apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.1.12

Tiada Sepertimu.... 7

Assalamualaikum... 


Sudah seminggu mereka memasuki rumah baru. Bererti sudah seminggu mereka bergelar suami dan isteri. Itu juga bermaksud bahawa sudah seminggu dirinya bergelar seorang suri rumah sepenuh masa. Dia bukan lagi seorang CEO yang bergaya ke pejabat sebaliknya kini, dia sibuk dengan urusan di dalam rumah besar yang dimiliki suaminya. 

Setiap hari, jadual kerjanya sudah ditetapkan oleh Dzulfadhli. Seawal jam 4.30 pagi, dia sudah wajib bangun untuk bertadarus dengan suaminya itu. Kemudian dia akan turun ke dapur untuk membuat sarapan. Sebaik Dzulfadhli memandu keluar, dirinya terpaksa memulakan tugas membasuh kain dan mengemas rumah. Jam 11 pagi, dia perlu menyediakan makan tengah hari kerana lelaki itu akan balik untuk menikmati hidangan. 

Rutin tidak berakhir di situ. Nanti suaminya akan menyelidik keadaan kebersihan. Jika Dzulfadhli tidak berpuas hati, pasti Zaireen akan disuruh mencuci atau mengelap semula. Haih!

Zaireen mengeluh kecil. Badan yang sedang berbaring di atas sofa terasa terlalu penat. Ya, memang dia lelah dengan apa yang sedang dilalui. Setiap hari, air mata pasti menitis. 

“Apa? Kamu nak suruh mak Tam tolong kamu? Itu namanya menipu, Zaireen!” 

Jerkahan ibunya masih kedengaran di telinga. Itu apa yang berlaku semasa dia dan Dzulfadhli pulang ke rumah orang tuanya kelmarin. Dia merayu meminta ibunya menghantar mak Tam setiap pagi ke rumah, untuk membantu dirinya, sebaik suaminya sudah ke tempat kerja. Malangnya, puan Juriah mengamuk sakan! 

Aduhai, apalah malangnya nasib? Ibu sendiri tidak mahu menolongnya. Dia meminta puan Juriah menghantar mak Tam untuk menolong dia mengemas rumah tetapi ibunya marahkan dia pula. 

“Zaireen, mengemas rumah, menjaga makan minum suami, tu semua memang kewajipan isteri. Jangan kamu nak merungut letih ke hapa! Belajarlah buat semua tu!” 

“Tapi, mummy, orang letih. orang penat! Mummy tahu tak?” 

“Kalau tak ikhlas, memang macam gitulah keadaannya! Zaireen, belajarlah ikhlaskan diri bila kamu buat sesuatu. Kata cinta, kasih, sayang, segala... pada Dzul? Buktikanlah!” 

Zaireen mencebik. “Eleh! Ada ke macam tu cara nak buktikan sayang Reen? Cinta Reen? Mummy, cinta, kasih, sayang tu semua kita tunjukkan dengan cara memberi ciuman, peluk, dakap.... bukan dengan jadi orang gaji! Bukan dengan jadi kuli!” bentaknya. 

“Astaghfirullahil’azim! Kamu ni.... tak faham-faham! Nak pikat hati suami bukan dengan cara peluk, cium saja, Zaireen! Dengan kata-kata lembut, manis, perlahan... dengan keadaan rumah yang bersih, dengan masak makanan yang dia suka, dengan merendah diri, semua tu perlu untuk bina rumah tangga yang bahagia. Kamu tahu tak? Jangan anggap yang suami kulikan kamu bila dia hendak kamu sendiri buat semua benda dalam rumah tu. Salah anggapan kamu tu! Kalau dengar dek Dzul, apa pulak yang akan dia fikirkan nanti?” marah puan Juriah. 

Zaireen mendesis geram bila mendengar kata-kata ibunya. Hatinya masih terbuku. Masih penuh kesal. 

“Mummy, kami baru kahwin! Baru seminggu! Tapi, Reen rasa jauh dari Dzul, mummy! Dia,” 

“Salah kamu!” 

Mata Zaireen buntang. “Salah Reen?” 

Giliran puan Juriah mengangguk pula. “Ya! Kamu paksa orang yang dah bencikan kamu supaya kahwin dengan kamu.” 

“Benci? No! Dzul tak bencikan Reen. Dia cintakan Reen! Sekarang ni, dia cuma nak...” 

“Nak apa?” 

Terkial-kial Zaireen hendak mencari perkataan yang sesuai. 

“Dia sedang membalas dendam, Zaireen. Dia nak buat kamu bayar balik semua perbuatan kamu pada dia dulu. Kalau kamu masih tak sedar, dan tak mahu berubah, maknanya, kamu sengaja nak buat dia makin bencikan kamu. Reen, dengar cakap mummy ni! Kalau kamu betul sayangkan Dzulfadhli, jadilah isteri yang baik untuk dia. Jangan merungut dengan segala apa yang dia sedang balas pada kamu sekarang! Jangan sedih kalau dia marah kamu. Jangan melawan kalau dia herdik kamu. Tabahkan hati dengan segala kerenah dia. Bersabar dan tawakal! Berdoa pada TUHAN agar hati suami kamu tu dapat kamu lembutkan dan membalas cinta kamu semula.” 

Zaireen bangun menuju ke meja makan. Lauk yang tidak berusik dan nasi Dzulfadhli yang masih berbaki di dalam pinggan, membuat air mata menitis. 

Masih terdengar-dengar kata-kata lelaki itu tadi.... 

“Dah seminggu, Zaireen! Dah seminggu kau masak tapi masih tak berubah-ubah. Nasi yang keras, lauk yang entah apa-apa rasanya. Sayur yang direbus saja... . Eh, perempuan! Aku nak tanya kau sikit. Tadi, masa kita makan, kau suka ke rasa apa yang kau masak tu?” 

Zaireen melepaskan keluhan sambil menggeleng. 

“Dah tu? Kalau kau tak lalu, aku macam mana? Zaireen, kalau kau nak, kau boleh usaha, tahu! Telefon mummy tanya, beli buku resepi ke... Tapi,” 

Zaireen menangis sambil menyuap nasi dan lauk dari pinggan suaminya ke dalam mulut. Semuanya terasa tawar. Malah, ikan goreng itu sangat hanyir baunya. Dia sendiri rasa ingin termuntah. 

“Maafkan Reen! Maafkan Reen! Betul kata mummy. Reen ni bodoh. Reen tak pandai menghargai. Reen dah ada Dzul tapi Reen masih pertahankan ego Reen ni. Dzul, bagi Reen satu lagi peluang. Jangan tinggalkan Reen. Jangan tinggalkan Reen,” bisiknya sambil cuba lagi menelan butir-butir nasi yang ada. 

“Tapi, kau ni berlagak betul, Zaireen! Aku ingat dengan suruh kau buat semua ni, kau nak berubah. Tapi, apa kau kata pada mummy? Aku kulikan kau! Dahlah, Zaireen. Aku dah malas dengan kau ni! Suka hati kaulah! Kau nak ajak mak Tam buat semua kerja dalam rumah ni, ajaklah! Kau nak suruh mak Tam masak, masaklah! Mulai hari ini, kau tak payah ikut rutin yang aku dah buat. Lebih baik kita jadi orang asing sajalah!” 

Dalam titis air mata, Zaireen bertekad untuk berubah. Demi Dzulfadhli, dia akan pastikan dirinya pandai masak. Dia juga akan pastikan dirinya tidak lagi menyesali takdir. Kerana seharusnya dia bersyukur, ALLAH redhakan lelaki itu menjadi suaminya. 

Ya, ego akan dilontar jauh!

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

8 ulasan:

  1. komen sayeee... best la kak cupi..
    hehe




    gadis utm.

    BalasPadam
  2. begitu membara dendam si dzul ni kat zaireen...kesian la plak kat reen...tapi perlu ke dengan kekerasan hina caci maki segala..hmmmmm tapi rasanya bukan dzul dendam kot sekadar nak mengajar jep...

    BalasPadam
  3. Entahla..tapi saya masih x kesian lg pd zaireen tuh..apa yg suaminya buat xseteruk apa yg zaireen buat pd suaminya sblm ini..

    BalasPadam
  4. Faiz, hehe kl panjang sangat jadi novel pulak...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.