apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.1.12

Tulis jangan sebarang tulis!


Assalamualaikum... 

Cubaan yang melanda dirinya cukup hebat. Sudahlah kena samun kemudian diuji dengan tohmahan. Namun, dia tetap tenang. Membalas dengan caranya yang matang. Alhamdulillah....

Akhirnya, pengendali blog RuangBicaraFaisal (RBF) memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya baru-baru ini.

Semalam, Wardina menjemput penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.

Faisal telah mengeluarkan tulisan-tulisannya sebelum ini berhubung persoalan-persoalan ditimbulkan.

Beliau juga berkata, sepertimana yang dijelaskan olehnya semalam, kejadian yang menimpa Wardina benar-benar berlaku dan bukannya lakonan atau dirancang.
"Saya tamatkan isu tersebut disini dan sekali lagi saya mohon maaf kepada Wardina dan suaminya," 

Kata Wardina, 
"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," 
Bagi yang tidak tahu, penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com ini mempersoalkan kononnya Wardina memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti. Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Muda2 lagi suka merepek, itulah padahnya.... Aku rasa penulis blog ni sombong budaknya. Tak percaya? Baca komen dia di Sinar Harian ni!

sinar harian tlg cek betul2 dulu. betul ke nama saya mohd faisal? nama blog tak semestinya menggambarkan nama sebenar. yang pandai2 pergi tambah MOHD kat depan kenapa? kalau nama saya CHE atau WAN kat depan , camna?
dan untuk komennya itu dia dapat ini:
  • Haslina Adnan
    salah tulis nama pun kau dah melenting. yang kau senang2 gi kutuk orang yg trauma kene pecah rumah tu pasal ape. kene batang hidung sendiri baru tau. lepas tu terus pos kat blog kau, bagi tau rumah kene pecah,
  • Sentou Yousei Yukikaze
    Tau takpe... Lain kali tulis gune otak... Bukn ngan lutut...
    Bangang....
  • Hisyamuddin LonelyBoyz ·  Top Commenter
    Nama salah skit dah nak naik angin.... Tulis yg bukan2, org lain suka kew?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.