Langkau ke kandungan utama

Tiada Sepertimu.... 4

Assalamualaikum... 


“Kenapa, Zaireen? Kenapa malukan mummy dengan daddy sampai macam ni sekali? Kenapa sanggup huru harakan majlis pernikahan Dzul? Kenapa pentingkan diri sangat? Berdosa, Zaireen! Ya ALLAH, kenapa aku ada anak macam ni?” 

Tempikan encik Karim memenuhi ruang tamu bagaikan petir. 

“Apa salah Reen, daddy? Reen cuba mengambil semula hak Reen! Dzul cakap, dia cintakan Reen jadi, dia patut kahwin dengan Reen, kan? So, Reen pergi jemput dia, bawak dia balik ke sini supaya daddy boleh kahwinkan kami.” 

Encik Karim tidak dapat menahan api kemarahannya lagi. Mendengar kata-kata selamba daripada Zaireen buat hatinya menjadi panas. Terus ditampar pipi anaknya itu. 

“Dari kecil, kamu hanya tahu mementingkan diri kamu saja! Sampai hati kamu, Zaireen Aklima? Tidak ke kamu fikirkan perasaan Fatini? Tidak ke kamu fikirkan perasaan emak bapak, kaum kerabat Dzul ni? Kamu huru harakan majlis mereka, kamu kucar kacirkan semuanya. Maruah orang kamu jatuhkan! Daddy tak pernah ajar kamu jadi macam ni! Di mana hati kamu? Dah hitam sangat ke? Sampai tak ingat pada Qada dan Qadar ALLAH?” 

Wajah Dzulfadhli yang beku diperhati. Meskipun tidak beriak, dia tahu lelaki yang seorang ini sedang menahan diri, sedang menahan sabar menghadapi sikap Zaireen yang melampau. 

“Dzul,” 

Dzulfadhli memandang ke arah lelaki di hadapannya. 

“Maafkan uncle!” 

Dzulfadhli hanya tersenyum nipis. “Perkara dah nak jadi, uncle. Saya yakin, keluarga saya dan keluarga Fatini redha menerima takdir mereka. InsyaALLAH, saya bersedia menghadapi kemarahan mereka.” ujarnya lembut. 

Encik Karim mendengus keras. “Dengar tu, Zaireen? Kerana perbuatan kamu, si Dzul ni mungkin akan dibuang keluarganya. Kerana kamu, dia mungkin akan dianggap anak derhaka. Puas hati kamu? Suka?” 

Zaireen menjeling wajah ayahnya. Geram bila si ayah asyik marah-marah. “Alah, nanti, bila dah kahwin, Reen tahulah macam mana nak pujuk diorang,” balasnya acuh tak acuh. 

Encik Karim menggelengkan kepala. “Daddy ingat bila kamu masuk ICU, lemah dah macam orang nak mati, kamu ni akan jadi manusia yang lebih baik. Tapi, rupa-rupanya, kamu tetap kamu. Tak sikitpun berubah. Tetap sombong! Tetap angkuh! Tetap pentingkan diri! Bila kamu nak berubah, Zaireen? Bila?” 

“Bila Dzul ajak Reen kahwin dengan dia.” 

Dzulfadhli memandang wajah di hadapannya dalam-dalam. “Awak serius nak kahwin dengan saya, Zaireen?” 

Cepat-cepat Zaireen mengangguk. 

“Walau apapun syarat yang saya letakkan nanti?” 

Zaireen tetap angguk. 

“Okey, bagi saya dua minggu. Lepas tu awak akan jadi isteri saya.” 

Zaireen tersenyum. Manis sekali senyuman yang terukir di bibirnya. Rasa tidak sabar-sabar lagi menanti hari bahagia...


 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. kak sofi, saya baca diawal bab cerita ni sedihkan? jd saya tak baca...

    saja nak komen disini, nak tunggu cerpen yg hepi2 dari kak sofi :D

    BalasPadam
  2. watak wanita yg kak sofi create nih berjaya membuat saya marah...walau tahu ia hnya cerita..tapi kalau betul wujud, mmg tak terkata apa2 saya berdepan dengannya..

    BalasPadam
  3. Kak Sofi, rasanya lepas ni adalah masa untuk 'mengajar' Zaireen pulak, kan? Tak sabar nak tahu macamana Dzulfadhli (nama anak saudara saya tu... hik hik...) mengajar orang yang kurang ajar ni...

    BalasPadam
  4. apa ye syarat dzul?agak2 lps kawen boleh ke zareen ikut ...mne tahu sbb nk kawen dia iakn je....mmgb angkuh kn....klu janji dia pd dzul tinggal janji je .mmg le zaireen ni.....geram jg ni...

    BalasPadam
  5. Faiz, saja nak buat watak ini jadi heroin. jgn jemu membacanya hehe...

    BalasPadam
  6. Anonymous, hehe... mcm mana agaknya kan cara nk ajar zaireen?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…