apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.1.12

Peribahasa ini... tolong jangan diamalkan! Rosak!!


Assalamualaikum... 

Jom gelak jap! Lama tak gelak dengan anda, haha....

Ni, beberapa peribahasa yang dah diubahsuai oleh seseorang.... ntah siapa, dah akhirnya jadilah ia PERIBAHASA YANG ROSAK -.- Terima kasih kepada rakan facebook, Dedaun Hijau

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai suami kahwin lain... (Tamo! 100x) 

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam. (Busuk maaa!)

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu (Kalau adalah...)

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang. Suami mati? Apa lagi, tinggalkan hutanglah! (Itulah...lain kali jangan laa suruh suami beli gelang cara hutang! Kan dah susah? Lain kali, beli aje gelang Zhulian hehe...)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (Gosok, jangan tak gosok gigi tu!) 

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk melompat-lompat atas pokok tu. Tak pun, ada.... hahaha.. melompat waktu tengah malam. Takutt! 

9. Sepandai-pandai tupai melompat, tak terpilih juga masuk ke Sukan Olimpik 2012. Yang dapat masuk ialah kijang....

10. Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk? Maknanya: Ada orang kentotlah tu... 

11. Biar mati anak jangan mati pucuk sebab kalau dah mati pucuk macam mana nak dapat anak? Betul tak? 

Terima kasih kepada blog cerita lawak ini.

Biasalah, merapu sikit! Jangan maree... Ops, jangan ketawa!

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

  1. ahahahahaaaa... nak ketawa gak...

    BalasPadam
  2. apa komen cikgu sofi tentang peribahasa harapkan pagar dengan harapkan pegar.
    dan juga tentang batuk dan batok. hehehe. :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.