Langkau ke kandungan utama

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1

“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!

“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.

Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.

“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”

Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu? Hmm...

Wajah gadis bernama Izzatul Najiha binti Abdul Halim menjelma di pandangan. Gadis yang setiap hari ke pejabat dengan memakai jubah berwarna hitam dan bertudung labuh. Gadis yang suaranya payah hendak didengari malah memang tidak langsung mahu bercakap dengan orang lelaki. Sangat-sangat sombong dan berlagak gadis yang berumur 26 tahun dan berasal dari Hulu Langat itu.

“Weh, Khairi! Kenapa kau pilih budak tu? Kau dah cakap pada dia ke? Dia nak ikut kau? Nak temankan kau?” Hafiz masih lagi dengan riak ingin tahunya.

“Dah, semalam!” balas Khairi Iqbal acuh tak acuh.

Hafiz mengerutkan dahi lalu menggelengkan kepala.

“Tipikal perempuan, kan? Nampak bukan main lagi tak sukakan lelaki. Tapi, bila kau ajak dia aje, eleh... terus setuju!”

“Hisy, jangan cakap macam tu!”

Hafiz menjuihkan bibir. “Habis? Ayat power apa yang kau guna yang boleh cairkan hati puteri salju tu?” soalnya geram.

Khairi Iqbal ketawa.....

...............

“Zana, panggilkan Izzatul Najiha jumpa I. Sekarang!”

Dia menyandarkan diri ke belakang kerusi empuk dalam bilik yang berhawa dingin itu. Sepasang mata tidak lari dari melihat ke arah pintu nyatoh pejabatnya. Dia menanti kedatangan gadis yang disuruhnya panggilkan tadi.

Gadis itu masuk sebaik mendengar suaranya. Seperti biasa, tiada satu apa pun yang menarik, untuk dia melihat sosok di hadapannya ini. Tapi, inilah kali pertama mereka hanya berdua. Gadis ini bekerja di bahagian pentadbiran, sebagai jurutaip. Dia? Dia tentu sahaja ketua di bahagian sumber manusia!

“Kenapa awak tercegat depan saya ni? Tak ada soalan untuk saya ke?” Khairi sengaja bertanya dengan suara yang keras. Dia melihat dahi gadis itu berkerut. Tapi sekejap sahaja.....

“Encik yang nak jumpa saya, kan? Jadi, enciklah yang kena beritahu.”

Tegas suara itu mengingatkannya. Namun, bukan itu yang membuat Khairi tersentak tetapi alun suara merdunya. Patutlah jarang bercakap? Sekali suara beralun... Fuhh...sedap! bisik hati.

“Malam Ahad nanti, masa jamuan akhir tahun, awak pergi dengan siapa?”

Khairi Iqbal bertanya sambil mencapai pensel dan mengetuk-ngetuk pensel itu di atas meja. Wajah Izzatul Najiha dalam tatapannya. Setiap inci yang selama ini tidak dipeduli, ditatap tajam sekali ini. Pandangan yang membuat Najiha berasa tidak senang. Buat dia rimas dan lemas.

“Tema majlis ialah berpasangan, kan? So, siapa partner awak?” Soal Khairi lagi bila Najiha tidak menyahut tadi.

“Err, saya, saya tak pergi, encik!”

Mata Khairi Iqbal buntang. “Kenapa?”

Belum sempat Najiha hendak menjawab, dia terus menuduh, “Sebab awak ni anti sosial, kan? Awak ingat yang awak ni baik sangat dan tak patut hadir dalam majlis yang bercampur lelaki perempuan, tak gitu? Awak ingat, kita orang semua nak buat maksiat dalam majlis dinner tu, kan?” Tuduhnya penuh geram.

Najiha tersenyum sedikit. “Encik memang suka marah-marah, ya? Belum saya cakap alasan saya, encik dah serang! Tak tahu nak jaga mulut ek?”

Khairi Iqbal terpaku. Berani betul perempuan ni marahkan dia? Dia bangun. Senyuman tersungging pada bibir bila ketika dia mara, Najiha mengundur menjauhi dirinya. Tapi, ke mana hendak lari. Habis jauhpun, dah terhantuk pada dinding.

Dia merenung wajah itu dalam-dalam. Meskipun Najiha sudah diam dan tundukkan wajah, dia tetap tidak dapat mengalihkan pandangan. Tiba-tiba...

“Saya kena balik kampung sebab ada kenduri tahlil tengah hari Ahad. Takkan nak balik tengah malam tu? Saya tak berani ‘drive’ sorang-sorang biarpun Hulu Langat tu dekat. Kalau balik pagi Ahad, kesian pulak pada emak saya. Nanti terkocoh-kocoh dia ke sana sini sorang-sorang.”

Najiha malas hendak beritahu perkara ini. Tapi dia geram mendengar tuduhan Khairi Iqbal tadi. Tu yang dia terpaksa bercerita.

“Kenduri tahlil?” tanya Khairi Iqbal.

“Ya! Kenduri arwah ayah saya. Dah genap setahun dia meninggal dunia.”

Khairi mengundur setapak. Malu sendiri kerana menuduh Najiha yang bukan-bukan. Tapi, nak minta maaf, sori!

“Saya tak peduli hal-hal peribadi awak. Yang penting, malam tu, saya hendak awak jadi pasangan saya.”

Najiha geleng kepala. “Tak ada paksaan, kan... majlis tu? Lagipun, saya ni bukan orang penting pun. Jurutaip saja. Ada dengan tak ada, tak siapa peduli! Tak siapa perasan. Encik cari aje gadis lain jadi pasangan encik. Saya tak boleh. Kan saya dah cakap tadi sebabnya?”

Khairi Iqbal secara spontan mendapat satu idea. Lalu terus dia memberitahu, “Izzatul Najiha, awak ikut saya ke majlis tu. Lepas majlis, saya hantar awak balik ke Hulu Langat.”

Bulat sepasang mata Izzatul Najiha. Rasa macam tak percaya pula. Hairan kerana lelaki ini begitu beria-ia. Apa ke halnya?

“Tak ada apa-apa hal, Najiha. Saya nak awak temankan saya supaya, orang lain ingat saya dah putuskan hubungan dengan semua perempuan lain. Saya nak mereka fikir yang saya dah jumpa perempuan terakhir dalam hidup bujang saya. Saya nak mereka sangka yang awak akan gantikan Amalina dan semua girlfriend lama saya. Itu aje!”

.....................

“Habis, dia setuju macam tu saja?” tanya Hafiz seakan-akan tidak percaya.

“Dia diam, senyum dan kemudian dia keluar, tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik tu. Jadi, aku buat kesimpulan, dia setuju.” balas Khairi Iqbal dengan tersenyum sinis. Bahu teman rapatnya ditepuk. “Perempuan! Mana ada yang sanggup menolak pelawaan aku, kan?”

Ketawa riuh bersambut!
.........................

2

“Jauh termenung anak mak ni. Kenapa?”

Mendengar suara ibunya, Najiha segera berkalih. Sejuk hati memandang seraut wajah yang bersih dan tenang itu. Kata saudara mara, dia tidak mewarisi kecantikan dan kelembutan ibunya. Dia lebih banyak mengikut sebelah ayahnya. Sebab itu tindakannya selalu spontan dan berani.

Tindakan spontan dan berani? Hmm, dia sudahpun melakukannya! Kepada satu-satunya lelaki yang paling celopar, pernah ditemuinya. Kepada satu-satunya lelaki yang perasan bagus sehingga lelaki itu menyangka semua orang akan jadi Pak Turut, patuh mengikut telunjuknya!

Bagaimanakah keadaan lelaki bernama Khairi Iqbal bin Datuk Salih itu sekarang? Terkejutkah agaknya melihat gadis yang menggantikan tempatnya? Ataukah.... suka?

“Awak ni pelik, Najiha. Kan dia dah ajak awak tu? Kenapa awak minta saya gantikan tempat awak pula?”

Najiha tatap wajah si jelita di hadapannya. Hati dipenuhi persoalan tentang sikap dan perangai lelaki itu. Mengapakah perempuan sejelita ini hendak dibiarkan begitu sahaja? Perempuan inilah yang lebih layak dan sesuai bergandingan dengannya, bukan dia!

“Sebab saya tak layak jadi teman dia, cik Amalina. Nanti orang gelakkan dia bila tengok kami bersama.” balasnya ringkas.

Amalina geleng kepala.

“Awak ni... Siapa berani nak gelakkan si Khairi tu? Lagipun, dah dia ajak awak, maknanya, dia suka awaklah, kan?”

Suka? Mengarut! Tapi, takkan nak beritahu pada Amalina sebab-sebab yang disebut oleh lelaki itu pula! Lagipun, dia memang tidak mahu berpasangan dengan Khairi Iqbal. Dia mengharapkan seorang yang lain mengajaknya pergi bersama. Sudah lama dia ada hati pada lelaki itu. Tapi, sampai petang tadi, lelaki yang diminatinya dalam diam itu tidak langsung membuka mulut. Memikirkan mungkin lelaki itu tidak pergi, Najiha terus nekad meminta Amalina menggantikan tempatnya. Malah, kini dia serahkan semua yang sudah dibeli oleh Khairi untuknya, kepada gadis itu.

“Cik Amalina, saya tak mahu cik marah saya dan tuduh saya nak rampas hak awak.”

Amalina ketawa. “Pandai awak ya! Memang saya marah awak, tau!”

“Sekarang?”

“Awak dah bagi balik hak saya jadi tak kan nak marah lagi, kan?”

Cubitan di lengan kiri menyebabkan Najiha terjerit kecil.

“Ah, mak ingat dah tidur tadi.” usik puan Hawa. Usikan yang disambut dengan tawa kecil Najiha. “Kamu tahu tak, Jiha? Mak ngah cakap kamu tengah mabuk cinta!”

Sekali lagi Najiha terjerit kecil. “Mana ada?”

“Betul ni? Entah-entah esok, masa kenduri, terjengul pak we kamu. Apa mak nak jawab pada adik beradik kita?” tanya puan Hawa beria-ia.

Najiha tutup mulutnya dengan tapak tangan. Saat ini dia langsung tidak dapat menahan gelak besarnya. Iyalah, kan? Buah hati tu adalah, cuma, masalahnya, lelaki yang dipuja itu tidak tahupun isi hatinya. Kalau sudah begitu, bagaimana mungkin Amir Fikri akan muncul esok?

Ya, dalam diam, Najiha sangat berminat kepada peguam muda yang mengendalikan urusan guaman syarikat. Dia terpikat pada ketenangan lelaki itu. Kalaulah dia ada sedikit keberanian, ingin dia menyatakan hasrat hati tapi rasa malu sangat menebal dalam dirinya. Jadi terpaksalah memendam rasa.

“Jiha?”

“Ya, mak...”

“Kamu ada pak we ke tidak ni?” puan Hawa inginkan kepastian.

Najiha ketawa. “Mana ada! Mak ni!”

“Kalau macam tu, esok, pakai cantik-cantik. Mana tahu kut-kut ada antara kawan-kawan mak yang nak cari menantu? Boleh kamu jadi calonnya, iya tak?”

Bulat mata Najiha. Namun dia ketawa juga. Geli hati mendengar kata-kata ibunya itu.

.......................
3

Betapa gementarnya perasaan. Nak tahu kenapa? Kerana bukan satu tetapi dua jejaka datang bertamu ke rumah Izzatul Najiha pada tengah hari Ahad itu. Kali pertama, mula-mula, Najiha dikejutkan apabila ibunya memperkenalkan seorang kawan rapat yang bernama puan Saliha. Ketika bersalaman, Najiha tergamam mendapati Amir Fikri berdiri teguh di sisi wanita itu. Rupa-rupanya, Amir Fikri ialah anak puan Saliha. Hati Najiha bergetar bagai nak rak meskipun lelaki itu tidak langsung mengukir senyum. Malah hendak menegur dirinya pun tidak. Seolah-olah, Amir Fikri tidak tahu yang mereka bekerja satu pejabat. Seolah-olah, Amir Fikri tidak mengenali dirinya. Kenapa ya, sikap lelaki itu begitu? Hati tertanya-tanya.

Hati diulit keriangan kerana dia memahami isyarat mata yang ibu dan ibu Amir Fikri berikan kepadanya. Oh, alangkah bahagia jika impian menjadi nyata, fikirnya. Tapi, risaulah pula bila melihat gelagat Amir Fikri yang seolah-olah kurang senang dengan situasi itu. Anak muda itu kelihatan gelisah. Alahai... tidak sudikah dia?

Dalam pada hati berkata-kata dengan penuh persoalan, tiba-tiba muncul seorang insan yang langsung tidak disangka-sangka oleh Izzatul Najiha. Kehadirannya yang tiba dengan kereta mewah berjenama Mini Cooper berwarna hitam metalik itu menarik perhatian tetamu yang hadir. Malah Najiha sendiri jadi terpegun.

Masakan tidak?

Lelaki itu datang dengan memakai sepasang baju Melayu berwarna biru laut dan bersongkok. Kalau dia pakai sampin di luar baju Melayu itu? Sah sah, orang menyangka dialah pengantin lelaki. Eeeiii...! Bukankah ini kenduri arwah? Bukannya kenduri kahwin, Najiha! Hisy, anak dara ni tak tahu malu betul! Membayangkan yang bukan-bukan pula.

Berdebarnya rasa hati bila melihat lelaki kacak itu datang menghampirinya. Rasa ingin benar dia lari jauh-jauh. Ke mana? Hendak menyorok di belakang Amir Fikri, boleh?

“Assalamualaikum.” Sapa Khairi Iqbal lembut. Tapi, senyuman itu... Kenapa Najiha berasa seperti dirinya tersindir? Apakah lelaki itu hendak memberitahu kepadanya bahawa sekarang ialah ‘Payback Time’?

“Encik Khairi,”

“Mak cik!”

Terpegun Najiha melihat lelaki itu tunduk hormat di hadapan ibunya yang entah bila sudah berdiri di sampingnya.

“Siapa ni, Jiha? Jiha tak cakap pun pada mak yang kita ada tetamu istimewa.”

Terasa diri diperli pula oleh ibunya. Haih! Hari ini hari perli dan sindiran sedunia ke?

“Err, mak... ini ee...”

Belum sempat hendak membuka mulut, terus saja Khairi Iqbal mencelah.

“Nama saya, Khairi Iqbal, mak cik. Dah lama saya nak datang jumpa mak cik tapi anak mak cik ni tak pernah izinkan. Kenduri ini pun, malam tadi baru dia beritahu saya. Punyalah kedekut...”

Puan Hawa ketawa mengekeh mendengar kata-kata pemuda tinggi lampai berperawakan peranakan itu. Kalau dari segi fizikal, memang dia kagum dengan pilihan anaknya ini. Dan, nampaknya, orangnya pun baik dan peramah. Hati sudah berkenan.

“Jenuh mak cik tanya dia, dah ada yang punya ke belum. Hmm, berahsia sangat! Rupa-rupanya dia nak buat kejutan pada mak cik, err...”

“Panggil saya Khairi, mak cik. Semua orang panggil saya Khairi, cuma anak mak cik special sikit. Dia panggil saya, abang. Tak apa, kan?” Khairi berbisik kepada ibunya namun Najiha masih dapat menangkap butir bicara perbualan mereka. Dan, kini, dia benar-benar berasa tidak sedap hati.

“Iya ke? Kalau dah macam tu, bolehlah mak cik perkenalkan semua kaum keluarga kami pada Khairi nanti. Dia orang memang nak tahu sangat siapa yang jadi pilihan Jiha. Boleh dikatakan, semua orang tak sabar-sabar nak kenal bakal suami Jiha, Khairi.”

Najiha jadi gementar. Dia segera menarik tangan ibunya, dan cuba menafikan andaian-andaian yang Khairi Iqbal nampaknya tidak mahu menafikan. Kenapa agaknya dengan ketua jabatannya ini? Tak kan sebegini kejam membalas perbuatannya semalam?

Dia memandang ke arah Amir Fikri. Kalaulah lelaki ini mahu berwajah sedikit manis, ingin saja Najiha meminta Amir memberitahu bahawa mereka sedang berkasih. Demi untuk dia meloloskan diri daripada cengkaman Khairi Iqbal. Tetapi, Amir Fikri langsung tidak merenungi dirinya. Malah sekarang ini dia dan Khairi Iqbal sedang berbual rancak! Hai.. kenapalah dirinya harus terlibat dalam kemelut rasa begini?

Yang disukainya, tidak langsung menunjukkan minat pada dirinya. Yang dia tidak berkenan, itulah pula yang terhegeh-hegeh! Kalaulah luahan lelaki itu kepada ibunya tadi adalah kebenaran, mungkin dia sanggup beralah. Malangnya, semua kata-kata manis itu hanyalah kepalsuan. Lelaki itu hanya ingin membalas dendam kepadanya! Hisy, sanggup menipu orang tua hanya untuk memuaskan rasa hati yang geram kepadanya? Kejam betul mamat ni! Grrr....

Belum sempat Najiha hendak membuka mulut kepada ibunya, tiba-tiba...

“Jiha, abang laparlah. Abang tahulah yang abang silap sebab datang lewat tapi tak kan Jiha tak kesian pada abang? Abang belum makan sebiji nasi pun sejak pagi tadi, tau!”

Najiha menjegilkan sepasang mata. Sakit betul hatinya dengan mamat keturunan sedikit ‘Bangla’ ini!

“Aa..aaa....Aduh!” Hendak sebut awak, terus tersebut aduh kerana ketam batu ibunya menyepit lengan.

“Pergi bubuh nasi pada Khairi. Kesian dia! Dah lapar sangat dah budak tu! Lepas tu, bawa Khairi duduk dekat mak su An. Kamu pun duduk makan sekali dengan dia. Lepas makan, ajak Khairi naik atas rumah. Ada pak lang, mak lang semua. Boleh sembang-sembang!”
Khairi tersengih menerima jelingan maut Najiha. Tapi, dia tak peduli pun. Tak kisah! Sekadar jelingan, bukan boleh mati, kan?

“Kenapa awak kejam sangat? Kesalahan saya sikit saja pada awak. Tapi, awak balas... Apa yang berlaku ni semua melibatan maruah saya dan keluarga, tahu tak? Sampai hati awak nak malukan emak saya yang sikitpun tak terlibat dalam sengketa kita? Sampai hati awak?”

Nota yang ditulis di atas sehelai kertas, ditolak ke hadapan lelaki yang sedang enak menjamu selera. Najiha melihat Khairi membacanya. Dia tergamam bila Khairi merenyukkan kertas itu dan memasukkan ke dalam poket baju Melayu yang dipakai.

“Awak?”

“Najiha, dengar sini! Saya dah nekad nak ambil awak jadi isteri saya.”

Terlopong mulut si anak dara mendengar pengakuan Khairi Iqbal. Wajah menjadi pucat. Nafas menjadi sesak.

Mimpikah aku? Diri ditanya....
.........................
4

“Kenapa awak kahwin dengan saya? Kenapa pilih saya? Kenapa saya?”

Khairi Iqbal tidak menyahut kesemua soalan. Dibiarkan sahaja kerana dia berasa terlalu letih dan tubuh badannya sudah dirasakan melekit dengan kemeja yang melekat pada tubuh.

“Awak, saya tanya awak ni! Tolong jangan buat tak dengar, boleh tak?”

Getaran dalam nada suara menyebabkan Khairi Iqbal menoleh. Buat pertama kali baru dia perasan akan kehadiran si dia. Dia yang kini sudah bergelar isterinya. Dia yang kini sedang memandangnya dengan sepasang mata yang berkaca.

Tidak lama masa yang diatur untuk membolehkan dirinya memperisterikan Izzatul Najiha. Seminggu selepas kenduri arwah itu, dia menghantar rombongan meminang Najiha. Beberapa hari selepasnya, dia dan Najiha sama-sama mengikuti kursus perkahwinan. Hari ini, selepas genap sebulan dia meluahkan hasrat, mereka sudah pun sah bergelar pasangan suami isteri. Meskipun dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, semuanya berjalan lancar termasuk majlis resepsi yang baru usai diadakan di Hotel Ritz Carlton ini.

Alamak, menyesal pulak bertanya. Patutnya aku tunggu hingga dia sudah mandi. Tengoklah tu! Selamba saja tayang badan dia. Eeii...

“Sayang nak tahu tentang apa tu? Cuba ulang! Tadi abang tak perasanlah...” Ujar Khairi sambil mendekati Najiha.

Najiha sembunyikan keresahannya. Mengelak diri dari lelaki itu lalu duduk di kerusi sambil menekan alat kawalan jauh untuk menonton televisyen. Bila tidak ada rancangan yang serasi dengan jiwa, terus butang merah ditekan dan suasana bilik menjadi sunyi sepi. Barulah dia menoleh semula ke arah Khairi yang kini sudah mengisi tempat kosong di sisi.

“Amalina cakap pada saya yang awak tak cintakan saya. Tentulah saya percaya sebab awak bukannya pernah peduli pada saya sepanjang tiga tahun saya bekerja di pejabat tu. Tapi, bila dia cakap yang awak kahwin sebab terdesak, yang ni saya tak boleh terima. Dia tak cakap apa yang awak terdesak sangat tu tapi saya buat andaian tentulah sebab harta, kan? Mak bapak awak ugut awak dan suruh awak buat pilihan. Kahwin atau harta yang patut jadi milik dan hak awak, awak tak dapat, kan?”

Khairi ketawa. Geli hati kerana pandai-pandai Najiha sahaja membuat andaian.

“Gelak tu, maknanya anggapan saya betullah, kan?” bentak Najiha. Geramlah hatinya bila dia serius, mamat sorang ni gelakkan dirinya pula. Melampau betul!

“Sayang, awak ni nak kena denda, tahu tak?”

Mata Najiha buntang memandang wajah Khairi. Boleh lagi tu panggil sayang? Sayang yang tidak punya makna apa-apa pada lelaki itu mungkin? Haih, malanglah diri!

“Banyak betul kesalahan sayang pada abang malam ni, tahu!” Ucap Khairi sambil kenyit mata.

Najiha pula mula risau. Maklum, angin gatal Khairi sudah mari nampaknya? Tetapi, dia tidak boleh membiarkan. Antara mereka, ada perkara belum selesai.

“Awak..”

“Kejap! Abang nak catat kesalahan sayang.” Khairi bangun, ambil kertas dan pen dalam laci meja hias dalam bilik ‘Executive Suite’, khas untuk pasangan pengantin baru itu.

“Pertama, sebab panggil abang, awak!”

“Jangan bergurau, boleh tak?”

“Kesalahan kedua, sebab marahkan suami.”

“Awak!!”

“Kesalahan ketiga, sebab menjerit di teling suami, macamlah Khairi Iqbal ni pekak.”

Najiha melepaskan keluhan. Resah dipermainkan suaminya. Tidak pula dia tahu yang Khairi seorang yang suka bergurau. Selama ni nampak serius benar!

“Kesalahan keempat, sebab pakai tudung ketika berdua-duaan dengan suami.”

“Kelima, sebab...”

“Hisy, kenapa dok hitung salah saya ni? Awak pun ada salah pada saya jugak! Awak paksa saya kahwin dengan awak, apa?”

Khairi ketawa. Hidung Najiha dipicit sehingga isterinya jadi lemas. Dia terus menegur, “Mana ada paksaan, Jiha? Kalau abang bawak Jiha lari dan letak pisau kat pinggang Jiha untuk duduk depan tok kadi, itu barulah namanya paksaan. Tapi, abang beri Jiha masa sebulan. Kalau Jiha hendak berbincang, atau menolak, Jiha boleh jumpa abang dan luahkan saja. Tapi, Jiha diam. Dan, sekarang dah sah jadi isteri abang. Jiha dah tak boleh undur lagi! Abang tak akan benarkan!”

“Tapi, awak tak cintakan saya!”

“Jangan telan semua fitnah yang Amalina tabur. Nanti, jadi racun, susah! ALLAH bagi akal untuk berfikir, okey! Tentang cinta.... Cinta bukan keutamaan bagi abang, Jiha. Abang bukan jenis jiwang tu! Abang bukan jenis rindu-rinduan! Pun bukan jenis nak bagi bunga ke hadiah ke, pada perempuan. Jiha kena belajar memahami abang.”

Alaaa.. tak romantis mamat ni! Habislah aku! Tak merasalah nak sambut hari kekasih kalau macam ni!....

Cepat-cepat Najiha beristighfar. Dia hanyut lagi dalam khayalan cintanya. Lupa pada siapa dan apa matlamat hidup sebagai seorang isteri.

“Kenapa dahi Jiha berkerut-kerut lagi tu?”

Lunak suara lembut Khairi menusuk pendengaran. Meremang juga bulu tengkuk mendengarnya. Ala-ala suara seorang DJ di Karya FM pula. Huhu..

“A...abang belum jawab soalan Jiha lagi,” tanpa sedar, Najiha bersuara manja. Membuat hati Khairi bergetar hebat. Namun dilindungi dengan tawa besarnya.

“Nanti, Jiha akan dapat semua jawapan tu!”

“Tapi, Jiha nak tahu sekarang jugak!”

Khairi bangun untuk menuju ke bilik air. “Satu hari, Jiha akan tahu jugak. Cuma abang nak pesan, Jiha jangan dengar cakap orang, okey! Percaya pada abang! Abang saja!”
.............................
5

Sudah tiga pagi berturut-turut, Najiha menerima sejambak jambangan bunga mawar merah. Cantik, wangi dan penuh misteri. Tidak ada kad untuk memberitahu siapakah yang memberikannya. Tidak ada panggilan telefon untuk bertanya sama ada dia sudah menerima atau belum.

“Wahai bunga! Siapakah peminat misteri ini? Jangan bagi aku cemas, boleh tak?” bisik hati.

“Wei.., tahulah kau sayang sangat cik abang kau tu! Tapi, tak payahlah nak menunjuk-nunjuk, hidulah, ciumlah.. bunga yang dia bagi! Tak payahlah nak buat kita orang jeles!”

Usikan Ilya memaksa Najiha tersenyum kelat. Itulah masalahnya! Najiha amat yakin bahawa bunga itu bukan kiriman suaminya. Kan Khairi dah cakap yang dia bukan mat jiwang? Dia tak suka bagi hadiah atau bunga!

Najiha tidak pernah lupa pada pengakuan suaminya itu. Dan, tidak pernah lupa pada tindak tanduk suaminya selama dua bulan perkahwinan mereka. Semua perkara adalah teka-teki bagi Najiha. Khairi melayannya dengan baik... Memang benar! Tapi, tidak lebih daripada seorang kawan. Mereka berbual, mereka berjenaka namun mereka tidur berasingan. Khairi yang mahukan begitu. Di hadapan semua orang, Khairi memang 'romantis gilerr', tetapi bila mereka tinggal berdua?

Hari ini, genap tiga hari Khairi ke Sabah. Kalau pengantin lelaki yang lain? Mereka baru dua bulan berkahwin, kan? Tentu masih boleh dianggap pengantin! Hmm... Kalau pengantin lelaki yang lain, tentu sahaja akan membawa isteri bersama, berbulan madu di atas kemuncak Kinabalu. Tapi, Khairi?

“Sori, abang tak boleh bawak Jiha sekali. Abang sibuk, nanti kesian Jiha tinggal sorang-sorang kat bilik. Daripada Jiha merungut jemu, baik Jiha duduk rumah dan pergi kerja. Lain kali, abang bawak, Jiha, ya!”

Apa hendak dikata? Sudah takdir, dapat suami yang tidak mahu memanjakan isteri... Haihh...

Petang itu, ketika Najiha sedang berkemas-kemas hendak balik ke rumah, satu suara garau menyapa dirinya.

“Assalamualaikum.”

Bulat sepasang mata Najiha bila melihat lelaki itu. Salam hanya mampu dijawab di dalam hati. Gemuruh rasa...

“Encik Amir Fikri. Ada apa, encik?” tanya dia setelah suasana sepi seketika tadi.

Mata lelaki itu tidak padanya sebaliknya tertancap pada jambangan bunga mawar merah yang telah dimasukkan ke dalam pasu yang dibeli di kedai bunga berhampiran pejabat semalam. Tanpa perlu diberitahu, Najiha sudah dapat meneka bahawa Amir Fikrilah yang mengirimkannya bunga itu. Bukan lelaki lain dan sudah tentu, sudah terbukti, bukan suaminya.

“Terima kasih sebab Jiha sudi jaga bunga yang saya beri. Siap masukkannya dalam pasu lagi.” bisik Amir Fikri perlahan namun masih dapat didengari.

“Awak yang bagi?” Cepat-cepat Najiha keluarkan bunga itu daripada pasu. Terus diletakkan di hadapan Amir Fikri. “Maaf! Saya ingat, suami saya yang kirim. Maklumlah, dah tiga hari dia outstation. Tak sangka, rupa-rupanya daripada orang lain. Erkk.. awak ambil semula, ya, Amir! Tak baik kalau saya simpan. Betul, tak?”

‘Gila mamat ni! Masa aku anak dara, tak ada pulak nak tegur, nak ajak dating, nak bagi bunga! Ni, bila aku dah kahwin? Apa ertinya ni? Hisy, menyeramkan betul!’ hati Najiha mengomel.

Amir Fikri menarik nafas panjang. Wajah Najiha ditatap dalam-dalam. Dia kemudian berkata, “Izzatul Najiha, jom ikut saya! Saya ada satu perkara nak cakap dengan awak. Tentang Khairi Iqbal dan tentang kita berdua! Penting! Saya tunggu awak di Coliseum.”

Biar betul! Najiha ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Nasib baik, tidak ada sesiapa tadi. Hanya beberapa orang di bahagian kewangan sahaja yang masih ada kelibat, tidak jauh daripada mereka. Kalau tidak?

Apakah perkara penting itu? Apakah yang menjadi sebab Amir Fikri menegur dirinya kini? Risau! Panik! Semua rasa bersepadu menghentam sanubari....
..................
6

Sudah hampir sepuluh minit mereka duduk berdua dalam restoran ‘orang lama’ ini. Begitupun, Najiha tidak langsung perasan pada keadaan di sekitaran. Dia sedang jauh melayan angan. Memikirkan perkara-perkara yang bakal didengari daripada Amir Fikri.

Najiha tidak selesa. Dia tidak seronok melakukan begini kerana dia tahu, dia isteri orang. Kalau ada yang nampak, tentu akan menyangka yang tidak-tidak. Tadi, dia sudah menghantar SMS kepada Khairi, meminta izin daripada lelaki itu untuk berjumpa dengan Amir Fikri namun Khairi tidak membalas pesanan ringkasnya itu. Tapi, disebabkan kata-kata Amir Fikri tadi, dia terpaksa meneruskan. Tentu penting apa yang ingin disampaikan kerana inilah kali pertama Amir Fikri bersungguh-sungguh mengajaknya keluar.

“Kenapa tak makan?” tanya lelaki di hadapannya bila melihat mi bandung yang belum luak daripada mangkuk.

Najiha tersenyum. “Biarkan sejuk dulu!” balasnya perlahan.

“Saya nak tunjuk pada awak sesuatu.”

Amir Fikri menyentuh Ipadnya. Tekan punat itu, punat ini, dia kemudian menyerahkan Ipad itu kepada Najiha.

“Tengoklah!”

Najiha menyambut dalam debar.

Terhenyak dirinya di kerusi, bila melihat gambar-gambar yang kelihatan. Gambar Khairi Iqbal dengan Amalina. Waktu mesyuarat, waktu makan, waktu memilih barangan di pusat membeli belah....Berdua dan amat mesra sekali! Pada setiap masa, tangan Amalina pasti sedang memaut mesra lengan Khairi. Senyuman yang cukup manis dikuntum khas untuk Khairi.

Hati perempuannya tersentuh melihat setiap satu gambar-gambar itu. Sebagai seorang isteri, tentu terdetik rasa cemburu meskipun di antara dia dan Khairi Iqbal tidak pernah melafaz janji setia mahupun meluah kata sayang. Entah kenapa, diri rasa tertipu. Diri rasa dipermainkan oleh Khairi.

“Dia orang masih bercinta?”

Soalan yang lemah dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Amir Fikri.

“Pernah ke Khairi beritahu awak yang hubungan mereka dah putus?”

Najiha memandang wajah Amir Fikri tepat-tepat. Kepala digeleng-geleng. Sesungguhnya, dia tidak tahu apa-apa tentang Khairi. Sepanjang dua bulan perkahwinan mereka, tak pernah pun mereka berborak tentang kesukaan mahupun yang dibenci. Inikan pula tentang kisah cinta dan harapan.

Hari ini, sekarang, barulah Najiha perasan bahawa perkahwinannya dengan Khairi, sesuatu yang pelik. Masing-masing tidak berusaha untuk mendekati yang lain. Dia mengharap Khairi memulakan kerana bagi dirinya, Khairi sudah memerangkap diri mereka dalam ikatan perkahwinan ini jadi, Khairi patut buat ‘the first move!’

Najiha ketawa. Baru menyedari kesilapan diri. Dia mengharap pada Khairi sedangkan dia tahu yang sebelum mereka kahwin, satu ofis sudah bergosip tentang hubungan suaminya dengan Amalina. Argh, memang dia bodoh! Mengharap yang mustahil!

“Semuanya bermula pada majlis jamuan akhir tahun dulu tu, Najiha.”

Kenyataan yang menyebabkan Najiha memandang wajah Amir Fikri lagi. Tajam, alam dan penuh perasaan ingin tahu.

Amir Fikri menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Wajah lembut di hadapannya ditatap. Hati tersentuh bila mengesan kesedihan yang cuba disembunyikan Najiha.

“Waktu jamuan tu, saya dah bersedia nak jumpa awak, Jiha. Saya nak ajak awak jadi pasangan saya. Tapi kerana kesibukan, saya asyik bertangguh. Sehinggalah saya mendengar orang bercakap-cakap yang awak bakal jadi pasangan Khairi. Frustlah jugak bila dengar tentang tu tapi, sebagai lelaki... terpaksalah awal perasaan, kan?”

Najiha tidak turut ketawa. Tidak ada yang lucu baginya.

“Di hotel, waktu majlis tu, saya cari awak. Yalah, hendak juga melihat perempuan yang ....”

Amir Fikri membalas renungan Najiha dalam lembut renungan memukau. Namun, Najiha tertanya-tanya sendiri tentang hatinya yang tidak lagi berkocak bila direnungi sebegitu oleh lelaki di hadapannya ini. Getarnya sudah tiada. Kalau dulu?

Ke mana perginya rasa itu? Sudah matikah?

“Teruskan cerita awak! Please!” dengan tegas, Najiha menarik perhatian Amir Fikri semula, kembali kepada realiti.

“Satu ketika, saya jadi jemu. Jadi, saya keluar nak ambil angin. Waktu di luar, dekat balkoni itulah, saya dengar mereka bertengkar.”

“Mereka? Khairi dengan Amalina, maksud awak?”

Amir Fikri mengangguk. “Amalina marah-marah sebab Khairi abaikan dia malam tu.”

“Owh??”

“Khairi naik angin bila Amalina cakap, awak tak mahukan Khairi. Amalina cakap, awak cakap, lelaki macam Khairi tak layak untuk perempuan sebaik awak.”

“Hah? Tapi, saya tak pernah cakap macam tu pun!” Najiha dengan wajah kusut sekali lagi terhenyak di kerusi.

“Saya yakin, awak tak cakap macam tu. Saya percaya, Amalina sengaja hendak buat Khairi marahkan awak. Tapi, saya tak sangka pulak yang dia marah awak dengan cara balas dendam sehingga ajak awak kahwin dengan dia!”

Najiha mendengus. “Apa lagi yang awak dengar malam tu?”

Lama baru Amir Fikri membalas, “Khairi cakap, dia akan pastikan awak kahwin dengan dia.”

Wajah terkejut Najiha menyebabkan pemuda itu ketawa. “Agaknya, wajah Amalina malam tu sama macam wajah awak sekarang. Tentulah terkejut bila Khairi buat pengakuan macam tu, kan? Selepas dia memburuk-burukkan awak?”

Patutlah Khairi datang ke rumahnya esok hari. Dan, kemudian berlakon menjadi kekasihnya. Benarlah firasatnya hari itu bahawa Khairi hendak membalas dendam kepadanya. Najiha menyangka bahawa kesalahannya kecil sahaja iaitu menukar dirinya dengan Amalina tetapi di sebalik itu, ada kisah yang ditulis oleh Amalina menyebabkan kemarahan Khairi meluap-luap terhadap dirinya. Aduhaii...

“Bila mendengar Khairi cakap yang dia nak kahwin dengan awak, saya terus keluar dari persembunyian. Saya marah dia. Saya cakap, jangan libatkan awak dalam sengketa antara dia dengan Amalina. Tentulah dia geramkan saya, kan? Menyibuk tak tentu fasal.”

Iya tak ya juga. Najiha kehairanan. Kenapa tiba-tiba sahaja Amir Fikri menjadi penyibuk?

“Susah sangat ke nak teka, Izzatul Najiha? Tentulah sebab saya cintakan awak!”

Pengakuan Amir Fikri buat Najiha tersentak.
.............................
7

“Indah!!!”

Datin Faridah menjungket kening mendengar laungan yang amat kuat dari atas tangga. Dari jenang pintu dapur, dia menjenguk. Dilihat, Indah yang sedang menjemur kain di ampaian, berlari masuk dari pintu sisi.

“Mana baju yang saya suruh awak gosok semalam, hah?”

Suara itu masih beralun dengan lantang.

Indah, si orang gaji, terketar-ketar menjawab, “Itu, bajunya yang saya udah sangkut di...”

“Yang ini? Awak dah gosok? Macam ini rupanya selepas awak gosok?” Baju dicampak ke wajah Indah. “Gosok semula! Berkedut-kedut! Nak gosok baju pun kena ajar ke?”

Lelaki itu terus berlalu untuk memasuki biliknya dengan wajah yang tegang. Indah kelihatan sebak ketika hendak melangkah ke bilik gosok. Langkah bagaimanapun terhenti bila Datin Faridah menahan pergerakannya. Sedih semakin bertambah bila melihat wajah datin yang penuh belas kasihan kepada dirinya.

“Indah tak faham, datin. Dulu, begitu juga baju yang Indah gosok. Sama saja. Tapi, bos tak pernah komplen apa-apa pun! Sekarang..”

Datin Faridah ketawa. “Sekarang otak dia serabut sebab itu dia asyik cari kesalahan orang lain, Indah. Dia belum jumpa silap dia. Dia belum jumpa punca kusut fikirannya. Itu yang asyik hendak mengamuk aje kerjanya tu. Dah, pergilah gosokkan semula baju tu. Nanti lambat, dia mengamuk lagi!”

Seperti biasa, sejuk hati semua orang bila mendengar pujukan datin. Indah pun tidak terkecuali. Mungkin kerana itulah dia masih bertahan dan boleh bekerja lama di rumah besar ini. Kalaulah hanya bos yang ada...argh, sudah lama dia angkat kaki!

15 minit kemudian, Datuk Salih turun untuk bersarapan dengan isterinya.

“Apa hal anak kesayangan awak tu jerit pagi-pagi buta ni, yang?” tanya suami sambil menghirup air kopi hitam pekat yang baru dituang oleh isterinya.

“Marahkan Indah. Katanya Indah tak reti gosok baju dia!”

Hampir tersedak datuk menahan tawa.

“Sejak dia balik tinggal dengan kita, abang perhatikan, ada-ada saja benda yang tak kena, kan? Even, masakan kak Som pun dia cakap dah kurang sedap. Ada ke patut?”

“Bila hati tak seronok, tak gembira, bang... Itulah jadinya!” balas datin bersahaja.

“Hmm...” sahut datuk.

Terdengar di telinga masing-masing, suara anak mereka kuat menjerkah lagi. Kali ini dia marah-marah bila stokin yang dicari tidak ditemui.

“Lain kali, lepas basuh, letak di satu tempat saja. Ini tak! Bersepah-sepah sana sini!”

Pasangan suami isteri itu saling berpandangan dan menarik sengih sebelum kembali selamba sebaik Khairi Iqbal menarik kerusi dengan kasar untuk duduk bersarapan bersama-sama.

“Semuanya tak boleh diharap!” bentaknya kasar.

“Termasuk umi dengan abah ke?” tanya datin Faridah, sengaja menyindir.

Khairi baru tersedar akan kehadirian ibu dan ayah di meja makan. “Err... sori umi! Abah! Tak! I mean,”

“Dah! Tak payahlah bercakap! Makan aje dulu! Mihun goreng tu pun dah sejuk dah!”

Baru dua tiga suap, Khairi berhenti. Air kopi diteguk rakus. “Pedaslah pulak mihun ni! Macam tak tahu saya tak suka makan pedas! Hisy!” gumamnya.

“Mihun tu, umi yang goreng hari ini!”

“Owhh...” Khairi kehilangan kata-kata. Akhirnya dia melepaskan keluhan sambil meminta maaf kepada ibunya.

“Baru tiga minggu tinggalkan Najiha, semuanya serba tak kena pada kamu, ya, Khairi?”

Teguran Datuk Salih membuat Khairi Iqbal terpanar. Hati mula berasa tidak enak. Sejak dia balik ke mari, belum pernah ibu atau ayahnya menegur sikap dan perlakuan. Tindakannya pun tidak pernah ditanya dan dipersoal. Namun, Khairi tahu, pagi ini, semua itu akan berakhir.

Datin memberi isyarat mata meminta suami meneruskan bicara. Datuk terangguk-angguk tanda faham.

“Khairi, dalam Islam tak ada istilah tinggal berasingan bagi pasangan yang sudah tak ada persefahaman macam kamu dengan Najiha ni. Abah rasa, kamu cuma ada dua pilihan sama ada nak terus kekal berkahwin atau lepaskanlah dia. Pisah-pisah begini, abah tak suka. Dia di rumah tu, sorang-sorang aje. Entah sihat, entah tidak. Selamat ke dia malam-malam? Makan ke, tidak ke? Apa-apa jadi pada dia, kamu yang bertanggung jawab, Khairi. Tapi, kalau kamu rasa, kamu tak mahu, kan elok bebaskan dia aje?”

Wajah Khairi Iqbal merona merah. Hatinya tetiba rasa sakit. Jiwanya rasa ingin memberontak. Geram dan marah berpadu menjadi satu.

“Kalau kamu lepaskan dia, bolehlah umi dengan abah pinangkan Amalina, pujaan hati kamu tu! Boleh kamu berdua kahwin! Umi ni perempuan. Tak sukalah kalau kamu berniat nak madukan Najiha. Tak baik! Lagipun, eloklah kalau kamu berpisah. Boleh Jiha kahwin dengan Amir Fikri. Budak Amir tu dah lama ada hati dengan Jiha. Dah eloklah tu! Kamu dengan Amalina yang kamu cinta sangat-sangat. Jiha pulak dengan Amir! Padan dah!”

Khairi bangun dengan tergesa-gesa. Kerusi terus terjatuh. Dia tak peduli pun! Terus saja bergerak ke arah peti sejuk, sambar botol air kosong dan terus meneguknya. Seolah-olah, dengan minum air yang dingin dapat mengurangkan lava kepanasan dalam tubuhnya.

Datin Faridah berasa hendak ketawa melihat telatah anaknya. Anak tunggal lelaki yang sentiasa dapat apa yang dia mahu. Kalau ada yang berani menolak, jadilah seperti Najiha. Mangsa kerakusan perasaan ingin memiliki!

“Apa Najiha cerita pada umi dengan abah? Tahu tak, saya tinggalkan dia tiga hari saja bila saya ke Sabah. Terus jadi macam ni! Dia tak nak dengar penjelasan saya. Dia tak nak jumpa saya. Bercakap dengan saya pun, dia tak mahu!” Khairi meluahkan.

“Action speaks louder than words, Khairi. Gambar-gambar ‘mesra’ kamu dengan Amalina dah ceritakan semuanya! Sebab kamu kahwin dengan Najiha pun dah diketahui semua orang. Amalina dah pastikan kami semua dapat emel dia. Amir pun dah cakap mulut pada Jiha. Pendek kata, cara kamu paksa Najiha kahwin dengan kamu tu dah heboh satu pejabat. Najiha? Macam mana dia diam dengan kamu, macam itu jugalah dia bisu dengan umi, dengan abah. Malah dengan emak dia, si Hawa tu pun, dia tak buka mulut,” datin memberitahu.

Khairi bungkam. Semua yang berlaku tidak pernah jauh daripada ingatan. Masih terbayang kekalutan yang melanda hati saat menerima SMS daripada Najiha. Dia hanya dapat membaca pesanan ringkas itu dua jam selepas menerima. Dia cuba menghubungi Najiha namun talian sudah Najiha putuskan. Dia sudah meminta Hafiz menemui Najiha untuk menegah Najiha daripada membuat sesuatu yang drastik, menunggu sehingga dia balik daripada Kota Kinabalu. Malangnya, bila dia sampai, Najiha tidak berada di rumah mereka. Ketika dihubungi, Najiha tidak langsung mahu bercakap dengannya.

Sampai hari ini, kelibat isterinya itu tidak kelihatan di mata. Merajuk sakan!
..........................
8

Hafiz menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan Khairi. Menung sana, menung sini. Sejak ditinggalkan Najiha, keadaannya sangat tidak terurus. Jambang pun sudah memenuhi wajah. Mata pula macam orang tak cukup tidur sahaja. Pelik! Kata, Najiha tu bukan sesiapa tapi, kalau dilihat pada diri dan keadaannya sekarang?

“Aku tak faham dengan sikap kau ni, Khairi! Ni, aku nak tanya sikit.”

Pandangan Khairi kosong ke wajah teman baiknya.

“Sebenarnya, kau cintakan siapa? Amalina ke Najiha?”

Khairi menghempaskan fail yang berada di atas meja. “Kau tengok keadaan aku yang serabut ni, terus kau tanya soalan tak ada nilai tu! Hafiz, aku jadi macam ni sebab kerja yang menimbun-nimbun ni, tahu tak? Tak ada kaitan dengan perempuan-perempuan tu semua! Faham?”

Hafiz tersenyum sinis. “Kut iya pun, tak payahlah jerit. Aku ni belum pekak lagi,” sindirnya.

“Habis, dah kau tanya soalan yang bukan-bukan, mahu aku tak naik hantu?” gerutu Khairi, penuh geram.

“Aku tak tahu pulak yang kerja kau banyak. Agaknya datuk tak nak tengok kau asyik menung kut? Tu yang dia bagi semua benda suruh kau buat. Tak adalah kau asyik fikirkan masalah kau. Kan?”

Khairi bangun dengan mata yang mencerun. “Eh kalau kau nak perli-perli aku lagi, baik kau keluar sekarang! Aku bosan tahu tak? Semua orang dera kepala otak aku ni. Dia yang hilangkan diri entah ke mana, aku yang kena marah! Sakit hati betullah!”

Sesungguhnya, dia amat terasa hati dengan sikap semua orang di sekelilingnya. Asyik hendak menyindir. Asyik hendak menyakat. Asyik menyuruh dia tinggalkan Najiha. Butakah agaknya mereka semua? Tidakkah nampak dia yang sedang terkontang-kanting sendirian, mengurus diri sendiri? Makan, pakai....

Semuanya tak sama sekarang!

“Perempuan tu dah buat aku jadi tak betul!”

Buntang mata Hafiz. Dia tak salah dengar ni! Tapi, perempuan yang mana, ya? Uisy, perempuan itu tentulah Izzatul Najiha. Tak mungkin Amalina sebab Amalina sentiasa ada di mana-mana sekarang ini. Asyik hendak mengepit Khairi sahaja lagaknya! Ya, Hafiz pasti, bisikan tadi ialah tentang Najiha. Amat pasti!

“Engkau tu dari dulu lagi dah memang tak betul!”

“Eh, eh...sedapnya kau mengutuk aku, Fiz?”

Hafiz ketawa. “Aku cakap perkara yang benar. Engkau bercinta dengan Amalina, kahwin dengan Najiha. Betul ke tu?”

Khairi terkial-kial hendak menjawab.

“Buta ke mata kau, Khairi? Tak nampak ke kau apa yang Amalina buat pada rumah tangga kau? Dia kejar kau sampai ke Kota Kinabalu, kau diam aje! Dia suruh orang tangkap gambar korang berdua, e mel gambar tu pada datuk dengan datin, kau senyap juga! Kau sanggup tinggalkan bini kau, biarkan dia.... kau balik duduk rumah mak bapak kau. Semua tu memang tak betul, beb!”

Kata-kata Hafiz bisa sungguh! Bagai racun menular ke dalam hati Khairi.

“Kalau kau tak suka Najiha tu, kan lebih baik...”

“Kenapa korang asyik suruh aku ceraikan Najiha, hah?” bentak Khairi garang. “Tak habis-habis. Sikit-sikit suruh cerai! Sikit-sikit suruh berpisah! Aku,”

“You apa? Kenapa you nak simpan dia lagi? You dah ada I, Khairi! Dan, I tak suka ada perempuan lain antara kita, tahu tak?”

Dua pasang mata memandang ke arah pintu pejabat yang terbuka luas. Kelibat Amalina menarik perhatian kedua-dua sahabat baik itu. Masing-masing terpegun memerhati. Mahu tidak terjojol biji mata? Aha.. jangan salah anggap! bukanlah gadis itu berpakaian seksi, okey!

“Cantik tak I?” Amalina ketawa sendiri dengan soalannya. “Tengok I dalam keadaan terpegun sangat tu tentulah sebab I terlalu menawan, kan?”

Hafiz mendengus. “You memang cantik, Amalina. Bertudung litup macam inipun, memang nampak ayu sangat! Tapi, kalau perangai you masih macam dulu, laki orang pun you nak berebut, boleh buang ke laut aje kecantikan you ni.”

Sakitnya hati Amalina mendengar sindiran Hafiz itu. “Eh, Hafiz! I tak berubah untuk you, tahu tak? I buat semua ni demi Khairi. So, tutup mulut you tu rapat-rapat! I tak suka!”

“Dah, dah! Jangan bertegang urat lagi. Korang berdua free tak?”

Hafiz mengangguk. Amalina juga.

“Kalau macam tu, jom kita pergi ke satu tempat. I nak temukan you dengan seseorang, Amalina.”

Perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke sebuah kediaman di pinggir bandar raya menuju ke utara. Bila Khairi menghentikan kereta, Hafiz dan Amalina sama-sama mengerutkan dahi. Wajah masing-masing penuh tanda tanya.

“Rumah siapa ni, you? Kita buat apa di sini?” tanya Amalina.

“Bila kita masuk ke dalam nanti, you tahulah! Jom!” balas Khairi. Dia mendahului yang lain, meninggalkan Hafiz dan Amalina dengan wajah kehairanan.

Sebaik pintu dibuka oleh seorang wanita separuh baya, Khairi berbisik ke telinga wanita itu. Sejurus kemudian wanita itu memandang ke arah Amalina. Pandangannya tajam dan dapat dilihat kebencian di dalamnya. Dia kemudian mengajak semua orang masuk ke dalam rumah.

Wanita itu memberi isyarat mata ke arah Khairi. Khairi yang faham terus melangkah ke arah sebuah bilik yang pintunya sedikit terbuka. Langkahnya dituruti oleh Amalina dan Hafiz.

“Assalamualaikum,” sapa Khairi sebaik pintu dikuak luas. Di sudut bilik, menghadap ke arah kolam renang, seseorang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda. Sebaik mendengar suara Khairi, lelaki itu memusingkan kerusi untuk berpaling sambil menjawab salam yang diberi.

Dan, saat wajah itu kelihatan, wajah Amalina menjadi pucat. Lututnya menjadi lemah dan, dia longlai.... jatuh terduduk di atas lantai.
...............................
9

Izzatul Najiha berlari menuruni anak tangga bila telinganya menangkap bunyi hon kereta. Elok sahaja sampai di anak tangga terakhir, pintu besar sudah terbuka luas. Ketika menjengah keluar, dilihat ibu dan ayah mentuanya sedang berdiri sambil berpegangan tangan, mengadap laut yang terbentang luas. Mentari yang ingin melabuhkan tirai menjadikan pemandangan unik kemerah-merahan. Cantik benar ciptaanNYA.

"Assalamualaikum, umi, abah," Najiha menyapa. Terus menyalami tangan kedua-duannya sebaik mereka memandang dia.

"Apa khabar anak umi di sini? Sihat?" tanya datin Faridah.

"Awak ni, yang... toksah tanya soalan tu. Tak adanya sihat menantu kita ni kalau dah awak kurung dia jauh-jauh daripada Khairi tu!" usik Datuk Salih. Usikan yang menyebabkan Najiha ketawa kecil.

"Alah, bukan lama lagi, bang. Kes dah nak selesai pun!"

Mata Najiha membulat mendengar kata-kata ibu mentua. Pantas dia bertanya kerana dia inginkan kepastian, "Betul ke, umi? Jiha dah boleh balik ke rumah? Tapi, abang? Macam mana dia?"

"Umi dengan abah datang ni pun sebab nak beritahu kamu tentang Khairi lah."

Najiha kegusaran. Bimbang memikirkan ssuatu yang buruk. Kerutan di dahi dapat dikesan oleh pasangan suami isteri itu. Lantas, Datuk Salih memberi isyarat agar isterinya mengajak menantu mereka masuk ke dalam rumah.

"Biar kita cerita di dalam. Boleh duduk! Boeh minum teh. Kan, Jiha?"

"Alamak, sori, bah! Jom masuk, jom! Nanti Jiha buatkan air."

Lama Najiha membiarkan ibu mentuanya menyelesakan diri. Dibiarkan pasangan di hadapannya makan kuih lompang yang dimasak tadi. Gembira mendapat pujian.

"Padai Jiha masak. Khairi mesti suka!" puji datin.

"Ha'ah! Bila kamu berdua dah berbaik-baik nanti, abah yakin si Khairi tu jadi gemuk kalau kamu asyik jamu dia makan, Jiha!"

Najiha tersenyum nipis. Bahagia kerana ibu dan ayah mentua mengharapkan perkahwinan dia dengan Khairi agar berkekalan. Tapi, apakah itu juga hasrat lelaki itu kepada perkahwinan mereka?

“Jiha, meh umi nak cerita."

Najiha menanti dalam debar. Wajah ibu mentua direnungi dan perhatian penuh diberikan.

"Rupa-rupanya, kan Jiha, masa di London dulu si Amalina tu dah kahwin, tahu!"

"Hah? Iya ke, umi?"

"Betul! Kebetulan dia kahwin dengan Eizlan. Eizlan ni dulu masa sekolah menengah, duduk asrama, sama-sama dengan Khairi. Kawan baik Khairi di STAR, Ipoh!"

"Owh! Macam mana dia orang boleh kahwin, umi?" Masakan boleh dibendung rasa ingin tahu yang membuak-buak, kan?

Datin Faridah mencapai tangan Najiha, meramasnya dan menyambung cerita, "Alah, dah jumpa di London. Amalina ambil bidang Akaun, si Eizlan pulak ambil Pharmacy. Bercintalah tu. Eizlan ni baik budaknya. Agaknya bila dah jatuh cinta, dia fikir daripada buat benda tak senonoh, baiklah dia orang kahwin, kan? Lagi pun, dia memang dah sayang sesangat pada Amalina tu! Tapi,"

Najiha kegelisahan menanti ayat seterusnya.

"Amalina pulak tak serius dengan Eizlan, Jiha. Tak benar-benar ikhlaskan diri dalam perkahwinan dia orang. Jadi, lepas kahwin, dia tetap macam dialah. Berpoya-poya, enjoy, langsung tak pentingkan rumah tangga. Satu hari, dekat kelab, Amalina diganggu dek mat-mat saleh yang mabuk. Eizlan manalah tahan tengok bini dia diusik orang, kan? Apa lagi, bergaduhlah! Teruk Eizlan kena balun dengan orang putih tu. Tahu-tahu sajalah, dia orang ramai, Eizlan sorang. Bila dah lunyai dikerjakan, tinggal Eizlan sorang-sorang. Masa dia dibawa ke hospital, keadaannya nazak dah!”

Najiha pandang wajah ibu mentua yang begitu tekun bercerita. “Amalina di mana, umi?”

“Budak bertuah tu?”

Najiha mengangguk.

“Dia lari. Kononnya takut tengok darah.”

Dahi Najiha sudah berkerut-kerut. Kehairanan dengan sikap Amalina. Lari di waktu suami amat memerlukan dirinya? Sampainya hati?

“Pihak kedutaan called Khairi sebab hanya alamat Khairi yang ditemui dalam dompet Eizlan. Telefon bimbit dan yang lain-lain, semua dah hilang. Umi ingat lagi, masa tu... Khairi memang tergesa-gesa nak pergi. Manalah umi tahu yang kawannya tu dah terlantar atas katil hospital selama tiga hari, kan? Biasalah! Khairi! Dia kan memang suka berahsia! Semua disimpan sorang-sorang!”

Najiha hanya mampu mengangguk. Memandang sayu wajah ibu mentua dengan perasaan bersalah yang tetiba dirasainya. Rasa bersalah kerana menyembunyikan diri daripada suami. Rasa bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan Khairi.

"Apa yang Khairi buat selama ni, semuanya untuk Eizlan, Jiha. Khairi dekatkan diri dia pada Amalina sebab dia nak menyedarkan perempuan tu pada tanggung jawab terhadap suami. Selebihnya, dia memang hendak balas dendam pada Amalina,”

Datin Faridah berehat seketika sambil sepasang mata mengesan manik-manik halus yang cuba diseka oleh menantunya. Dia tahu, Najiha rasa bersalah sekarang. Tentu rasa terbeban dengan dosa kerana sengaja mengelak dari Khairi.

“Kalau tidak kerana janji dia untuk temukan Amalina dengan Eizlan, Khairi tak akan peduli pada perempuan tu. Eizlan tu pun satu! Dah lumpuh pun, dah tak boleh berjalan dah, masih lagi sayang pada si Amalina tu! Pelik betul sikapnya. Kamu tahu, Jiha? Eizlan cakap pada Khairi, kalau Amalina mahu balik pada dia, dia akan ikut cakap Khairi untuk jumpa pakar dan sembuhkan diri dia yang lumpuh.”

Najiha rasa amat terharu. Begitu Eizlan mencintai isterinya. Biarpun semua yang terjadi disebabkan Amalina, cinta lelaki itu tidak pernah kurang. Adakah lagi lelaki sebegini? Apakah Khairi juga punya rasa cinta pada dirinya? Seutuh itu? Seteguh Tembok Besar Negeri China?

Najiha mengelap air mata yang luruh di pipi. Kata-kata Khairi yang meminta dirinya hanya percaya kepada suaminya itu kini sedang terngiang-ngiang di telinga.

“........... Abang nak pesan! Jiha jangan dengar cakap orang, okey! Percaya pada abang! Abang saja...........”

Datin Faridah tatap wajah menantu yang sedang mendung. Pipi mulus itu diusap perlahan. Lembut dia memujuk, “Jiha jangan marah sangat pada diri Jiha tu. Apa yang kita buat ni, tak salah. Umi sorokkan Jiha daripada Khairi pun tak salah juga. Kalau kita tak buat macam ni, Jiha, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu apa sebenarnya, kan?”

Najiha tersenyum hambar sambil mengucupi tangan ibu mentua yang disayangi. Ya, memang semua yang berlaku adalah hasil pemikiran genius ibu mentuanya yang seorang ini.

Dia teringat semula kepada peristiwa pertemuan di antara dirinya dengan Amir Fikri dahulu. Mendengar pengakuan lelaki itu yang konon mencintainya membuat Najiha benar-benar terkejut. Namun dalam masa yang sama, dia tegas menggelengkan kepalanya.

“Awak dah terlambat, Amir Fikri. Saya dah jadi isteri Khairi Iqbal. Kesetiaan dan cinta saya hanya untuk dia. Pintu hati saya dah tertutup untuk menerima cinta awak. Maaf!”

“Tapi, dia tak cintakan awak!”

Najiha senyum. “Tak apa! Satu hari, pasti ALLAH makbulkan doa saya supaya dia jatuh hati pada saya.”

“Najiha, Khairi dah ada Amalina!” bentak Amir Fikri.

Hati Najiha sebak mendengar kata-kata Amir Fikri namun dia tidak mahu kalah. Pantas dia membalas, “Saya redha jika cinta saya tak berbalas, Amir Fikri. Tapi, sebagai isteri, suamilah yang patut dicintai dan disayangi. Saya akan sabar memberi kasih sayang saya kepadanya dan berharap agar dia mencintai saya akhirnya. Tapi andai kata, memang tidak ada cinta untuk saya, tak apa. Asalkan dia bahagia, cukuplah bagi saya!”

Amir Fikri kehilangan kata-kata.

Najiha memandang wajah itu seketika sebelum dia akhirnya melangkah perlahan meninggalkan restoran yang kelihatan uzur di tengah-tengah kesibukan Jalan Tunku Abdul Rahman itu.

Najiha kemudian terus memandu ke rumah ibu mentuanya. Demi terpandang wajah Datin Faridah, Najiha menghumban tubuhnya ke dalam pelukan wanita itu. Semua kesedihan diluahkan. Gambar-gambar Khairi dengan Amalina di Kota Kinabalu ditunjukkan. Dia bertanya apakah yang harus dirinya lakukan.

Ketenangan datin membuat Najiha kagum dan rasa beruntung. Mereka berbincang tentang apa yang harus dilakukan. Akhirnya, datin menyuruh Najiha bersembunyi di rumah peranginan keluarga di Port Dickson.

Di sini, Najiha tinggal ditemani mak Piah dan pak Seman, pasangan suami isteri yang ditugaskan menjaga rumah yang terletak berhampiran ‘Blue Lagoon’, Port Dickson. Setiap hari, dia akan berbual di telefon tentang perkembangan dirinya di samping mendengar celoteh ibu mentua terutama tentang Khairi yang bagaikan kucing kehilangan anak, tanpa dirinya. Ibunya di Hulu Langat juga dihubungi setiap masa.

“Jiha?”

Cepat-cepat Najiha memandang wajah ibu mentuanya. “Ya, umi.”

“Kamu nak balik ke rumah, atau kamu nak umi suruh Khairi datang sini?”

“Jiha balik rumahlah, umi! Jiha yang tinggalkan rumah. Jadi, Jiha yang kena balik dan betulkan keadaan. Tapi,”

Datin Faridah tersenyum. Tahu benar apa yang ingin dikatakan oleh menantunya. “Kamu takut?”

Najiha mengangguk laju.

“Khairi tu tak makan orang, Jiha!”

Muka Najiha merona merah. Semakin merah, bila gelak kedua-dua abah dan umi bergabung.

“Umi ni...” bisiknya lalu tunduk, menyembunyikan rasa malu yang bukan sedikit.
...........................
10 (Akhir)

Lontaran terakhir! Khairi menumpukan sepenuh perhatian. Kalau dia dapat buat ‘strike’ bererti dia menang. Menang bererti dialah johan dan tidak akan mampu dikalahkan oleh Hafiz sampai bila-bila. Hafiz terpaksa menerima hakikat bahawa dia, Khairi Iqbal sangat hebat bermain bowling. Khairi tersenyum.

Sebaik balingan akan dilakukan, Hafiz menjerit, “Alamak, Najiha...”

Supp... bola terlepas dari tangan dan melorot melalui terowong. Usah kata nak buat ‘strike’, nak jatuhkan satu pin pun tak boleh!

Hafiz gelak besar. Tahu bahawa dia sudahpun menang. “Pantang sebut nama Najiha... terus hilang konsentrasi. Hahaha...”

“Kau main kotor!” jerit Khairi sambil membaling tuala yang basah dengan peluh ke muka Hafiz.

“Hoi! Busuklah!”

Giliran Khairi pula untuk ketawa sekuat-kuat hatinya. Dia kemudian sibuk mengemas beg galasnya.

“Kau nak ke mana, bro?”

Khairi kerut dahi. “Baliklah, ke mana lagi?”

Hafiz ketawa. “Balik ke rumah umi ke?”

Wajah Khairi mencuka. “Diamlah, kau! Mulalah tu nak menyakitkan hati aku,” marahnya sambil duduk semula.

Ketawa Hafiz semakin menjadi-jadi. Geli hati melihat gelagat teman baik yang tetiba menjadi cemberut. “Yang kau tak balik-balik ke rumah kau, kenapa? Entah-entah bini kau duk tunggu kau tiap malam.”

“Aku balik malam Ahad lepas. Dia tak ada pun!”

“Carilah dia!”

Khairi memandang wajah Hafiz dengan renungan hampa. “Aku dah pergi balik Hulu Langat, dia tak ada pun. Emak pula tak tahu apa-apa tentang kami.”

“Tak tahu?”

“Tak! Malah, dia berterima kasih dengan aku. Katanya, sejak kahwin dengan aku, si Najiha tu telefon dia hari-hari, dua kali sehari, kau tahu! Dia siap tanya lagi kenapa Jiha tak ikut aku. Terpaksa pulak aku kelentong yang aku singgah sebab aku dari PD.”

Hafiz terangguk-angguk.

“Pergilah balik ke rumah kau. Aku rasa dia ada tu.”

Khairi mencebik. “Pandailah kau!”

Hafiz ketawa. “Betul! Firasat akulah, dia sedang tunggu kau tu. Baliklah!” gesanya.

Khairi lepaskan keluhan. Diam tidak menyahut. Tidak mengiyakan, tidak juga berkata tidak.

“Weh, kau nak balik rumah kau ke tidak ni? Cepatlah cakap! Aku nak beritahu datuk dengan datin!”

Lama Khairi cuba mencerap masuk maksud kata-kata Hafiz. Dia kemudian tersengih. Bahu teman rapatnya itu ditampar perlahan. “Bertuah punya kawan! Kau pakat dengan umi, ek?”

Hafiz ketawa. “Aku hanya mengikut perintah. Kalau kau tak nak balik secara suka rela, dia orang suruh aku paksa kau. Susah susah, aku karate kasi kau pengsan, lepas tu hantar kau jumpa Najiha.”

Khairi terus angkat beg. Laju langkahnya meninggalkan Hafiz. Tidak sabar-sabar hendak menemui isteri yang sedang menanti. Argh, perutnya rasa lapar secara tiba-tiba. Teringat pada masakan Najiha yang enak-enak.

Hafiz terus mendail nombor Datin Faridah. “Datin, dia nak balik dah tu! Senyum meleret aje...”

“Alhamdulillah...”

.........

Najiha melihat mukanya dalam cermin. Tersenyum simpul dengan wajah yang merona merah. Rasa malu pula melihat diri yang kelihatan sedikit seksi dengan baju T sendat yang dipakai bersama seluar jeans berwarna biru. Rambut yang ikal ditocang satu.

“Sekali pandang macam budak sekolah.”omelnya sambil mengoles gincu pada bibir. Warna merah fushia yang menjadi kegemarannya. “Dua kali pandang macam... macam isteri orang hehe...”

Terus dia mencalit wangian Mediterranean yang lembut di leher dan di belakang telinga. Dia kemudian berlari keluar untuk melihat hidangan yang sudah tersedia di atas meja. Sup tulang, ayam masak halia, kailan ikan masin dan bawal masak tiga rasa, resepi masakan Thai menjadi pilihan untuk menjamu selera suaminya malam ini. Ketika dia tertunduk-tunduk untuk melipat tisu, terasa ada tangan kekar memeluk tubuhnya daripada belakang. Aduhai... meremang bulu roma kerana inilah kali pertama dia menikmatinya.

Najiha berpaling. Tersenyum manis bila mata mereka bertentangan.

“Selamat pulang, abang.” bisiknya.

“Jiha sihat?”

Najiha menggeleng. “Tak. Jiha rindu abang.”

Senyuman Khairi melebar. “Abang pun rindu sangat pada Jiha. Tapi, abang rindu lauk yang Jiha masak lebih lagi, tau!”

Najiha ketawa sambil menarik tangan suaminya menuju sinki. Dia kemudian membasuhkan tangan Khairi sebelum mendudukkan suaminya ke kerusi. Nasi dimasukkan ke dalam pinggan dan lauk semua turut diletakkan.

“Tahulah abang rindukan Jiha, tapi makanlah. Bukan boleh kenyang kalau tengok muka Jiha aje.”

Khairi tersengih macam kerang busuk. Dia mengangguk dan memulakan suapan. Sambil berbual-bual ringan. Tidak langsung menyentuh tentang perkara-perkara besar yang memisahkan mereka untuk seketika.

Selesai makan, Khairi melihat isterinya mengemas dapur. Kemudian dia menarik tangan Najiha ke ruang tamu.

Mata Najiha tertancap pada jambangan ros merah di atas meja kopi. Dia berlari mendapatkan hadiahnya. Kad yang diselitkan terus dibaca.

“Untuk Najiha, isteri segeraku......
Aku cinta kamu....
                                Khairi Iqbal.”

“Pendeknya! Tak puas baca!” Najiha merengek, melentokkan kepala di bahu suami bila terasa dirinya didakap lagi.

Khairi mengemaskan pelukan. “Buat apa tulis panjang-panjang, sayang. Action speaks louder than words, betul tak?” usiknya.

Najiha masih ingin mengusik. “Alah, tiga minggu dengan kita, buat tak peduli aje. Sekarang baru nak cakap I love you bagai!”

Khairi ketawa. “Sebab, kalau abang ‘peduli’, lakonan abang hancurlah! Tak adalah Jiha cemburukan si Amalina tu, kan? Tak adalah merajuk lari tinggalkan abang. Tak terbukalah cerita lama tu! Eizlan pun tak dapatlah jumpa Amalina semula. Betul tak?”

Najiha terangguk-angguk.

“Tapi, Amalina tak mahu dah pada Eizlan. Dia cakap dia tak nak jadi hipokrit, menyayangi tunggul kayu...”

“Macam tu? Habis dia masih nak kacau rumah tangga kita?” Najiha mula risau. Kalut memikirkan sikap Amalina.

“Abang dah cakap pada dia yang abang tak mahu tengok muka dia lagi. Abang memang tak boleh tahan dengan sikap dia, Jiha. Tapi, dulu, demi Eizlan, abang cuba bersabar dengan dia, dengan sikap dia. Sekarang, bila dia nekad tinggalkan Eizlan, selamat tinggallah!” Khairi memberitahu.

“Kesian Eizlan, bang. Sampai hati Amalina...”

“Jangan risau. Eizlan dah buka mata dah. Dah celik! Dah faham dan kenal siapa Amalina. Nak tahu, Eizlan dah setuju nak buat rawatan fisio. Abang yakin dia akan sembuh dan boleh berjalan nanti!”

Najiha segera berpusing dan kini membalas sentuhan suami penuh kasih sayang. “Bertuahnya Eizlan dapat abang jadi kawan dia.”

Khairi ketawa. “Habis, Jiha?” tanya dia bersama sebuah renungan penuh asyik.

Perlukah menjawab bila kini, dirinya di ambang bahagia? Cukuplah sekadar memberi reaksi yang bermakna. Cukuplah sekadar membisikkan kata syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan dirinya seorang lelaki sebaik ini. Apa lagi mahunya?

“Sejak bila abang jatuh cinta pada Jiha, ya?”

Nak tahu juga tu! Biasalah perempuan, kan...

“Sejak.... sejak....”

“Abang!”

“Okey! Sejak abang cakap abang nak kahwin dengan Jiha.”

“Masa kenduri arwah tu?”

Khairi mengangguk. “Abang takut Jiha dengan Amir Fikri ada apa-apa. Maklum, kan dia pun ada masa kenduri tu? So, abang bagi notis pada hati. This girl is mine, and I must fall in love with her. Only me! Not any other man. Especially, budak perasan bagus, si Amir Fikri tu!”

Najiha ketawa. Tidak menyangka bahawa selama ini Khairi amat cemburukan lelaki yang seorang lagi.

“Orang pertama yang abang cari bila Jiha tinggalkan abang ialah dia. Nyaris dia tak kena penumbuk abang ni, Jiha.”

“Eei.. tak sangka Jiha kahwin dengan samseng,”

“Bukan samsenglah! Cuma mempertahankan hak abang aje! Tapi,”

Najiha tatap wajah suaminya dalam-dalam.

“Tapi, Amir beritahu abang satu rahsia besar tau!”

Hati Najiha berdebar-debar. Renungan itu dan senyum yang menguntum kini kelihatan indah sekali. Penuh sayang kepada dirinya, dapat Najiha rasakannya.

“Amir cakap, Jiha tolak cinta dia, ya? Jiha beritahu dia yang dia dah terlambat. Sebab Jiha dah jatuh cinta pada suami sendiri. Tapi, ayat-ayat ini begitu mempesonakan abang....

Sebagai isteri, suamilah yang patut dicintai dan disayangi. Saya akan sabar memberi kasih sayang saya kepadanya dan berharap agar dia mencintai saya akhirnya. Tapi andai kata, memang tidak ada cinta untuk saya, tak apa. Asalkan dia bahagia, cukuplah bagi saya!....”

Wajah isteri ditatap dengan penuh kasih sayang. “Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab mencintai abang. Abang sayang Jiha. Cintakan Jiha juga. Sepenuh hati ini...”

Najiha tidak mampu berkata apa-apa lagi. Cukuplah cinta ini!

“Jiha, cinta terakhir abang.” bisik Khairi penuh romantis.

“Abang, cinta Jiha yang terakhir.” balas Najiha penuh perasaan.

Dan, malam pun berlalu penuh keindahan.....

Ulasan

  1. ader pengulangan plot dlm cerpen nie....
    harap diperbaiki segera sebab meng'confius'kn para pembaca...
    but nice story...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ya.. kena review balik hehe. anyway thanx

      Padam
  2. a'ah. ada yg ulang..hehe. best...=)

    BalasPadam
  3. Saye terlalu suke citer Ana Sofiya ni.. Sebab ayat dy best, jalan citer full.. Banyak maen prasaan.. Hehe.. -asyiqa-

    BalasPadam
  4. crita best pnuh suspen.cerita .ni buat pmbaca merasai pranan wtak dlm crita sekaligus mmbuatkn pmbaca brfikir.for me..this a creative love story.cm penceritaan agak serabut skit.but still nice story.4/5 star from me.

    BalasPadam
  5. Hadoiiii....citer ni pun best gak sis..

    BalasPadam
  6. Adoi mainkan perasaan betul si Khairi ni.. Anyway, best sangat cerpen ni. Good job writer 👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…