apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.1.12

Tazkirah pagi Jumaat: Mensyukuri Nikmat


Assalamualaikum... 


Bila anda tersenyum, ia menunjukkan yang anda sedang berbahagia. Bahagia ialah satu nikmat pemberian ALLAH kepada kita. Kan?

Nikmat ALLAH itu terbahagi tiga:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.

Apabila ALLAH ingin menyempurnakan nikmatNYA ke atas hambaNYA, DIA akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang dan mengurniakan kepadanya sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. 


Sesungguhnya: 
1. Nikmat hilang dengan perlakuan maksiat 
2. Nikmat diikat dengan ketaatan.

Kemudian ALLAH akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan. Kemudian ALLAH akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. ALLAH akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, ALLAH akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga ALLAH mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga ALLAH mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-NYA dan sentiasa mentaati-NYA. Moga-moga ALLAH akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." 
-Ibnul Qayyim al-Jauzi
thanx mstar
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.