Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Bila sakit... menutup aib...

Assalamualaikum... Bila sakit... itulah keadaan aku sekarang. Begitulah, sewaktu sihat tak sedar diri hehe... Kini, hanya kerana sebiji bisul yang kecil di atas kepala, kecil sahaja... namun kesakitannya menular hingga ke seluruh wajah. Rasa urat2 timbul dan berdenyut-denyut. Kepala ni rasa nak dihantukkan ke dinding, biiarrr pecah..ewah. 
Hehe... tak lah! Tak adalah sampai begitu sekali. Sebab, rasanya, semua wanita tahu bahawa tak ada kesakitan yang lebih sakit daripada sakit melahirkan, bukan?
Bila sakit.... timbul keinsafan. Bahawa, benda sekecil ini pun akan amat menyakitkan. Tu baru siiikiiittt.... Jadi, bersimpatilah dengan mereka yang kakinya dipotong malah kepada yang menghidap penyakit yang lebih kronik seperti kanser...
Bila sakit..... tahu malu. Malu pada Tuhan yang berikan kesihatan tapi masa sihat tak digunakan untuk beribadat 'lengkap' kepadaNya. Buat yang wajib pun dalam keadaan terkocoh-kocoh. Masa seolah-olah tak cukup. Ada saja kerja lain nak dibuat. 
Bila sakit.…

Di mana...

Assalamualaikum... 
Kepada Hati Ku Madu, thanks atas perkongsian yang menarik ini...
Di mana ada benci,  biarlah kita membalasnya dengan sayang... Di mana ada hati yang terluka,  biarlah kita yang menjadi penyembuhnya... Di mana ada duka,  biarlah kita yang menjadi penghiburnya... Di mana ada perselisihan,  biarlah kita yang merapatkannya... Di mana ada keraguan,  biarlah kita yang meyakinkan... Di mana ada putus asa,  biarlah kita menebarkan harapan... Di mana ada kesedihan,  biarlah kita yang berkongsi bahagia... Di mana ada kegelapan,  biarlah kita yang membawa cahaya…
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Phedophilia: Tua miang dan suka tubuh pejal orang muda...

Assalamualaikum...
Kisah dalam harian metro hari ini mengusik naluri. Dalam keadaan kesihatan yang kurang baik ini, hati tergerak untuk menitip sedikit bingkisan pada anda semua. 
Anda ada terbaca kisah seorang lelaki berusia 75 tahun yang gatal miang dan menggoda anak2 dara berusia mentah dengan wang dan pujuk rayu sedangkan dirinya sendiri sudah punya dua isteri, anak2, cucu dan cicit. Memang nafsu tak mengenal usia. Fenomena ini dikenali sebagai phedophilia. 
Menurut Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan yang terkemuka,   Nafsu lelaki hanya susut jika menghadapi masalah alat kelamin atau penyakit yang menyebabkannya tidak berfungsi. Nafsu lelaki tiada batasan, selagi bernyawa selagi itulah mereka bernafsu. Cuma yang membezakannya ialah kebanyakan lelaki apabila memasuki usia emas jarang memikirkan soal seks. Namun jika syahwat dirangsang atau terangsang, bila-bila masa saja mereka boleh melakukan hubungan seks dengan wanita.Maksudnya, anda sebagai ibu atau kakak harus mencemburui ayah, ad…

Memaknai sebuah Kehidupan

Assalamualaikum... 
Tertarik dengan pengisian oleh seorang teman, Zainab Ngah, di facebook. Jom kita hayati bersama-sama...
Memaknai sebuah kehidupan
Pagi.... bila kubuka tabir siangmu, kulihat pepohon menghijau, embun berkaca di hujung rumput, mentari menebarkan sinarnya, burung-burung berkicau riang, wajah alam indah berseri, dihiasi kelembutan warna alam, langit membiru, petani memikul cangkul menuju sawah, pekebun kecil membimbit pisau toreh menuju ladang getah, nelayan di pantai menarik perahu menuju laut, buruh-buruh memunggah papan untuk binaan, kakitangan kerajaan meredah rimba kenderaan menuju pejabat...

Alangkah damainya kehidupan ini di sebuah desa kecintaan nan permai
Pagi... bila kubuka tirai siangmu, awan mendung yang pekat kelabu, bersama kelam warna alam, dan semua insan memulakan langkah, meniti perjalanan hidup,

Di manakah langkah anak-anak bangsaku kini?

Jati diri bangsa telah berkubur, hanyut ditelan arus kemodenan, terlalu mudah menjadi mangsa,

Karam........ berpeleseran tanpa membatasi halal …

Mengingati Sudirman... masih merindu!

Assalamualaikum...
Namanya Sudirman Haji Arshad. Dulu, masa aku muda2, sebut saja nama dia, pasti aku saja2 mengaku dia ni abang aku hehe... Yalah, abang sepusat sepusing, nama bapak sama tapi sah2 lain2. Hmm....
Sudirmanlah satu2 penyanyi yang paling aku minati. Boleh dikatakan, semua lagu dia aku tahu dan hayati liriknya. He's the best, ever!
22 Februari lalu, genaplah 20 tahun pemergiannya. Dah lama, kan? Tapi, dek kerana dia seorang yang hebat, dunia tidak melupakannya. Malam tu, Astro menayangkan kisah hidupnya. Memang terharu kerana banyak kisah yang tidak diketahui, menjadi sorotan. Sesungguhnya, kita menyaksikan wajah penuh ceria namun di sebalik senyuman, ada tersembunyi kelukaan. Kasihan....
Antara lagu-lagu hebatnya... Sinar cintamu (lagu yang Hilman Yong pasang masa nak ke Bagan Lalang dengan Intan, hehe... x lupa ASST tu!). Salam terakhir, (lagu ni aku dan kawan2 guru nyanyi untuk pengetua sekolah kami masa beliau nak retire satu masa dulu hehe...) dan lagu paling aku suk…

PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum... 
Pagi2 hari begini, aku suka menjelajah facebook. Mencari ilmu yang dapat kita kongsikan bersama. Sesungguhnya, banyak yang baik-baik yang boleh kita manfaatkan. Antaranya ialah apa yang tertera di bawah ini. Terima kasih Nurul Farhana kerana sudi share I can't make U smile's status update
‎[PETUA IMAM SYAFIE] : Katanya....
Ada empat perkara menguatkan badan  1. makan daging  2. memakai haruman  3. kerap mandi  4. berpakaian dari kapas 
Ada empat perkara melemahkan badan  1. banyak berkelamin (bersetubuh)  2. selalu cemas  3. banyak minum air ketika makan  4. banyak makan bahan yang masam 
Ada empat perkara menajamkan mata  1. duduk mengadap kiblat  2. bercelak sebelum tidur  3. memandang yang hijau  4. berpakaian bersih 
Ada empat perkara merosakkan mata  1. memandang najis  2. melihat orang dibunuh  3. melihat kemaluan  4. membelakangi kiblat 
Ada empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong  2. rajin bersugi (gosok gigi)  3. bercakap dengan orang soleh  4. berg…

Ulasan buku: Dan Hati pun Berkata

Assalamualaikum...
Baru sudah membaca novel tulisan Nurriez ini. Beli petang tadi dan dalam 2 jam... tamat. hehe... Memang aku jenis cepat aje membaca novel kalau aku berkenan dengan jalan cerita dan isinya. 
Pendapat aku? Suka! Memang suka watak2nya. Adirra yang manja dan Rashdan yang matang. Serta watak jahat Natrah yang menyengat. Fuhh... rasa geram betul dengan Natrah tu. 
Citer sikit? Ada yang belum baca lagi ke? Okey, Dan Hati pun Berkata ni ialah novel yang mengisahkan Adirra anak manja yang terluka bila papanya kahwin lagi. Dia tak dapat terima ada orang nak ganti tempat mama dia. Dah tu dapat pulak kakak tiri yang berusaha merampas semua hak dia. Mula dia hilang kasih sayang papanya, lepas tu dia hilang Zafril. Bawak dirilah lepas tu, apa lagi?  Masa inilah jumpa dengan Rashdan. Rashdan bijak. Pandai memujuk. Pandai tackle hehe... suka Rashdan. Well, kalau cerita banyak-banyak tak thrill la anda semua nak baca nanti. Jadi, pergilah beli dan.... alami sendiri..
Aku suka citer ni, c…

Gambar nikah Lisa dan Yusri: sama cantik sama menarik...

Assalamualaikum...

Seronok pulak nak tunjuk gambar2 pernikahan Lisa Surihani dengan Yusri. Layanzz...






terima kasih beautiful nara dan oh bulan sebab aku dapat gambar2 ni dari blog mereka. Tahniah kepada pasangan pengantin baru ini..
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Untuk Isteri Tersayang

Assalamualaikum...  gambar hiasan
Membaca artikel ini di facebook buat hati melahirkan rasa syukur yang teramat kepadaNYA. Masakan tidak? DIA meletakkan darjat seorang wanita muslim di tempat yang tinggi. Apatah lagi jika sudah bergelar isteri. Kawan-kawan, bacalah... Untuk isteri tersayang ............1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya  adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3) Mandi junub seorang isteri disebabkan jimak oleh suaminya  lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4) Apabila isteri hamil,  ia dicatat sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak menjadi benteng neraka,  pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami pula adalah tasbih (zikir).
6) Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri  yang siang dan malamnya meng…

KL, bandar raya mahal rupa-rupanya!

Assalamualaikum...  Tahukah anda bahawa Kuala Lumpur duduk di tangga ke 74 dalam dunia sebagai bandar raya paling mahal? Tak tahu? Hmm.... 
Bayangkan dalam banyak-banyak bandar raya di dalam dunia besar ni, negara kecil seperti Malaysia mempunyai tempat dalam senarai itu. Baca...
Data made available by the EIU show that KL’s cost of living index rose from 67th in June 2009 to 83rd this month, a jump of 16 points or 23 per cent. This means KL is now 83 per cent as expensive as New York although its salaries are nowhere near as high as those in the global financial capital. This comes as mounting concerns over stubbornly high inflation and stagnant wages.Kalau nak tahu lebih detail lagi, baca sini dan sini... 


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Menyemarakkan hubungan intim suami isteri

Assalamualaikum... 

Perkahwinan anda mula membosankan? Hubungan intim mula menjadi hambar? Hmm, ada terapi untuknya tau.... 
Hubungan intim boleh disemarakkan oleh suami atau isteri. Cara?


1. Berkomunikasi  Sentiasa berbincang mengenai pelbagai isu. Yang baik mahupun yang buruk. Kalau susah sangat nak bertekak secara bertentang mata, tulis nota pendek menyatakan perasaan anda. Ini memberi ruang kepada anda untuk merenung keadaan, bertenang dan kemudian berbaik semula.
"Detik-detik paling intim bagi saya dan isteri sekarang ialah apabila mengisar epal menjadi sup pekat untuk anak kami. Hanya dengan menyediakan sajian mudah untuk si manja, kami rasa begitu rapat. Ia benar-benar menyemarakkan kasih sayang kami," - Steve Yap (bekas model terkenal)

Tahukah anda bahawa jika anda duduk-duduk santai sambil makan buah kegemaran masing-masing juga mampu menghangatkan suasana romantis? Cubalah!
2. Berfikiran positif dan keserasian perwatakan  Mesti ingat bahawa kita sendiri yang membuat piliha…

Little Anjali?

Assalamualaikum...

Kenal tak wajah kat atas tu? Tak cam? Amboi2.... Hari Sabtu lepas bukan main nangis tengok Kuch Kuch Hota Hai, biarpun dah berkali2 tengok citer tu kat TV, kat You tube, kat CD...  haha...

Cuba tengok pulak gambar di bawah ni... mesti dah boleh agak, kan?
Cehh... dah senyum ek? Ya, gambar atas tu ialah wajah jelita milik Anjali kecil dalam KKHH. Selepas 14 tahun... Wow, kan? Cantik, menarik dan tertarik. Dulu... kecil aje.... Namanya Sana Saeed... nak tahu banyak tentang Sana, google aje, k! Kak Sofi cuma nak share gambar2 dia yang cantik....

Cantik dan berpendirian tegas orangnya, si Sana Saeed ni. Buat masa ni, dia cakap, dia tidak akan jadi macam beberapa 'bintang' lain yang sanggup berlakon 'panas' dan bukak 'semua' hanya untuk dapat watak. Hmm....
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Sung Bong Choi - Bakat baru Korea Yang menggegar dunia....

Assalamualaikum...

Lelaki muda ini bernama Sung Bong Choi, berusia 22 tahun, orang Korea Selatan yang menggemparkan dunia bila dia menyertai rancangan Korea' s Got Talent! Suaranya sedap tapi bukan itu yang menjadi sebutan dunia. Kisah hidupnya yang buat kita menitiskan air mata.

Ya, hidupnya cukup derita....

Sehingga berumur lima tahun dia tinggal di rumah anak yatim sebelum lari kerana tak tahan dipukul. Sejak itu dia tidur sama ada di atas tangga atau dalam tandas awam dengan menyara hidup bekerja macam ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Hayati video2 di bawah.... tapi, siapkan tisu sebelum baca sarikata okey...









Macam mana? Terharu? Sedih? Kagum? Satu perkara yang aku dapat setelah melihat video2 ini..... Jangan Putus Harap.... Apa pendapat anda pula?

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Whitney Houston meninggal dunia

Assalamualaikum...
Kenangan ditinggalkan Whitney Houston melalui filem The Bodyguard....  (tekan link untuk tonton!)

I will always love you....
Penyanyi bersuara lunak ini meninggal dunia semalam. Usianya 48 tahun. Semakin membuat aku terfikir bahawa hari esok untukku mungkin juga tiada...sepertinya.



 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Barah Mulut... Satu lagi yang harus dihadapi...

Assalamualaikum... Hari Khamis minggu lepas, aku dan kawan2 sekolah kehilangan seorang teman. Kawan kami ini, seorang wanita, isteri, ibu berusia 50 tahun kembali ke rahmatullah setelah bertarung nyawa melawan kanser payudara selama hampir 6 bulan. Kanser... menakutkan, bukan?
Jom kita bicara tentang kanser mulut pula, pagi ini. Kalau tengok pada gambar memang tak lalu, kan? Tapi seandainya kita tidak menjaga kesihatan diri kita ataupun tidak berwaspada dengan gejala-gejala kanser mulut ini, maka, bersedialah menghadapinya.....

Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.
Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Balachandran Appoo, barah mulut disebabkan  Ketumbuhan tisu tidak normal di dalam kawasan mulut serta boleh merebak dengan pelbagai cara yang mengakibatkan ga…

Wild Romance... siri Korea yang sangat kelakar...

Assalamualaikum... 
Anda peminat Lee Dong Wook? Hmm, di KBS World, siri Wild Romance lakonannya sedang menarik minat ramai. Gaya gila2 dan childish antara eorang pemain baseball dengan bodyguardnya, seorang gadis 'anti fan' si hero. Uisy? Ada yang tak kenal Lee Dong Wook? Inilah dia... hensem giler, kan? tapi ni rupa dia dalam siri WR tu.  tu masa dia kena baling dengan telur busuk la... hehe
Di bawah ni pulak ialah heroinnya...  memang kelakar heroin ni.. lucu gaya dan perangainya...  Kenal ke? Dia penyanyi Girls Generation.. Nampaknya dah melekat pulak dengan citer Korea.
Haih... dah lama tak buat perangai nonton citer bersiri hehe...
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Retak: Edisi Cerpen Penuh

1

Di dalam sebuah restoran makanan segera. Seorang gadis bernama Hawa yang duduk berseorang diri di suatu sudut, sedang menangis. Beria-ia dia menangis. Sesiapa yang melihatnya, pasti rasa kasihan biarpun tangisan itu tidaklah kedengaran oleh sesiapa kerana Hawa cuba mengawal sedu sedannya. Mata sudah sembab. Hidung sudah merah. Pada pipi, kesan air mata memang jelas terlihat. Namun, saat seseorang mengambil tempat duduk di hadapannya, Hawa cepat-cepat mengambil tisu lalu mengelap air mata yang tumpah di pipi. Dia tidak mahu orang yang baru duduk itu tahu, yang dia menangis. Malu beb! 
Seminit kemudian. "Baru putus cinta ke? Asyik menangis aje dari tadi," 
Suara garau itu menegurnya. Teguran yang menyebabkan Hawa terus menatap wajah lelaki di hadapannya, tepat-tepat. 
"Macam mana awak tahu yang saya asyik menangis dari tadi?" tanya dia penuh hairan. Tak peduli lagi pada apakah anggapan lelaki itu yang sedang melihat sepasang matanya yang sembap kini. Lantaklah! 
Adam te…