apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.1.12

Pergaduhan di Selatan Sumatera

Assalamualaikum... 
gambar hiasan
Satu pergaduhan baru berlaku di selatan Sumatera. Pergaduhan yang mempunyai dua versi:


Versi 1


Pergaduhan dikatakan bermula dengan pertengkaran antara seorang penunggang motosikal dan seorang penjaga parkir. 


Kisahnya, si penunggang motosikal konon enggan membayar Rp1,000 (35 sen) sebagai bayaran meletak motosikal di luar kawasan pasar Sidomulyo. Dalam pertengkaran itu, dia dikatakan menolak penjaga parkir yang berasal dari Kampung Kotadalam sehingga jatuh. Si penjaga parkir pun mengadu kepada penduduk Kampung Kotadalam.

Versi 2


Pergaduhan dikatakan berpunca daripada pertengkaran dua remaja di tempat letak motosikal sehari sebelumnya, dan bertukar menjadi konflik berkaitan etnik, agama dan bangsa antara penduduk Kampung Kotadalam dan Kampung Napal, di daerah kecil Sidomulyo, yang keluar beramai-ramai membawa buluh runcing dan senjata tajam untuk bergaduh.

Apa pun versinya, ia telah mencetuskan kemusnahan. Laporan awal menyebut 48 rumah dibakar, 27 lagi dirosakkan di Kampung Napal namun sehingga kini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan. Tapi dah ada mangsa yang cedera parah!

Polis menghantar ratusan anggota untuk mengawal keadaan yang dilapor kembali tenang, namun suasana pagi ini di Kampung Kotadalam masih tegang apabila penduduknya terus berjaga-jaga dengan senjata di tangan di beberapa tempat, bagi menghadapi kemungkinan serangan balas penduduk Kampung Napal.

Nampak tak? Remaja adalah golongan yang pendek akal dan sangat emosi. Mereka sering bertindak tanpa berfikir. Di mana-mana, kalau mereka tidak mendapat pengawasan, bebas berbuat sesuka hati, maka padah daripada perbuatan mereka bukan hanya mereka yang tanggung malah semua orang. Kan?
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.