Langkau ke kandungan utama

Sakitkah bila cinta didusta?

Assalamualaikum... 

Apakah yang paling ditakuti oleh setiap pasangan yang bercinta? Hmm, betul tu! Anda tentu takut cinta anda dikhianati! Didustai! Kerana... 


Bila cinta didusta
     Hati mula gelisah
          Hilang kekasih hati
                Hidup jadi merana

Mengapa? Kerana....

Insan jadi idaman
       Kini dimilik orang
           Cinta yang diimpikan
                  Putus di tengah jalan....

Jadi?
       Terpaksa mengalah...

Anda pun mengeluh.....

Mengapa menyinta
      Andainya tak setia
           Tak usahlah bercinta
                  Jika hanya berpura

Tentulah kecewa kerana...

Bila hati dah jemu
        Mula berpaling tadah
              Tak pernah difikirkan
                  Orang yang ditinggalkan 
                       Terseksa sayu pilu
Anda pun...

Oooo merayu rayu
    Oooo ingin kembali
         Oooo meratap sayu

Tapi, ada si dia peduli? Tidak pun!

Tidak mungkin orang simpati 
       Menoleh pun tak sudi

Tapi, janganlah bersedih. kerana, hari ini cinta anda didustai, esok-esok, cintanya pula bakal dikhianati...

Andainya ditakdirkan
       Cintamu didustai
            Pastinya kau mengerti 
                 Seksanya perpisahan

Nanti pasti, hidupnya....

Hanyalah ditemani sesalan!!!

Teringin berkongsi lagu ini : bila cinta didusta


Disenaraikan beberapa sebab mengapa seseorang mengkhianati cinta.

1. Kerana kita kurang menjaga perasaannya
2. Kerana si dia mencari atau menemukan yang lebih baik atau lebih sempurna dari kita
3. Kerana si dia ingin sesuatu yang lebih dari apa yang sudah kita berikan
4. Kerana si dia sedang mencari sensasi baru
5. Kerana si dia bukan pasangan setia
6. Kerana si dia memang sengaja melukai hati kita
7. Kerana si dia memang seorang buaya darat (untuk lelaki) atau buaya laut (untuk wanita)
8. Kerana sudah dasar sifatnya playboy atau playgirl

Demikian mungkin beberapa alasan kenapa “si dia” yang sangat kita cintai membalas cinta kita yang tulus, suci, plus murni dengan sebuah pengkhianatan yang kejam dan tidak berperi kekasih sayangan.  Haha...
“Aku sangat mencintainya. Aku mencintainya dengan sepenuh jiwaku. Ketika kami melakukan janji setia, langit dan bumi jadi saksinya. Bahkan dia memintaku untuk bersumpah setia atas nama Tuhan. Aku fikir bahawa dialah jodoh sejatiku…, tapi kenapa dia tega menduakan cintaku dan menghancurkan perasaanku…?!”
Apa barangkali yang harus anda fahamkan si dia? Katakan saja kepadanya...
“Hmm, tanyakan pada dia! Tanya  kenapa dia sampai sanggup memutuskan ikatan sucimu ini!"
Tapi, kan...
Jangan terlalu sedih atau terluka dengan pengalaman yang satu ini. Juga jangan membenci si dia yang telah mengkhianati cinta kita yang seputih salju Himalaya. Sakit hati kerana dikhianati benar-benar akan menjadi ladang pembelajaran bagi kita dalam melatih emosi dan bersikap lebih dewasa. Pengalaman sakit hati akan membuat kita lebih bijak dalam menjalani kehidupan jika kita mahu belajar darinya.

Sebenarnya, saat anda kehilangan orang yang dicintai, saat itu anda akan menemui sahabat sejati. Dari masa sakit hati itu, adanya sahabat-sahabat sejatilah yang bisa menegarkan dan memberi erti indahnya persahabatan. Bila dikenang, hanya sahabat-sahabat sejati yang ternyata hadir dengan penuh perhatian dan memberi support mental yang luar biasa. Kalau difikir, idea-idea gila mereka dalam menghadapi “si pengkhianat cinta” anda saat itu akan membuat anda tertawa sendiri. Dari itu, terkadang, sahabat adalah segalanya kerana di satu sisi, cinta kasih mereka lebih tulus dari kekasih kita yang sebenarnya. 

Perkara yang anda perlu lakukan bila cinta anda didustai, dikhianati!


1. Cek diri dan menjadikan peribadi yang lebih baik

Bila si dia meninggalkan anda, tentu pada anggapannya, anda bukanlah makhluk yang sempurna. Jika kita manusia yang sempurna, mana mungkin kekasih akan pergi meninggalkan anda dan menjalin cinta dengan orang lain. 


Jadi, muhasabahkan diri. Ternyata diri masih banyak kekurangannya sehingga tidak bisa mempertahankan cinta si dia kepada anda. Setelah menganalisis kekurangan diri, maka langkah selanjutnya adalah memperbaiki diri agar kekurangan-kekurangan tersebut bisa diatasi dengan kelebihan yang ada pada dirianda. 


Jadikan “sakit kerana dikhianati” sebagai pendorong agar diri anda bisa menjadi lebih baik, secara lahir maupun batin.

Dalam proses perbaikan diri ini tidak usah anda mengharapkan si dia akan kembali pada anda, kerana setelah dia berkhianat maka anda tentu tahu bahawa ternyata cintanya tidaklah murni.

2. Memaafkan dan mengikhlaskan

Langkah selanjutnya ialah memaafkan dan mengikhlaskan, tidak hanya orangnya, tapi juga perbuatan si dia yang membuat luka di hati kita. Ini bermaksud agar kita bisa melepaskan emosi negatif berupa amarah, sakit hati maupun dendam dari hati kita, kerana semua emosi tersebut adalah emosi yang akan sangat menghambat kemajuan diri kita. Orang yang menyimpan dendam cenderung akan sulit meraih kejayaan kerana semua emosi negatif tersebut akan menyedut tenanga kejayaan kita. Jadi, bukannya kita tambah bahagia, namun makin menderita.

Maafkanlah orang yang telah mengkhianati kita, kerana memaafkan adalah akhlak yang dicontohkan Rasulullah SAW. Kalau tidak ada orang yang menyakiti hati kita maka bila kita boleh meneladani akhlak Nabi, yakni memaafkan? Kan?

Ikhlaskanlah, kerana sesungguhnya semua yang ada di dunia ini—termasuk orang yang menyakiti hati kita—adalah milik DIA. Ikhlaskan kepergiannya dari hati kita agar tidak ada emosi negatif yang bersarang di hati dan menjadi sumber penyakit, baik lahir maupun batin.

3. Yakinlah bahwa hukum karma itu ada

Jika kita mahu membuka kitab suci, di situ Allah SWT berfirman dalam Surat Al Israa’ ayat 7 yang artinya, 
“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri…”. 
Dari sini kita tahu bahawa jika orang lain menyakiti kita sesungguhnya dia sedang menyakiti dirinya sendiri. Demikian juga jika menyakiti orang lain, sesungguhnya kita juga sedang menyakiti diri sendiri. Pendek kata, semua itu akan ada balasannya, baik di dunia ini maupun di akhirat nanti.

Hukum karma atau hukum tebar-tuai menyatakan bahawa apa yang kita tebar maka itulah yang akan kita peroleh. Jika yang kita tebar adalah kejahatan, maka bisa dipastikan kejahatan juga yang akan menimpa kita. Begitu juga jika yang kita tebar adalah benih-benih kebaikan, maka kebaikan pula yang akan menghampiri kita, bahkan jumlahnya bisa berlipat ganda.

So, jangan pernah takut untuk disakiti, namun takutlah untuk menyakiti.

4. Menjadi Kesayangan Allah

Merasakan pedihnya cinta kita dikhianati mungkin akan menjadi pengalaman yang tak terlupakan dan tak ingin terulang lagi. Namun, boleh jadi dengan cara itu Allah SWT sedang mengingatkan kita (bagi yang mahu sedar) agar tidak menambatkan seluruh cinta kita kepada sesama makhluk-NYA. 

Jika saja si dia tidak mengkhianati anda, belum tentu anda kembali kepada  Sang Pencipta. Bisa saja anda terus bergelimang dosa kerana mencuba sesuatu yang belum pada tempatnya, atau memadu nafsu sehingga kemesraan yang anda bina sampai melanggar batas yang dilarang agama. 

Dan yang lebih penting lagi, renungkan baik-baik firman Allah dalam Al Qur’an Surat Al Baqarah ayat 216 yang artinya, 
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Waktu yang terus berlalu tak akan membuat cinta sejati menjadi layu 


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…