara yang mengakibatkan gangguan untuk makan, sukar untuk menelan yang akhirnya seseorang itu mati akibat badan kekurangan air dan kelaparan.


Tanda barah mulut
1. Sakit yang berlanjutan
2. Luka yang besar hingga makan saraf
3. Susah mengunyah
4. Susah membuka mulut
5. Susah bertutur
6. Mulut berdarah
7. Ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)
8. Bengkak pada rahang, leher lebih tiga minggu
9. Tiada selera makan dan berat badan menurun
10. Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
11. Ulser mulut tidak sembuh lebih tiga minggu

Punca barah mulut
1. Merokok
2. Pengambilan alkohol
3. Mengunyah sirih bersama tembakau dan pinang
4. Pendedahan di tempat kerja yang membabitkan bahan kimia
5. Genetik

Cara mengurangkan risiko barah mulut
1. Buat pemeriksaan berkala di klinik
2. Lakukan pemeriksaan barah sendiri
3. Tidak mengambil atau mengunyah tembakau
4. Tidak merokok
5. Tidak minum minuman alkohol
6. Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari

Rawatan
1. Pembedahan
2. Radioterapi
3. Kemoterapi

Ingin tahu lebih detail? Baca metro ini!
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.