Langkau ke kandungan utama

Tiada Sepertimu....6


Assalamualaikum... 


Dzulfadhli menggelengkan kepala sambil memerhati si dia yang masih mengerekot di atas katil. Segera, suis pendingin hawa ditutup. Meskipun jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi, dia sudah berniat untuk mengejutkan perempuan itu daripada terus lena dan leka. 

"Zaireen! Bangun!" panggilnya. 

Zaireen mengalihkan tubuhnya, membelakangi Dzulfadhli. Masih lagi belum terjaga. 

Meskipun hati bergetar hebat melihat betapa seksi si isteri di dalam pakaian tidurnya, dia tetap mencuba menahan perasaan. Tidak mahu terikut-ikut dengan gejolak nafsu sedangkan diri masih belum bersedia menjalankan tanggung jawab seorang suami. Kerana bagi Dzulfadhli, masih banyak yang perlu dibuat untuk meruntuhkan ego Zaireen yang terlalu tinggi! Masih banyak yang menjadi perbezaan di antara mereka berdua. 

“Zaireen! Bangunlah!” 

Terpisat-pisat Zaireen jadinya. Mata digosok-gosok. Demi memandang wajah suaminya, terus peristiwa semalam menujah ingatan. Perasaan tidak puas hati segera ditunjukkan. Dia kemudian membaringkan dirinya semula, cuba menarik selimut untuk menutupi kepala. 

“Aku bilang tiga. Kalau kau tak bangun, aku jirus kau dengan air sejuk ni!” tegas Dzulfadhli yang kini sedang memegang gayung berisi air hampir dengan kepala si isteri. 

“Kalau berani, cubalah!” balas Zaireen keras. 

Dzulfadhli pun apa lagi? Terus sahaja disiramnya bahagian kepala yang tertutup menyebabkan Zaireen menjerit. 

“Dzul! Apa awak buat ni?” 

“Kan aku dah suruh kau bangun? Aku kejutkan elok-elok, kau degil, masih juga buat-buat tidur. Kau cabar aku jirus kau, aku buatlah! Dah! Jangan banyak songeh! Bangun! Pergi mandi, ambil wuduk, dan solat dengan aku. Cepat!” perintah Dzulfadhli. 

Mata melirik ke arah jam. “Alah, baru pukul 4.30 pagi! Nak solat apa ni?” bantah Zaireen sambil menutup mulut yang terbuka luas gara-gara menguap. 

Mata Dzulfadhli bulat merenung Zaireen menyebabkan Zaireen menjadi serba salah. 

“Kau cakap, kau sanggup ikut apa juga syarat yang aku berikan? Masih ingat lagi janji kau tu? Atau, kau nak mengelat? Aku okey aje. Bukannya aku lahap sangat nak kahwin dengan kau ni. Kalau kau tak suka,” 

“Abang? Sampai hati cakap macam tu?” Zaireen mula berasa hiba bila Dzulfadhli mengungkit tentang pernikahan mereka. 

“Aku cuma cakap perkara yang benar. Kalau kau nak terus menjadi isteri aku, kau mesti patuh perintah aku, Zaireen. Seorang isteri yang baik tak akan pernah pertikai suruhan suaminya.” Wajah Zaireen ditatap seketika sebelum dia menjauh dan berdiri di hadapan cermin rias. Dari dalam cermin, dia melihat gelagat Zaireen yang kini sedang duduk tegak dengan wajah yang kelat. 

“Tapi, kalaua kau rasa apa yang aku mintak kau buat ni berat sangat? Okey, kita batalkan saja perjanjian,” 

“No!” Zaireen melompat turun dari katil. Terus dipeluknya tubuh Dzufadhli daripada belakang. “Jangan cakap macam tu! Reen janji, Reen akan patuh pada cakap abang.” 

Dzulfadhli meleraikan pelukan Zaireen pada tubuhnya. 

“Aku tunggu kau di bilik solat,” ujarnya tanpa berpaling ke arah Zaireen langsung. Laju langkah kakinya diatur meninggalkan Zaireen kehampaan sekali lagi. 

Usai mengerjakan solat Subuh, Zaireen yang masih mengantuk berhasrat untuk tidur semula namun hasrat itu terbantut bila Dzufadhli menahan langkah yang ingin diatur menuju ke bilik peraduan mereka. 

“Tolong sediakan sarapan untuk aku. Aku nak minum kopi dan makan nasi goreng.” 

Zaireen mengerutkan dahi. “Mak Tam ada kat dapur tu! Mintaklah pada dia. Reen ngantuk ni!” 

Bila Dzulfadhli tidak menyahut, Zaireen mula berasa cuak. Ketika mendongak, sepasang mata sang suami sedang mencerlung ke arahnya. Dzulfadhli kemudian mencampakkan sesuatu ke muka. Bedebuk.... 

“Ouch!” Zaireen terjerit sakit. 

“Itu perjanjian yang aku dah sediakan. Baca! Kalau nak jadi isteri aku, ikut semuanya! Kalau tidak?” 

Ayat dibiarkan tergantung. Wajah Zaireen ditatap seketika sebelum dia keluar dari bilik solat yang luas. Sengaja memberi ruang kepada Zaireen untuk berfikir. Baru beberapa langkah, Dzulfadhli berpaling. 

“Oh ya, Zaireen! Di ruang belakang tu, kau tanda tangan kalau kau setuju. Boleh aku tunjukkan pada daddy. Aku nak daddy jadi saksi pada perjanjian kita. Lagi satu! Jangan fikir lama-lama sangat. Perut aku ni perut orang kampung yang biasa makan awal pagi. Kalau dah masuk angin nanti...." Dzulfadhli sengaja menghentikan bicara sehingga tumpuan Zaireen sepenuhnya diperoleh. Wajah suram Zaireen kini dalam tatapannya.  

"Aku tak nak cakap banyaklah! Tapi, aku rasa, kau faham maksud aku. Kan?”

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. best...best...best....cepat2 la sambung....hehehhehe...

    BalasPadam
  2. keh keh keh.... revenge time... ops... bukan revenge, correction time la.. macam dalam pusat pemulihan tu gamaknya....

    ~ Mina ~

    BalasPadam
  3. wowww!!! tegas n garangnye abg dzul nih..takat mana la garang n kuatnye iman si dzul tuh nanti ekkk...eheheheeee

    BalasPadam
  4. alamak, kasarlah pulak bahasa dzul. huhuhu! apa-apa pun, ttp best! :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…