Langkau ke kandungan utama

Retak !

1

Hawa cepat-cepat mengambil tisu lalu mengelap air mata yang tumpah di pipi. Dia tidak mahu orang yang baru mengambil tempat duduk di hadapannya ini, tahu, yang dia menangis. Malu! 

"Baru putus cinta ke? Asyik menangis aje dari tadi," 

Suara garau itu menegurnya. Teguran yang menyebabkan Hawa terus menatap wajah lelaki di hadapannya, tepat-tepat. 

"Macam mana awak tahu yang saya asyik menangis dari tadi?" tanya dia penuh hairan. Tak peduli lagi pada apakah anggapan lelaki itu yang sedang melihat sepasang matanya yang sembap kini. Lantaklah! 

Adam tersenyum. "Masa saya mintak izin duduk depan awak, awak angguk sambil tunduk. Masa saya berdiri berbaris nak beli burger ni, saya tengok awak tetap tunduk sambil lap-lap mata. Habis, kalau tak menangis, awak buat apa? Cabut bulu mata ke?" 

Usikan yang langsung tidak melucukan Hawa. Mengambil gelas berisi air lemon yang sedikit pahit itu lalu menyisip perlahan. Dia melihat sahaja lelaki itu mengangkat burger, menggigit sedikit dan kelihatan amat berselera mengunyah dan menelannya. Yalah, orang tengah lapar waktu 'lunch' kan? Bukan macam Hawa. Selera dah lama mati. 

"Putus cinta ni normal, saudari. Toksah sedih sangat. Patah tumbuh, hilang berganti."

"Saya bukan putus cintalah!" Hawa menafikan dengan keras. 

Sepasang mata Adam mengecil. "Habis tu?" Masih keliru bila Hawa terus menggeleng. "Err, mungkin ada kematian dalam keluarga kut?" 

"Tak lah! Cuma,"

"Girl, boleh tak cakap betul-betul? Jangan teragak-agak! Cakap aje!"

"Kucing saya mati la!"

"What?" Jerit Adam. Dia salah dengar ke?

"Pagi tadi, kucing kesayangan saya, Comel, mati. Mati sebab sakit perut. Tu yang saya menangis tu. Sedih sebab mulai malam ni, Comel dah tak ada nak teman saya tidur malam-malam dah!" 

Adam rasa macam nak luku kepala gadis di hadapannya ini. Geram betul! Punyalah penuh hati dia dengan rasa kasihan yang melimpah ruah, rupa-rupanya si dia menangis hanya kerana seekor kucing? Cis! 

"Dah 5 tahun saya bela dia, awak. Saya sayang dia. Dia baik, manja... sangat manja dengan saya. Dua hari lepas dia muntah-muntah, terus tak lalu makan. Vet cakap, dia dah teruk dah. Pagi ni saya dah kehilangan dia. Sedih tahu tak?"

Adam merengus. "Weh, dia kucing aje. Hisy, kucing mati pun nangis sampai sembap mata. Agaknya kalau kena tinggal dengan kekasih, awak ni macam mana ya? Pengsan kut?" perlinya.

Hawa menjeling. Sakit hati dan terasa dengan sindiran Adam. Langsung tak ada menunjukkan simpati dan empati. Kejam!

"Suka hati sayalah nak menangis ke hapa? Awak ni tak ada perasaan ke? Orang tengah sedih, awak perli perli pulak. Esok-esok kalau terkena batang hidung sendiri, baru tahu!" Marah Hawa pula. 

Adam gelak. "Saya tak ada kucing. Tak bela haiwan tu." balasnya. 

Hawa mencebik. "Kalau macam tu, esok-esok mungkin awek awak tinggalkan awak," 

"Hoi, main kasar pulak? Tapi, pun tak mungkin terjadi sebab saya belum ada awek lagi. Single and available ni!" 

Sakit hati mendengar ketawa si dia, Hawa terus mengutuk, "Single lagi?"

Adam mengangguk.

"Berapa umur awak? Macam dah tua aje?" giliran Hawa menyindir.

"Mulut tu jaga sikit, ya! Tengok muka saya ni. Tegang lagi kulitnya, okey. Ada ke kata saya tua pulak. Baru 30, tahu tak?" Adam marah. Geramlah, kan. Sikit punya hensem dikatakan tua, Hisy! Tak patut betul!

Hawa ketawa. "Dah 30 tapi masih single lagi? Tak laku eh?" kutuknya. Ewah, kenapa dia berani sangat hari ini? Selalu, tak pernah dia begini dengan kaum  Adam. Tapi, kenapa lain macam pula? Tak lain sebab geram pada lelaki ini yang mengutuk dia macam baby menangisi kematian Comel tadi! Hmm....

Adam mendekatkan wajahnya ke muka Hawa. "Berani kutuk saya? Awak jangan! Saya pinang awak nanti!"

Hawa bangun dengan serta merta. Takut melihat keseriusan wajah si jejaka saat ini. Risau mendengar ugutan lelaki itu. Bagaimanapun senyum tetap terukir pada bibir. 

"Nak pinang saya? Eleh, kenal pun tidak? Dah lah! Malas layan awak. Saya nak balik." ujar Hawa sambil mengemaskan beg galas yang dibawa. 

Adam mengambil kesempatan itu untuk melihat tag nama yang tergantung di leher Hawa. Dia kemudian mengukir senyum.

"Pejabat kita dekat aje Cik Siti Hawa binti Razali. Damai Holdings tu berdepan dengan TZ Sdn Bhd. Nanti, pasti kita jumpa lagi. Saya janji!"

"Macam mana awak..." Terus tangan memegang tali yang tergantung di leher. Alamak....

Adam masih lagi bersama senyumannya. "Jangan menangis lagi, eh! Nanti Adam belikan awak pet baru, seekor anak kucing yang comel. Macam awak." katanya seakan-akan memujuk.

"Mentang-mentang nama saya Hawa, awak pun sibuk mengaku yang awak tu Adam pulak. Sengal!" 

Terus Adam ditinggalkan. Sakit hati sebab terasa diri dipermainkan.
..................

semoga anda suka cerpen ini.




Ulasan

  1. wah, Adam dan Hawa! Hehe. Apa yang retak ni kak? Berkobar nak tahu nih. :)

    BalasPadam
  2. hhhahahha gelak baca episod nih kak sofi hehhe

    tapi..tajuk tu cam takut grrrrr...

    BalasPadam
  3. lieyna, insyaallah, akan bersambung nnt..

    BalasPadam
  4. Hajar, akan diketahui nnt.. hehe..ayat?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…