Langkau ke kandungan utama

Tiada Sepertimu.... 3

Assalamualaikum... 
3

Zaireen memandu dengan cemas sekali. Sejak pukul 5 pagi dan kini sudah hampir empat jam dia berada di dalam kereta menuju ke arah utara. Jika tidak disebabkan oleh kesesakan di Lebuhraya Puchong-Damansara tadi, pasti dia kini sudah sampai ke kawasan perumahan awam di pekan Bidong, Kedah, itu. Malangnya, kerana gelabah, entah berapa kali dia sudah terbabas. Hendak turun di tol mana pun, dia keliru. Sudahnya, dia mengambil susur keluar di Sg Petani Selatan dan terpaksa melalui bandar Sg Petani yang sibuk. 

Mengerling ke arah jam, hati menjadi semakin gusar. Bagaimana kalau pihak pengantin lelaki sudah tiba di rumah pengantin perempuan? Bagaimana kalau majlis akad nikah itu sudah berlangsung? Bagaimana kalau Dzulfadhli sudah sah menjadi suami gadis yang bernama Fatini itu? 

Air mata diseka. 

“Tidak! Kau tak boleh kahwin dengan perempuan tu! Kau suka aku, Dzul. Kau yang cakap macam tu dulu! Kenapa sekarang kau nak kahwin dengan dia pulak? Kau jangan jadi pembohong! Jangan mungkir janji! Cinta kau hanya pada aku dan kau tak boleh menipu! Faham tak?” Zaireen menjerit lantang di dalam kereta. 

Hatinya sangat-sangat berdebar ketika ini. Resah dan rusuh! Bimbang dia akan kehilangan satu-satunya lelaki yang ikhlas dengannya. Satu-satunya lelaki yang tidak pernah jemu mendekati, menasihati serta membantu.... Malangnya, Dzulfadhlilah juga satu-satunya lelaki yang tidak pernah dilayan dengan baik! 

“Dzul, jangan buat aku macam ni! Jangan tinggalkan aku, Dzul. Jangan pergi saat aku sangat-sangat perlukan kau dalam hidup aku! Tolong, Dzul! Kesiankan aku!” rintihnya dalam sepi. 

Lebih kurang pukul 10.20 pagi, setelah kesesatan dan sekejap-sekejap turun daripada kereta untuk mendapatkan tunjuk arah, akhirnya Zaireen sampai ke tempat yang ditujui. Melihat banyaknya kereta yang terparkir di bahu jalan, membuat jantungnya berdegup laju. Cepat-cepat Zaireen mencari ruang untuk meletakkan Volkswagen Beetle kesayangannya yang berwarna hijau. Buru-buru, dia keluar dan berlari menuju ke rumah yang alamatnya sudah terpateri dalam otak. Dia tidak peduli pada renungan orang-orang yang memandang. Dalam kotak fikirnya, dia hanya mahu menghalang Dzulfadhli daripada meneruskan niat untuk bernikah! 

Kasutnya tercampak entah ke mana ketika dia memasuki ruang tamu yang penuh dengan rombongan pengantin, baik daripada sebelah lelaki mahupun di pihak perempuan. Namun Zaireen bagaikan tidak menyaksi. Keriuhan bagai tidak kedengaran. Kerana, saat ini, sepasang mata melingas, mencari kelibat Dzulfadhli. Dan, sebaik pandangan mata tertuntas pada suatu sosok, nafas lega dilepaskan. Dari tempat dia berdiri, meskipun lelaki itu sedang membelakanginya, Zaireen amat pasti bahawa itulah tuan punya diri yang dicari. Pagi ini, lelaki itu memakai baju Melayu berwarna krim. Namun demi melihat tangan yang ingin berjabat dengan tangan milik tuan kadi, Zaireen terus sahaja menjerit.... 

“Dzul! Jangan! Awak tak boleh kahwin dengan dia!” 

Seluruh perhatian kini tertumpu kepada dirinya. Zaireen tidak peduli sama sekali. Pandangan matanya saat ini hanya tertancap kepada lelaki itu. Suasana hingar bingar yang kedengaran tidak langsung dipedulikan. 

Dzulfadhli berpaling demi mendengar suara gadis itu. Wajahnya kelihatan benar-benar terkejut. Tentulah dia tidak pernah menyangka bahawa Zaireen boleh sampai ke tanah kelahirannya ini. 

“Zaireen? Awak buat apa kat sini?” 

Dzulfadhli terus bangun meninggalkan tuan kadi dalam keadaan terpinga-pinga. 

“Awak tak boleh kahwin dengan dia! Malah awak tak boleh kahwin dengan mana-mana perempuan lain sekali pun! Awak hak saya! Awak...” 

Seorang wanita tiba-tiba bangun dan wajah bengisnya jelas kelihatan. Dia sudah menyingsing lengan baju kurungnya. Tingkahnya seperti hendak memukul Zaireen. 

“Eh, hang ni sapa? Mai sini nak buat kacau kah? Pandai-pandai nak halang Dzul menikah? Melampau sungguh! Hang keluaq! Sebelum aku tampaq muka hang, baik hang keluaq!” 

“Kak Yah, Zaireen ni anak bos saya. Dia,” 

“Hah, perempuan yang sombong tu?” Kali ini memang jelas kebencian dalam renungan yang terlontar ke wajah Zaireen. “Hey, hang buat apa mai sini? Pi balik! Pi balik! Hang dengaq dak? Pi duduk kat rumah besaq hang! Pi kawan dengan anak orang kaya! Yang hang mai sini, hang nak buat kecoh, kan? Sudah! Dzul, pi duduk! Toksah layan budak perempuan penyombong ni!” 

Mata Zaireen menyorot pandang telatah perempuan yang dipanggil oleh Dzulfadhli sebagai kak Yah itu. Kakak diakah? Nampak sangat di mata betapa wanita itu begitu berkuasa ke atas Dzulfadhli. Lelaki itu membiarkan sahaja perempuan kasar itu menarik tangannya untuk duduk semula di tempat duduk bertentangan dengan tuan kadi. 

Oh tidak! Tak mungkin akan dia membiarkan lelaki itu terlepas daripada genggamannya. Tidak mungkin! 

“Dzul, awak tak boleh kahwin dengan dia.” Dia kemudian menoleh ke arah Fatini yang kini sedang mengelap air mata yang menitis. “Fatini, Dzul tak boleh kahwin dengan awak. Sebab, dia, dia dah kahwin dengan saya. Kami dah menikah dan saya, sekarang, sedang mengandung anak dia. Sampai ke hati awak nak jadikan anak saya ni anak yang tak ada bapak? Sebab, saya tak sanggup bermadu. Tolonglah faham!” 

Dzulfadhli memandang wajah Zaireen tajam. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Zaireen sanggup menipu hanya semata-mata untuk menghalang perkahwinannya. Dia tidak mengerti mengapa Zaireen yang membenci dirinya sanggup mengeluarkan kata-kata penuh kepalsuan. 

Kak Yah pula semakin berang. Hatinya membenci gadis yang mengaku perkara yang tidak-tidak. Dia tahu gadis itu berbohong dan dia amat yakin bahawa Dzulfadhli tidak pernah menikahi si sombong itu. Tak mungkin! 

Keluarga di sebelah perempuan sudah mula bising. Mereka berbisik-bisik. Ada yang mula percaya. Ada yang mula yakin demi melihat air mata Zaireen yang bercucuran. 

Tiba-tiba, bapa pengantin perempuan berdiri. Matanya tajam menikam wajah Zaireen. 

“Nak, kalau betul hang dah kahwin dengan Dzul, hang tunjuk pada kami surat nikah hangpa. Ada hang bawak mai? Tunjuk! Buktikan pada kami. Kalau betui, la ni jugak, pak cik batalkan majlis ni.” ujarnya penuh ketegasan. 

Zaireen kelihatan gelisah. 

“Cik, cik tak dak bukti, kan? Tujuan cik, saja nak rosakkan majlis kami? Dah! pak cik mintak sangat... pi la balik! Kesiankan kami? Tetamu ramai ni! Malu!” 

“Hoi, hang tunggu apa lagi tu? Keluaq la!” 

Tapi, Zaireen? Otaknya tetap ligat berfikir. Tetap mencari akal untuk memiliki Dzulfadhli. Tangisnya kuat dan penuh hiba semula, mengisi ruang yang sepi ketika ini. 

“Sampai hati awak, Dzul? Sampai hati tinggalkan saya? Macam mana dengan anak kita, Dzul? Macam mana kami nanti?” 

Kak Yah sudah tidak mampu bersabar. Meluru dia ke arah Zaireen. Terus pipi Zaireen ditamparnya. Kiri, kanan, kiri, kanan, lagi dan lagi. Ditariknya rambut karat gadis itu. Puas hatinya mendengar Zaireen mengerang kesakitan. 

“Kurang ajaq! Tergamak hang fitnah Dzul no!” 

Sememangnya tiada belas kasihan lagi. Kini beberapa orang wanita lain turut mengerjakan si Zaireen. Mereka menampar, menarik rambut, menendang, menyepak sehinggalah satu suara bertempik garang... 

“Lepaskan dia! Cukup!” 

Dalam kesakitan, Zaireen tersenyum hambar bila Dzulfadhli menghampirinya. Sebaik tubuhnya dicempung oleh lelaki itu, air matanya menitis laju. Dia tahu, dia sudah menang. 

Dalam keadaan separuh sedar dia mendengar sayup-sayup Dzulfadhli memohon maaf kepada seseorang. Dalam keadaan mamai, Zaireen mendengar Dzulfadhli mengaku bahawa anak yang dia kandung ialah anaknya. 

Argh, sekali lagi, lelaki itu berkorban untuknya. Alangkah bahagia... 


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. berani dia serbu rumah orang tu yer

    BalasPadam
  2. Ahh..masih tetap sombong lg wanita itu..bygkn rasa pengantin perempuan..bygkan rasa keluarga kedua pihak..tidakkah wanita itu memikirknnya..huh..harap2 dzul mmg lelaki..

    BalasPadam
  3. beraninya dia sampai sanggup tipu cmtu...soal maruah tu.....tu le dulu hina sgt kt dzul skrg sampai sanggup fitnah n rosakkn majlis org......sambung2

    BalasPadam
  4. berani betul sampai sanggup fitnah hal libatkn maruah...tu le dulu dihina n dipijak2 dzul ...skrg sampai sanggup rosakkn majlis org...sian kt fatini.....mmg penting diri sendiri ni ....

    BalasPadam
  5. wah berani betul zaireen...sanngup ye rendahkn maruah mcm tu...sekaligus dah fitnah dzul......dulu kn main dihina2 kwn tu ...krg sampai terbatal majlis org...sian fatini...x ke penting diri sendiri tu....

    BalasPadam
  6. ni mimpi je ke????? hehhehehe

    BalasPadam
  7. jangan sampai dzul benci zaireen sudah. hrmmm...
    tp bagus jugak. ajar sikit si zaireen tu. huh!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…