apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.1.12

Yang Terakhir 6

Assalamualaikum... 


Sudah hampir sepuluh minit mereka duduk berdua dalam restoran ‘orang lama’ ini. Begitupun, Najiha tidak langsung perasan pada keadaan di sekitaran. Dia sedang jauh melayan angan. Memikirkan perkara-perkara yang bakal didengari daripada Amir Fikri. 

Najiha tidak selesa. Dia tidak seronok melakukan begini kerana dia tahu, dia isteri orang. Kalau ada yang nampak, tentu akan menyangka yang tidak-tidak. Tadi, dia sudah menghantar SMS kepada Khairi, meminta izin daripada lelaki itu untuk berjumpa dengan Amir Fikri namun Khairi tidak membalas pesanan ringkasnya itu. Tapi, disebabkan kata-kata Amir Fikri tadi, dia terpaksa meneruskan. Tentu penting apa yang ingin disampaikan kerana inilah kali pertama Amir Fikri bersungguh-sungguh mengajaknya keluar. 

“Kenapa tak makan?” tanya lelaki di hadapannya bila melihat mi bandung yang belum luak daripada mangkuk. 

Najiha tersenyum. “Biarkan sejuk dulu!” balasnya perlahan. 

“Saya nak tunjuk pada awak sesuatu.” 

Amir Fikri menyentuh Ipadnya. Tekan punat itu, punat ini, dia kemudian menyerahkan Ipad itu kepada Najiha. 

“Tengoklah!” 

Najiha menyambut dalam debar. 

Terhenyak dirinya di kerusi, bila melihat gambar-gambar yang kelihatan. Gambar Khairi Iqbal dengan Amalina. Waktu mesyuarat, waktu makan, waktu memilih barangan di pusat membeli belah....Berdua dan amat mesra sekali! Pada setiap masa, tangan Amalina pasti sedang memaut mesra lengan Khairi. Senyuman yang cukup manis dikuntum khas untuk Khairi. 

Hati perempuannya tersentuh melihat setiap satu gambar-gambar itu. Sebagai seorang isteri, tentu terdetik rasa cemburu meskipun di antara dia dan Khairi Iqbal tidak pernah melafaz janji setia mahupun meluah kata sayang. Entah kenapa, diri rasa tertipu. Diri rasa dipermainkan oleh Khairi. 

“Dia orang masih bercinta?” 

Soalan yang lemah dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Amir Fikri. 

“Pernah ke Khairi beritahu awak yang hubungan mereka dah putus?” 

Najiha memandang wajah Amir Fikri tepat-tepat. Kepala digeleng-geleng. Sesungguhnya, dia tidak tahu apa-apa tentang Khairi. Sepanjang dua bulan perkahwinan mereka, tak pernah pun mereka berborak tentang kesukaan mahupun yang dibenci. Inikan pula tentang kisah cinta dan harapan. 

Hari ini, sekarang, barulah Najiha perasan bahawa perkahwinannya dengan Khairi, sesuatu yang pelik. Masing-masing tidak berusaha untuk mendekati yang lain. Dia mengharap Khairi memulakan kerana bagi dirinya, Khairi sudah memerangkap diri mereka dalam ikatan perkahwinan ini jadi, Khairi patut buat ‘the first move!’ 

Najiha ketawa. Baru menyedari kesilapan diri. Dia mengharap pada Khairi sedangkan dia tahu yang sebelum mereka kahwin, satu ofis sudah bergosip tentang hubungan suaminya dengan Amalina. Argh, memang dia bodoh! Mengharap yang mustahil! 

“Semuanya bermula pada majlis jamuan akhir tahun dulu tu, Najiha.” 

Kenyataan yang menyebabkan Najiha memandang wajah Amir Fikri lagi. Tajam, alam dan penuh perasaan ingin tahu. 

Amir Fikri menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Wajah lembut di hadapannya ditatap. Hati tersentuh bila mengesan kesedihan yang cuba disembunyikan Najiha. 

“Waktu jamuan tu, saya dah bersedia nak jumpa awak, Jiha. Saya nak ajak awak jadi pasangan saya. Tapi kerana kesibukan, saya asyik bertangguh. Sehinggalah saya mendengar orang bercakap-cakap yang awak bakal jadi pasangan Khairi. Frustlah jugak bila dengar tentang tu tapi, sebagai lelaki... terpaksalah awal perasaan, kan?” 

Najiha tidak turut ketawa. Tidak ada yang lucu baginya. 

“Di hotel, waktu majlis tu, saya cari awak. Yalah, hendak juga melihat perempuan yang ....” 

Amir Fikri membalas renungan Najiha dalam lembut renungan memukau. Namun, Najiha tertanya-tanya sendiri tentang hatinya yang tidak lagi berkocak bila direnungi sebegitu oleh lelaki di hadapannya ini. Getarnya sudah tiada. Kalau dulu? 

Ke mana perginya rasa itu? Sudah matikah? 

“Teruskan cerita awak! Please!” dengan tegas, Najiha menarik perhatian Amir Fikri semula, kembali kepada realiti. 

“Satu ketika, saya jadi jemu. Jadi, saya keluar nak ambil angin. Waktu di luar, dekat balkoni itulah, saya dengar mereka bertengkar.” 

“Mereka? Khairi dengan Amalina, maksud awak?” 

Amir Fikri mengangguk. “Amalina marah-marah sebab Khairi abaikan dia malam tu.” 

“Owh??” 

“Khairi naik angin bila Amalina cakap, awak tak mahukan Khairi. Amalina cakap, awak cakap, lelaki macam Khairi tak layak untuk perempuan sebaik awak.” 

“Hah? Tapi, saya tak pernah cakap macam tu pun!” Najiha dengan wajah kusut sekali lagi terhenyak di kerusi. 

“Saya yakin, awak tak cakap macam tu. Saya percaya, Amalina sengaja hendak buat Khairi marahkan awak. Tapi, saya tak sangka pulak yang dia marah awak dengan cara balas dendam sehingga ajak awak kahwin dengan dia!” 

Najiha mendengus. “Apa lagi yang awak dengar malam tu?” 

Lama baru Amir Fikri membalas, “Khairi cakap, dia akan pastikan awak kahwin dengan dia.” 

Wajah terkejut Najiha menyebabkan pemuda itu ketawa. “Agaknya, wajah Amalina malam tu sama macam wajah awak sekarang. Tentulah terkejut bila Khairi buat pengakuan macam tu, kan? Selepas dia memburuk-burukkan awak?” 

Patutlah Khairi datang ke rumahnya esok hari. Dan, kemudian berlakon menjadi kekasihnya. Benarlah firasatnya hari itu bahawa Khairi hendak membalas dendam kepadanya. Najiha menyangka bahawa kesalahannya kecil sahaja iaitu menukar dirinya dengan Amalina tetapi di sebalik itu, ada kisah yang ditulis oleh Amalina menyebabkan kemarahan Khairi meluap-luap terhadap dirinya. Aduhaii... 

“Bila mendengar Khairi cakap yang dia nak kahwin dengan awak, saya terus keluar dari persembunyian. Saya marah dia. Saya cakap, jangan libatkan awak dalam sengketa antara dia dengan Amalina. Tentulah dia geramkan saya, kan? Menyibuk tak tentu fasal.” 

Iya tak ya juga. Najiha kehairanan. Kenapa tiba-tiba sahaja Amir Fikri menjadi penyibuk? 

“Susah sangat ke nak teka, Izzatul Najiha? Tentulah sebab saya cintakan awak!” 

Pengakuan Amir Fikri buat Najiha tersentak.


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

22 ulasan:

  1. Dah terlambat la Amir. Kalau bagitau awal2 takdelah Jiha terperangkap dalam dendam si Khairi tu. Ish, kesian Jiha.

    BalasPadam
  2. aduh!!! makin rumit!! ceeeittt

    BalasPadam
  3. kesian najiha...huhuhu.amir dah terlambat la...

    BalasPadam
  4. Zorro Syahran, kalau cepat aje kahwinnya, bahagianya.... cepat lak habis kahkahkah...

    BalasPadam
  5. rumitnye kisah diorg...
    khairi tu jahat la, x baik buat pompuan mcm tu...

    BalasPadam
  6. apala khairi ni.... mlampau btoi..... sepak laju2 bru tahu.....
    kesian najiha, xbsalah pung

    BalasPadam
  7. harap najiha jgn cepat percaya. Fikir dulu & siasat betul2.
    kalau si amir betul2 cinta ngan najiha dia ada masa nak bagitau
    najiha psal khairi sebelum najiha kahwin.
    macam ada yg tak kena ngan si amir ni.

    BalasPadam
  8. ok...sy still xnk die bercerai..adakah khairi msh dgn niat nk bls dendam tu bile die da kwen ngn jiha? mne la tw...kate nk bls dendam...tp bile da knal btol2 xjd plak kn....lg plak...npe amir msti tggu utk bgtw lpas jiha nikah bkn sblm jiha nikah?why?bukannye hr ni khairi lamar time tu jugak nikah...pliz la amir...

    BalasPadam
  9. cactaceous opuntia, marahkan amir lah ni hehe... peace!

    BalasPadam
  10. setuju dengan cactaceous.
    entah amir ni. masa majlis dgn rumah najiha buat muka tak selesa blablabla.
    tetiba dah kawin baru nak ckp itu ini.
    alahai, lembab betul!
    marah ni marah.
    kekeke. ^^

    BalasPadam
  11. aduhaiiii amir n khairi ni dua2 bodo piang berganda2...kalu aku ler jadi najiha jam2 tu jugek aku bungkus angkat kaki peh tu pi pej agama..heheheee boleh ke gitu..heheheeee

    BalasPadam
  12. kak nora, haha.. bodo piang? lama x dengaq :)

    BalasPadam
  13. dah 2 bulan kawin baru nak bg tahu, amir ni biar betul...ni mesti fitnah!

    jiha kena percaya khairi, kan hari tu khairi dah bgtahu suruh percaya kpdnya sahaja...

    kak sofi, jgn pisahkan mereka ya:)

    BalasPadam
  14. kesian kat najiha...
    kenapalah amir lambat nak berterus terang...

    BalasPadam
  15. seed169, mmg ada lelaki jenis lembab mcm nih haha..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.