apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.1.12

Peluklah daku....

Assalamualaikum... 



Tahukah anda bahawa pelukan boleh membuat pasangan anda merasa lebih dekat dan intim? Tahukah anda bahawa bagi seorang isteri, pelukan ialah  komitmen cinta dan tanda setia anda kepadanya? Tak tahu? Hmm, nak bagi tahulah ni!


Kajian mendapati, pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan. Malangnya, ramai sang suami menganggap pelukan isteri itu bermaksud isteri dahagakan hubungan seksual. (otak lelaki kan kuning? hehe..), malah, ramai dalam kalangan suami menganggap, pelukan hanyalah satu tautan tubuh lelaki dan wanita sehingga, ada kalanya mereka rasa rimas selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk (pelik, kan?) 


Tahukah suami bahawa isteri merasa bahagia sangat bila kena peluk?  Sebab apa? Sebab isteri benar2 menikmati pelukan suami, tau! Dan, sebenarnya, para isteri lebih suka menikmati pelukan daripada mengadakan hubungan seksual dengan suami. Hmm, lihatlah betapa penting pelukan bagi seorang isteri...

Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad:
"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Ramai pakar psikologi yang mencadangkan 'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks."
Kuasa pelukan ini adalah bertujuan supaya segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan, baik oleh suami mahupun isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri.

Kata Dr Zubaidi lagi, pelukan bukan sahaja bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri tetapi juga ialah satu hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri. Pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain. Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra. 
Suami isteri yang jarang berpeluk akan kehilangan hubungan emosi yang membawa kepada hilangnya rasa ingin berkongsi perasaan. Janganlah hendaknya hubungan emosi hilang dalam hubungan kita suami isteri. Islam menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW ada memberitahu: 
Barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. 
- (riwayat Bukhari dan Muslim).

Jadi, perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan). Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya. 

Pelukan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram lalu mengurangkan stres dan kerisauan. Bukankah ini membantu isteri atau suami yang sedang susah hati? Hubungan antara kita suami isteri, kita yang menetukan arah dan hala tujunya. Takkan hendak dibiarkan gersang sahaja... setelah berumahtangga? Setuju? 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.