apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.1.12

Sedih...

Assalamualaikum... 

 
TAHUKAH anda....

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian?

Dalam hadith qudsi Allah berfirman: 
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
- (HR. Thabrani dari Abu Umamah) 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
- (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Jangan bersedih bila orang lain tidak memahami anda tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya diri anda sendiri. Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda tapi bersedihlah kerana anda belum membuat persiapan. Jangan bersedih bila orang lain tidak menghargai anda tapi bersedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain. Jangan bersedih bila orang lain menghina anda tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri. Jangan bersedih bila orang lain memaki anda tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain. Jangan bersedih bila orang selalu mengkritik anda tapi bersedihlah kerana anda tak pernah mahu memperbaiki diri. Jangan bersedih kerana anda selalu jatuh tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali. Jangan bersedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir tapi bersedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman. 

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar. 
Orang kata, semakin banyak anda beriman, 
”Anda akan diuji terus bertubi-tubi....” 
Orang kata, semakin banyak anda berbuat baik..
”Anda akan terus berdepan dengan masalah..” 
Ini semua benar.. 

Menjadi orang yang baik bukan senang sebab itu.....Anda terus 
”diuji supaya menjadi baik..”
Terima kasih  Dyza Daniel 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.