Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 16

Sebelum Melur Jasmine melabuhkan tirainya, kak sofi nak ucapkan terima kasih kepada Stunning Hijabs atas sumbangan notes Husbands must read this yang menjadi sebahagian inti MJ 16 dan terakhir ini. Hayatilah....
........................


Encik Rizal merenungi wajah anak gadis yang kini sudah sah menjadi isteri kepada Ahmad Zahim Muaz. Wajah yang kelihatan amat berseri-seri, maklum seri pengantin menghiasi diri... 

Begitulah bila bunga dijaga rapi. Tidak dibiar diri disentuh sebelum waktu. Tidak dibenar diri diusik kumbang nakal yang hinggap sekejap untuk menghisap madu..

Dia tersenyum bila puan Liza berbisik menyatakan betapa puas rasa hatinya kerana majlis kenduri, meskipun sederhana, tetapi meriah. Ya, memang satu kepuasan diperoleh apabila segala yang dirancang, berjaya diurus. Keriuhan dan keriangan masih ada kerana terdapat kaum keluarga yang belum mahu pulang meninggalkan rumah. Biarlah.. asalkan mereka gembira.

"Papa, apa yang papa dok pegang tu? Dari tadi, Melur tengok papa asyik sangat membacanya. Surat wasiat ke?" usik Melur.

Encik Rizal membetulkan duduk. "Hmm, wasiat untuk Zahim!" katanya sambil memandang wajah Zahim yang sudah berubah serius demi mendengar bicaranya tadi. 


"Untuk saya, papa?" tanya Zahim sedikit cemas. 


Encik Rizal menghulurkan kertas bercetak itu kepada Zahim. 


"Baca sama-sama dengan Jasmine. Sekarang!" 


Ahmad Zahim Muaz segera mencapai kertas yang dihulur. "A message that EVERY HUSBAND SHOULD READ?" soalnya pelik.


"Hmm, baca! Penting tu! Untuk keharmonian rumahtangga..." encik Rizal terangguk-angguk. 


Zahim menatap wajah isterinya sambil tersenyum. "Min, sayang. Jom kita baca sama-sama!" bisiknya manja.


Badrul mencebik. "Uweks! Nak muntah... Weh, belajar dari pro, la. Macam ni! Melur, sayang... jom, yang! Kita baca ni sama-sama!" 


Masing-masing sudah ketawa. 


"Eleh, perkataan 'yang' tu lebih satu aje. Pro, konon? Haha.." balas Zahim.


EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:

"Love her …when she sips on your coffee or tea." 
She only wants to make sure it tastes just right for you.
"Love her…when she pushes you to pray." 
She wants to be with you in Jannah (Paradise).
"Love her…when she asks you to play with the kids." 
She did not make them on her own.
"Love her...when she is jealous." 
Out of all the men she can have, she chose you
"Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts." 
You have them too!
"Love her…when her cooking is bad." 
She tries.
"Love her…when she looks dishevelled in the morning." 
She always grooms herself up again.
"Love her…when she asks to help with the kids' homework." 
She only wants you to be part of the home.
"Love her...when she asks if she looks fat." 
Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
"Love her…when she looks beautiful." 
She's yours so appreciate her.
"Love her...when she spends hours to get ready." 
She only wants to look her best for you.
"Love her…when she buys you gifts you don't like." 
Smile and tell her it's what you've always wanted.
"Love her…when she has developed a bad habit." 
You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. 
"Love her…when she cries for absolutely nothing." 
Don't ask! Just tell her its going to be okay
"Love her…when she suffers from PMS." 
Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
"Love her…when whatever you do is not pleasing." 
It happens and will pass
"Love her…when she stains your clothes." 
You needed a new thobe (kurta) anyway
"Love her…when she tells you how to drive." 
She only wants you to be safe.
"Love her…when she argues." 
She only wants to make things right for both
"Love her…she is yours." 
You don't need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen. The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman: Treat the women well.


Mata Jasmine berkaca-kaca selepas membaca apa yang tertulis. Bila Ahmad Zahim Muaz menggenggam tangannya sambil menyeka air mata yang menitis, hati rasa amat tersentuh. Lelaki inilah yang disuruh menyayangi, mencintainya setulus hati kerana siapapun dirinya, apapun yang dilakukannya, bakal dilakukan untuk Ahmad Zahim Muaz. 


Biar saat ini cinta baru ingin berputik, satu waktu, cinta seorang Jasmine akan mekar dan mewangi dalam kehidupan rumah tangga mereka. 


Biar saat ini cinta Zahim belum sepenuh hati untuk dirinya, Jasmine mahu Zahim tahu bahawa sesungguhnya dengan kehendak  Ilahi, bersama izin dan restu ibu masing-masing serta galakan dan sokongan seluruh ahli keluarga, akan teguhlah kemesraan, akan kuatlah ikatan bernama perkahwinan. 


Biar saat ini menyatu dua hati...


Biar saat ini memberi seribu erti..


Biarkan saat ini menjadi permulaan..


Sebuah cinta....


Sebuah destinasi bahagia...


Hingga ke akhirnya...


"Tolong! Tolong!"


Semua orang memandang ke arah Badrul Aminudin Haziq bila mendengar jeritannya yang secara tiba-tiba sahaja.


"Kenapa kamu, Bad? Kena gigit dek lipan ke?" tanya puan Liza, cemas.


"Yalah, abang ni? Kenapa?" Melur pula seakan tidak berpuas hati dengan gelagat suaminya. 


"Tu..." Badrul menjuihkan bibirnya ke arah pasangan di hadapan mereka.


Sebaik terpandangkan Zahim dan Jasmine, Melur menjerit kuat...


"Weh, apa ni? Pengantin, kalau nak main mata sangat, pergi masuk bilik sekarang? Tak malu dekat Misya ke?"


Zahim ketawa besar. "Thank you, Melur. Ingat you all tak nak bagi kami peluang untuk berdua-duaan tadi. Muahs, love you, sis!" 


Terus sahaja tangan isteri ditarik untuk naik ke bilik peraduan mereka. 


"Abang!" Jasmine masih malu-malu lagi. 


Zahim menoleh, memandang wajah isterinya yang sedang merona kemerahan sambil tersenyum. "Kenapa, sayang? Oh, abang tahu! Min nak abang dukung, ya? Meh sini!" usiknya. 


Mendengar usikan itu, Jasmine berlari menjauhi suaminya. Dia mendahului mendaki anak tangga. 


Zahim mengejar dan sempat menyambar tubuh isteri ke dirinya. 


"Mana mahu lari hah?" tanya dia bersama lirikan nakal. 


Jasmine tersenyum bahagia. Ke mana hendak melarikan diri? Ah, sudah tentu untuk masuk ke dalam pelukan gagah sang suami. Bukan begitu?
..............


semoga anda terhibur dengan Melur Jasmine. jangan lupa komen, ya..

Ulasan

  1. thanks kak..best... tp xde special edition ke nak tau gak ape punca badrul pilih melur dlu???

    BalasPadam
  2. so sweet jasmine/zahim!!!tp sure lbh menarik kalu dipjgkan citer kisah umhtga mrk.kan mrk kawin krn nak amik hati mak2 mrk.pas 2 Jasmine ada secret admire ke then zahim mula cemburu&baru sedar dia cintakan Jasmine???hehehe..~erica71~

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg rasa mcm nk sambung gak tp tgklah mcm mn nnt..

      Padam
  3. bahaya. haha. sambung2 kak sofi,..saya support. heheh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…