Langkau ke kandungan utama

Mood yang tak menentu... haih!

Assalamualaikum... 
Kadang-kadang, entah mengapa, kita rasa 'down' sangat. Nak buat apa-apa pun macam tak ada mood sahaja. Usik itu tak jadi, usik ini tak jadi. Akhirnya, buat benda-benda tak masuk akal. 

Itulah aku sejak beberapa hari kebelakangan. Jangan tanya kenapa. Jangan cari sebabnya. Rasa ini datang tetiba. Mood yang hilang.... begitu sahaja. Bila tak ada mood mulalah buka maaduu... tengok all about eve lagi. hmm... lepas tu tengok taegukki... korea semua! kejam betul huhu....

Namun, tulisan seorang teman buat aku terharu dan ingin bangkit dari rasa lemah dan 'give up' ini. Terima kasih Nurhaa' April kerana pembakar semangat ini:
Nur'Haa wrote: "ish kak sofi, terus kan je lah.. Jangan pedulikan sangat. Yg karang ceritanya kan akak. Yg tahu ending ceritanya pun akak jugak. bagi nur kalau tak cenggitu tak panjang pulak nanti ceritanya, kan kak? (: Kang kalau ending ceritanya tak memuaskan diaorang pulak yg protes.. macam pernah akak cakap, maybe ''yang salah datangnya dari saya. Yg baik datang nya dari Allah'' sebab tukan wlaupun penulis diaorang jugak perlukan pendapat orang lain. Dari sanalah kita belajar untuk memperbaiki. kan akak? So teruskan. Semoga cerita akak ni siap dengan hasil yg memuaskan, amin. (:   Semangat.! Semangat.! :D.
Thanks dan terima kasih banyak2. Terharu.....

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. kak, jangan sedih. betul kata Nur'Haa tu. Ni cerita kak sofi, akak lebih berhak tentukan jalan ceritanya. tapi itulah cabaran penulis e-novel, pembaca boleh tegur penulis directly kalau tak puas hati. berbeza dengan buku, tak puas hati memang simpan seorang diri je la kan? :)

    yang penting jangan berputus asa ye kak? ramai je yang masih sokong kak sofi, insya Allah. :)

    BalasPadam
  2. Hajar, terima kasih kerana selalu menyokong kak sofi. terharu nih....
    ya mmg btol, menulis di blog inilah cabarannya tp kak sofi janji x akan patah semangat, insyaallah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…