Teman lelaki sendiri yang bunuh? Mengapa?


Assalamualaikum... 

Ingat lagi pada kes pembunuhan melibatkan seorang kerani bank? Yang ditikam dengan kejam pada waktu tengah malam di sebuah rumah kedai kat Kepung? 

Semalam, teman lelaki si mati, Rozana Mohd Yusak, 36, yang bernama Muhamad Faizul Mohd Ali, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret bersama rakannya,  Muhammad Zal Haziq Razali, 23, atas tuduhan menyebabkan kematian wanita itu.

Kedua-duanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor. Tiada pengakuan direkodkan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Rozana di kediaman mangsa jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember lalu. Bagi tuduhan itu, Muhamad Faizul, kekasih Rozana, dan Muhammad Zal Haziq didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Anda bboleh dapatkan berita itu di sini.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen