apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.12

Ribut di dua tempat, takziah....


Assalamualaikum...

Ada dua kejadian ribut berlaku semalam; satu di pantai dalam dan satu lagi di ipoh. ucapkan takziah kepada yang ditimpa musibah. 

Di pantai dalam, KL, Ribut terbangkan bumbung 12 rumah unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai dekat sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam. Mujur tak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.

Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink. Turut terlibat ialah bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa, yang terletak berhampiran PPR Seri Cempaka,  diterbangkan angin.

Di IPOH,  dalam kejadian jam 7 malam Isnin lepas, bangunan sekolah, Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Ansari Ulu Chepor, yang menempatkan 39 pelajar tahfiz terbabit seolah-olah ‘disedut’ ke udara sebelum ranap menyembah bumi. Mangsa berkata, kejadian ribut dan hujan lebat itu berlaku ketika semua pelajar berehat dan menunggu masa untuk menunaikan sembahyang Maghrib.
“Saya mungkin buta jika serpihan kayu dan batu siling itu menikam ke mata kiri saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat dan hanya cedera ringan,” 
- Ubaidilah Mohd Zamri, 12

Ketika itu saya bersama pelajar lain berada di ruang rehat sekolah untuk bersembahyang kerana ruang solat basah terkena tempias hujan lebat. Ustazah mengarahkan saya melaungkan azan. Ketika itu ribut menggoncang bangunan sekolah sebelum siling jatuh menimpa kami. Kami kelam-kabut lari menyelamatkan diri apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa pula bangunan sekolah serta empat rumah berhampiran. Saya yang berada di bawah runtuhan itu, bagaimanapun amat bernasib baik kerana tidak ditimpa batang pokok kepala itu.

Kesian, kan? So, pada diri kita yang sedang berbahagia dan hidup senang ni..... insaflah....

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.