Langkau ke kandungan utama

Tiada Sepertimu.... 2

Assalamualaikum...

Sudah hampir dua bulan sejak peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu berlalu. Dua bulan yang sememangnya penuh dengan keajaiban. Siapakah yang menyangka dia mampu untuk berdiri apatah lagi untuk melangkah seperti sekarang? Ya, kini, dia sudah boleh bergerak dengan cergas semula. Berkat doa yang tidak pernah jemu dari ibu dan ayahnya.

Zaireen membuka tingkaap bilik yang menghadap kehijauan bukit bukau di belakang rumah. Pemandangan yang cantik dan menyejukkan mata yang memandang. Dihirup udara pagi penuh kesyukuran..

"Terima kasih ALLAH, kerana KAU hidupkan aku untuk sehari lagi..." bisiknya perlahan.

Waktu masih awal lagi. Baru pukul 5 pagi. Namun sepasang matanya sudah tidak mahu terpejam. Ingatan kepada si dia, entah mengapa, begitu kuat menjengah fikiran.

"Kenapa dia tak pernah telefon aku lagi dah? Kenapa tak pernah dia bertanya khabar? Kenapa tak ambil tahu tentang aku lagi?" diri ditanya.

Persoalan-persoalan yang mengembalikan ingatan ke masa silam.

"Cik Zaireen, ni saya belikan nasi bungkus dengan teh ais. Saya perasan cik belum makan tengah hari lagi. Sekarang dah pukul 3. Karang kalau masuk angin perut tu, susah!"

Zaireen tatap wajah lelaki itu dengan pandangan mencerlung. Kebenciannya kepada Dzulfadhli tidak betah disembunyikan. Wajah yang tadi serius menumpu perhatian kepada kerja-kerjanya yang melambak di atas meja, kini dihadapkan kepada lelaki itu yang tidak sedikitpun pernah mampu menarik perhatiannya.

Ulas bibir mencebik. Meluat benar dia melihat lelaki yang sangat serabai di hadapannya ini. Cara berpakaian yang langsung tak sesuai membuatkan Zaireen mengerutkan dahi. Tapi, apa pula? Memang begitulah cara budak pejabat berpakaian, kan?

"Err, cik Zaireen nak saya masukkan nasi ni dalam pinggan ke?"

Suara lelaki itu mengejutkannya.

"Tak payah! Aku tak nak makan. Aku diet."

Dzulfadhli mengerutkan dahi. "Diet? Hisy, buat apa nak diet-diet, cik? Cik Zaireen bukannya kurus sangat pun!"

"Yang kau sibuk sangat fasal aku ni, kenapa?" Zaireen menjegilkan mata.

"Sebab saya sukakan cik Zaireen."

Dzulfadhli berbisik amat perlahan namun Zaireen tetap mendengar.

"Hoi! Cakap tu biar guna otak sikit! Layak ke kau nak suka aku? Kau tu siapa dalam pejabat milik ayah aku ni, hah?" jerkahnya.

Dzulfadhli merenungi seraut wajah di hadapannya dengan tenang. Nafas disedut perlahan sebelum menjawab setulus hatinya. "Saya hanya luahkan apa yang saya rasa. Saya suka awak. Biar pun darjat antara kita berbeza, saya yakin, tak salah apa yang saya rasa. Perasaan saya, milik saya. Hak saya. Awak tak boleh halang kalau saya nak jatuh cinta pada awak sekalipun!"

Zaireen merenung wajah lelaki yang begitu berani meluahkan perasaan di hadapannya ini. Dia kemudian tersenyum mengejek, sambil bangun dan bergerak merapati lelaki yang tinggi dan tegap. Oh, memang dia perasan tentang itu. Alah, orang kampung! Dah biasa menoreh getah, dah biasa berhujan berpanas membanting tulang empat kerat, ke sana sini, naik basikal.... Memanglah bisa memiliki tubuh badan yang menarik. Tetapi, hati tak berkenan langsung! Malah sejak lelaki itu mula bekerja di pejabat ini, dia memang tidak menyenanginya. Namun kerana takut kepada Pengarah Urusan yang garang, iaitu encik Karim, yang sangat menyanjungi lelaki ini, dia terpaksa akur memberikan jawatan peon aka budak pejabat aka budak penghantar surat kepada Dzulfadhli!

"Aku nak, kau padamkan memori bodoh kau tu sekarang jugak! Kau tak layak nak suka aku, faham! Jangan perasan!"

"Ini hati saya, Zaireen. Suka hati sayalah nak suka awak, atau nak cintakan awak sekalipun!"

Zaireen tidak menyangka Dzulfadhli berani berkata begitu kepadanya. Terus sahaja ditamparnya muka lelaki itu. "Tu sebab biadap dengan aku! Bodoh! Siapa nak kau? Belajar pun setakat dapat sijil sekolah vokasional, ada hati nak pikat aku yang pegang Ijazah Kelas Pertama ni? Eeii, aku tak fahamlah kenapa ayah aku ambil kau bekerja di sini! Sejak nampak muka kau, hati aku ni asyik sakit aje! Eh, kau tahu tak yang aku benci sangat-sangat pada kau? Benci yang sekarang dah naik setingkat jadi meluat! Jangan nanti, aku tak boleh kawal rasa menyampah ni, aku maki kau depan semua orang! Sekarang baik kau berambus!"

Zaireen kembali duduk di atas kerusi. Dadanya masih turun naik menahan geram.

"Masa akan tentukan sama ada awak benci atau suka pada saya, Zaireen. Ni, saya letakkan nasi dengan air kat atas meja. Karang, jangan lupa makan, ya! Kerja, kerja jugak! Kesihatan kena jaga, okey!"

Ketika Dzulfadhli ingin membuka pintu bilik, Zaireen memanggil namanya. Lelaki itu berpaling. Ketika itulah, plastik nasi dan bungkusan teh air mengena tubuhnya. Habis bajunya kotor dek makanan dan minuman yang sudah tertumpah.

"Astaghfirullah.... Zaireen, kalau.."

"Shut up! Lain kali, kau kena faham! Anak orang kaya macam aku ni, tak makan makanan di gerai yang kau beli tu! Lauk makanan jenama mamak, tak ada dalam senarai pembuka selera aku, okey!"

"Zaireen..."

"Hey, aku suruh kau keluar laa! Kau tunggu apa lagi tu?" jerkah Zaireen sekuat hatinya. Interkom ditekan. "Rozi, kau suruh cleaner cuci bilik aku ni! Aku tak tahan bau kari mamak ni! Busuk! Cepat sikit!"

Dzulfadhli menggelengkan kepala sebelum melangkah keluar meninggalkan Zaireen.

"Zaireen?"

Sentuhan lembut di bahu mengembalikan Zaireen ke alam nyata. Wajah puan Juriah direnungi sambil keluhan dilepaskannya.

"Kenapa, mummy? Dah jumpa dengan Dzul dah?"

Si ibu menggeleng. "Lupakan dia! Tak usahlah ingatkan dia, Zaireen. Kamu dah terlambat!"

Zaireen menjegilkan matanya. "Kenapa? Apa yang dah terjadi?"

"Esok......., esok dia dah nak kahwin dah!"

Bulat mata Zaireen. Antara percaya dengan tidak.

"Dzulfadhli nak kahwin, mummy?"
  
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. sambung la lagi :)

    BalasPadam
  2. oowhhhh sadis tul peel zaireen nih...sesedap rasa jep maki hamun orang...dah jadi gini baru tau nak nyesal...sayang semuanya sudah terlambat..tak guna engkau kesalkan lagiiii...betul ke..heheheee

    BalasPadam
  3. kak nora, haha.. minat shidee nampak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…