Langkau ke kandungan utama

Alza oh Alza...

Assalamualaikum... 

Gempaq! Esok, Khamis, 2.1.2012, varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan harga jualan lebih rendah akan diperkenalkan oleh PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sebagai tambahan kepada varian sedia ada sekarang. 
DSC00462
Model Alza berkuasa 1.5 Liter (L) pertama kali diperkenalkan pada 2009, menerima sambutan memberangsangkan apabila mencatat jualan sebanyak 37,400 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada rekod jualan sebanyak 180,000 unit kenderaan keluaran syarikat itu.

Oleh kerana harganya yang kurang mencecah RM2000, tentulah ada kekurangan pada Alza baru ini. Kurang di sini bukan bererti cacat tetapi perkara yang tidak ada dimasukkan iaitu:

1. Penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman
2. Tidak dilengkapi beg udara keselamatan 
3. Tidak dilengkapi sistem brek anti kunci (ABS) 
4. Tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng.

Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan, sistem audio pemain cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih ditawarkan kepada pembeli dengan pilihan enjin transmisi manual serta automatik.
DSC00110

ALZA 1.5 C.C

ALZA MANUAL STD ( METALIC ) RM 55,990.00
                                         DOWNPAYMENT RM 0
                            BULANAN RM 694 ( 9 TAHUN )

ALZA AUTO STD ( METALIC ) RM 58 ,990.00
                                    DOWNPAYMENT RM 0
                       BULANAN RM 730 ( 9 TAHUN )

Berita baik untuk anda yang ingin membeli Alza versi baru ini. 
Sesuatu yang ‘menarik’ di semua bilik pameran Perodua merupakan kejutan pada Khamis ini.
Apakah kejutan yang menarik itu? Tunggu.....

Sedikit info....

Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing berbanding model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) yang memerlukan institusi kewangan tempatan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
DSC00459
Pengenalan harga model Alza SR pada harga rendah membolehkan 
Seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu menyediakan deposit tinggi. 
Gambar ehsan sini 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. Alza untuk masa terkini.. ada apa2 komen tak.. dari segi kelemahan atau kekurangan.. sebab cadang nak beli Alza hujung tahun ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sofi x pandai sangat ttg alza tapi kak sofi dah baca kebaikan dan kelemahan di sini. terjah ya! http://www.arenakereta.com/2010/06/23/mpv-kompak-perodua-alza/

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…