apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.1.12

Tepuk dada tanya iman....??


Assalamualaikum... 

Bukan salah ibu mengandung...

Sekarang ni heboh memperkatakan tentang Amalina. Tentang tudungnya yang sudah terbang melayang, tentang kehilangan jati dirinya...macam-macamlah... Sori, kalau anda hendak tahu apa kisahnya, googlelah sendiri, okey!

Apakah yang menyebabkan perubahan berlaku pada seseorang? Salah ibubapakah? Atau salah anak itu sendiri? Ataukah kejutan budaya menyebabkannya? 

Pokok pangkalnya tentu sahaja terletak pada iman, kan? Didikan agama yang tidak diberi seiring dengan mengejar cita-cita, melebihkan dunia berbanding akhirat, bangga dengan pencapaian anak secara berlebih-lebihan..... inilah sekarang diberikan ujian. Hadapilah kutukan dan kemarahan ramai. Orang bukan memfitnah.... Mata kepala sudah melihat, sekadar menunjukkan rasa kasihan dan simpati yang terpamer dalam luahan kemarahan semasa mengomen....

Ramai anak-anak yang bijak pandai sudah dihantar ke luar negara. Dalam kalangan mereka ini ramai yang pernah menjadi pelajar terbaik di Malaysia sewaktu keputusan SPM tersiar. Kita lupakan Amalina. Di bawah ini kisah seorang Fatimah... Nama yang indah dan sikap serta tingkah yang selari dengan keindahan yang kita kagumi itu. Tidak lebur dalam kepanasan maksiat di negara dia dihantar belajar. Tidak hanyut dalam dingin salji negara tempat menuntut ilmu. Kerana apa? Kerana iman....

Siti Fatimah dahulu.... Bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.

Siti Fatimah sekarang...
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran....

Kata orang.... 
Masuk kandang kambing, mengembek....
Kalau masuk kandang harimau,.....?
Fikir2kanlah!

terima kasih admin blog mengaji pasti boleh

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.