apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.1.12

Perhatian: Tangkap gambar perut bila mengandung, ya!


Assalamualaikum...

Cerita ni aku dapat daripada kosmo. Gambar yang anda lihat ialah SATU daripada beberapa keping gambar Harith Iskandar bersama isterinya,  Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.

Wah, untung kan? Semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir. Apakah ini trend baru? Bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut? Mungkinkah kerana wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia?

Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu. Yelah, belum keluar lagi si ibunya sudah bergambar sakan menonjolkan anak yang sedang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bukan senang nak ada anak. Kalau tak silap, Harith dan Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mati mendedahkan gambar perut yang sarat tapi tetap anggun dalam persalinan yang sangat minimalis. Hmm...

sofi: Rasa nak mengandung pulak. eh tentulah teringin nak buat pose macam ni. Dulu2 tak pernah terfikir pun! Hmm, tengok perut yang comel maka ramai yang terfikir bahawa anak pasangan ini tentulah comel kan?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.