apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.1.12

Yang Terakhir 9

Assalamualaikum...


Izzatul Najiha berlari menuruni anak tangga bila telinganya menangkap bunyi hon kereta. Elok sahaja sampai di anak tangga terakhir, pintu besar sudah terbuka luas. Ketika menjengah keluar, dilihat ibu dan ayah mentuanya sedang berdiri sambil berpegangan tangan, mengadap laut yang terbentang luas. Mentari yang ingin melabuhkan tirai menjadikan pemandangan unik kemerah-merahan. Cantik benar ciptaanNYA.

"Assalamualaikum, umi, abah," Najiha menyapa. Terus menyalami tangan kedua-duannya sebaik mereka memandang dia.

"Apa khabar anak umi di sini? Sihat?" tanya datin Faridah. 

"Awak ni, yang... toksah tanya soalan tu. Tak adanya sihat menantu kita ni kalau dah awak kurung dia jauh-jauh daripada Khairi tu!" usik Datuk Salih. Usikan yang menyebabkan Najiha ketawa kecil. 

"Alah, bukan lama lagi, bang. Kes dah nak selesai pun!"

Mata Najiha membulat mendengar kata-kata ibu mentua. Pantas dia bertanya kerana dia inginkan kepastian, "Betul ke, umi? Jiha dah boleh balik ke rumah? Tapi, abang? Macam mana dia?" 

"Umi dengan abah datang ni pun sebab nak beritahu kamu tentang Khairi lah."

Najiha kegusaran. Bimbang memikirkan ssuatu yang buruk. Kerutan di dahi yang dapat dikesan oleh pasangan suami isteri itu. Lantas, Datuk Salih memberi issyarat agar isterinya mengajak menantu mereka masuk ke dalam rumah. 

"Biar kita cerita di dalam. Boleh duduk! Boeh minum teh. Kan, Jiha?"

"Alamak, sori, bah! Jom masuk, jom! Nanti Jiha buatkan air." 

Lama Najiha membiarkan ibu mentuanya menyelesakan diri. Dibiarkan pasangan di hadapannya makan kuih lompang yang dimasak tadi. Gembira mendapat pujian. 

"Padai Jiha masak. Khairi mesti suka!" puji datin.

"Ha'ah! Bila kamu berdua dah berbaik-baik nanti, abah yakin si Khairi tu jadi gemuk kalau kamu asyik jamu dia makan, Jiha!"

Najiha tersenyum nipis. Bahagia kerana ibu dan ayah mentua mengharapkan perkahwinan dia dengan Khairi agar berkekalan. Tapi, apakah itu juga hasrat lelaki itu kepada perkahwinan mereka? 

“Jiha, meh umi nak cerita."

Najiha menanti dalam debar. Wajah ibu mentua direnungi dan perhatian penuh diberikan. 

"Rupa-rupanya, kan Jiha, masa di London dulu si Amalina tu dah kahwin, tahu!"

"Hah? Iya ke, umi?"

"Betul! Kebetulan dia kahwin dengan Eizlan. Eizlan ni dulu masa sekolah menengah, duduk asrama, sama-sama dengan Khairi. Kawan baik Khairi di STAR, Ipoh!"

"Owh! Macam mana dia orang boleh kahwin, umi?" Masakan boleh dibendung rasa ingin tahu yang membuak-buak, kan?

Datin Faridah mencapai tangan Najiha, meramasnya dan menyambung cerita, "Alah, dah jumpa di London. Amalina ambil bidang Akaun, si Eizlan pulak ambil Pharmacy. Bercintalah tu. Eizlan ni baik budaknya. Agaknya bila dah jatuh cinta, dia fikir daripada buat benda tak senonoh, baiklah dia orang kahwin, kan? Lagi pun, dia memang dah sayang sesangat pada Amalina tu! Tapi,"

Najiha kegelisahan menanti ayat seterusnya. 

"Amalina pulak tak serius dengan Eizlan, Jiha. Tak benar-benar ikhlaskan diri dalam perkahwinan dia orang. Jadi, lepas kahwin, dia tetap macam dialah. Berpoya-poya, enjoy, langsung tak pentingkan rumah tangga. Satu hari, dekat kelab, Amalina diganggu dek mat-mat saleh yang mabuk. Eizlan manalah tahan tengok bini dia diusik orang, kan? Apa lagi, bergaduhlah! Teruk Eizlan kena balun dengan orang putih tu. Tahu-tahu sajalah, dia orang ramai, Eizlan sorang. Bila dah lunyai dikerjakan, tinggal Eizlan sorang-sorang. Masa dia dibawa ke hospital, keadaannya nazak dah!” 

Najiha pandang wajah ibu mentua yang begitu tekun bercerita. “Amalina di mana, umi?” 

“Budak bertuah tu?” 

Najiha mengangguk. 

“Dia lari. Kononnya takut tengok darah.” 

Dahi Najiha sudah berkerut-kerut. Kehairanan dengan sikap Amalina. Lari di waktu suami amat memerlukan dirinya? Sampainya hati? 

“Pihak kedutaan called Khairi sebab hanya alamat Khairi yang ditemui dalam dompet Eizlan. Telefon bimbit dan yang lain-lain, semua dah hilang. Umi ingat lagi, masa tu... Khairi memang tergesa-gesa nak pergi. Manalah umi tahu yang kawannya tu dah terlantar atas katil hospital selama tiga hari, kan? Biasalah! Khairi! Dia kan memang suka berahsia! Semua disimpan sorang-sorang!” 

Najiha hanya mampu mengangguk. Memandang sayu wajah ibu mentua dengan perasaan bersalah yang tetiba dirasainya. Rasa bersalah kerana menyembunyikan diri daripada suami. Rasa bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan Khairi. 

"Apa yang Khairi buat selama ni, semuanya untuk Eizlan, Jiha. Khairi dekatkan diri dia pada Amalina sebab dia nak menyedarkan perempuan tu pada tanggung jawab terhadap suami. Selebihnya, dia memang hendak balas dendam pada Amalina,” 

Datin Faridah berehat seketika sambil sepasang mata mengesan manik-manik halus yang cuba diseka oleh menantunya. Dia tahu, Najiha rasa bersalah sekarang. Tentu rasa terbeban dengan dosa kerana sengaja mengelak dari Khairi. 

“Kalau tidak kerana janji dia untuk temukan Amalina dengan Eizlan, Khairi tak akan peduli pada perempuan tu. Eizlan tu pun satu! Dah lumpuh pun, dah tak boleh berjalan dah, masih lagi sayang pada si Amalina tu! Pelik betul sikapnya. Kamu tahu, Jiha? Eizlan cakap pada Khairi, kalau Amalina mahu balik pada dia, dia akan ikut cakap Khairi untuk jumpa pakar dan sembuhkan diri dia yang lumpuh.” 

Najiha rasa amat terharu. Begitu Eizlan mencintai isterinya. Biarpun semua yang terjadi disebabkan Amalina, cinta lelaki itu tidak pernah kurang. Adakah lagi lelaki sebegini? Apakah Khairi juga punya rasa cinta pada dirinya? Seutuh itu? Seteguh Tembok Besar Negeri China? 

Najiha mengelap air mata yang luruh di pipi. Kata-kata Khairi yang meminta dirinya hanya percaya kepada suaminya itu kini sedang terngiang-ngiang di telinga. 

“........... Abang nak pesan! Jiha jangan dengar cakap orang, okey! Percaya pada abang! Abang saja...........” 

Datin Faridah tatap wajah menantu yang sedang mendung. Pipi mulus itu diusap perlahan. Lembut dia memujuk, “Jiha jangan marah sangat pada diri Jiha tu. Apa yang kita buat ni, tak salah. Umi sorokkan Jiha daripada Khairi pun tak salah juga. Kalau kita tak buat macam ni, Jiha, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu apa sebenarnya, kan?” 

Najiha tersenyum hambar sambil mengucupi tangan ibu mentua yang disayangi. Ya, memang semua yang berlaku adalah hasil pemikiran genius ibu mentuanya yang seorang ini. 

Dia teringat semula kepada peristiwa pertemuan di antara dirinya dengan Amir Fikri dahulu. Mendengar pengakuan lelaki itu yang konon mencintainya membuat Najiha benar-benar terkejut. Namun dalam masa yang sama, dia tegas menggelengkan kepalanya. 

“Awak dah terlambat, Amir Fikri. Saya dah jadi isteri Khairi Iqbal. Kesetiaan dan cinta saya hanya untuk dia. Pintu hati saya dah tertutup untuk menerima cinta awak. Maaf!” 

“Tapi, dia tak cintakan awak!” 

Najiha senyum. “Tak apa! Satu hari, pasti ALLAH makbulkan doa saya supaya dia jatuh hati pada saya.” 

“Najiha, Khairi dah ada Amalina!” bentak Amir Fikri. 

Hati Najiha sebak mendengar kata-kata Amir Fikri namun dia tidak mahu kalah. Pantas dia membalas, “Saya redha jika cinta saya tak berbalas, Amir Fikri. Tapi, sebagai isteri, suamilah yang patut dicintai dan disayangi. Saya akan sabar memberi kasih sayang saya kepadanya dan berharap agar dia mencintai saya akhirnya. Tapi andai kata, memang tidak ada cinta untuk saya, tak apa. Asalkan dia bahagia, cukuplah bagi saya!” 

Amir Fikri kehilangan kata-kata. 

Najiha memandang wajah itu seketika sebelum dia akhirnya melangkah perlahan meninggalkan restoran yang kelihatan uzur di tengah-tengah kesibukan Jalan Tunku Abdul Rahman itu. 

Najiha kemudian terus memandu ke rumah ibu mentuanya. Demi terpandang wajah Datin Faridah, Najiha menghumban tubuhnya ke dalam pelukan wanita itu. Semua kesedihan diluahkan. Gambar-gambar Khairi dengan Amalina di Kota Kinabalu ditunjukkan. Dia bertanya apakah yang harus dirinya lakukan. 

Ketenangan datin membuat Najiha kagum dan rasa beruntung. Mereka berbincang tentang apa yang harus dilakukan. Akhirnya, datin menyuruh Najiha bersembunyi di rumah peranginan keluarga di Port Dickson. 

Di sini, Najiha tinggal ditemani mak Piah dan pak Seman, pasangan suami isteri yang ditugaskan menjaga rumah yang terletak berhampiran ‘Blue Lagoon’, Port Dickson. Setiap hari, dia akan berbual di telefon tentang perkembangan dirinya di samping mendengar celoteh ibu mentua terutama tentang Khairi yang bagaikan kucing kehilangan anak, tanpa dirinya. Ibunya di Hulu Langat juga dihubungi setiap masa. 

“Jiha?” 

Cepat-cepat Najiha memandang wajah ibu mentuanya. “Ya, umi.” 

“Kamu nak balik ke rumah, atau kamu nak umi suruh Khairi datang sini?” 

“Jiha balik rumahlah, umi! Jiha yang tinggalkan rumah. Jadi, Jiha yang kena balik dan betulkan keadaan. Tapi,” 

Datin Faridah tersenyum. Tahu benar apa yang ingin dikatakan oleh menantunya. “Kamu takut?” 

Najiha mengangguk laju. 

“Khairi tu tak makan orang, Jiha!” 

Muka Najiha merona merah. Semakin merah, bila gelak kedua-dua abah dan umi bergabung. 

“Umi ni...” bisiknya lalu tunduk, menyembunyikan rasa malu yang bukan sedikit.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

22 ulasan:

  1. wahhhh... beshnye.. thanxs cik writer. tak sabarnye nk baca lgi... uhuhuhu xbaik la sye ni, suka buruk sangka dkt khairi....

    BalasPadam
  2. alahh..tarik balik ler kata kat khairi tu bodo piang...nyesal la plak... jiha jangan mrajuk lagi ekk..pas ni mesti khairi cinta kat jiha sorang jah...eheheheee... hepy nih..berbunga2 rasanye...

    BalasPadam
  3. ohhh happy ending. i like~!

    BalasPadam
  4. Heheh, mujurlah Jiha tak termakan kata-kata Amir tuh. Kalau tak, sesia je kena cop isteri curang nanti.

    BalasPadam
  5. ooo.sebenarnya khairi buat semuanya bersebab...
    harap lepas ni amalina akan insaf...
    memang betul khairi suka kat jiha...alhamdulillah....
    semoga mereka akan bahagia

    BalasPadam
  6. heheh dah tahu dah..mesti ada something...:D

    BalasPadam
  7. adei...untungla eizlan ade kwn cm khairi...xsia2sy sokong khairi selama ini...cewah2...ok najiha....blek la rumah...ntah2 nti khairi nk merajuk dulu sbb nk jiha pujuk...pdehal dlm hati da lompat2 gknye sbb akhrnye jiha blek...hee

    BalasPadam
  8. lama lagi ke nak habis cita ni???? tak sabar nak tau ending dia cana :)

    BalasPadam
  9. ramai yg tak husnuzhon kat khairi...kecuali saya...hihi

    BalasPadam
  10. hehehe, tu la...
    x baik kan buruk sangka kat Khairi, tempat seorang isteri mestilah disamping suaminya.. so Najiha common balik jumpa Khairi, bgorat dia smpai dia jatuh hati dengan kamu...

    BalasPadam
  11. zawani mukhtar, hero kak sofi nakal jek, buan jahat hehe...

    BalasPadam
  12. kak nora, ske eek.. khairi tu jadi budak baik haha...

    BalasPadam
  13. 3g_girl, insyaallah hepi ending hehe...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.