apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.1.12

Mangsa...


Assalamualaikum... 

Kepada anak2 gadis di luar sana, berhati2lah... 

Pesanan ini kutujukan khas untuk anda sebab anda amat mudah terdedah kepada bahaya dirogol, disamun mahupun diragut..... Kisah di bawah ini jadikanlah pedoman...

Gadis ini berusia 24 tahun. Setiap hari dia akan memandu ke stesen komuter dan memarkir keretanya di situ. Dia kemudian akan naik komuter untuk ke tempat kerja.

Semalam, merupakan hari malang si gadis. Seawal jam enam pagi, dia sudah berada di stesen dan ketika ingin keluar dari keretanya, sebuah kereta yang di dalamnya terdapat dua orang lelaki parkir di sebelah. Lelaki2 itu bersenjatakan parang, terus saja menarik gadis ini memasuki kereta mereka. Niat asal mungkin hendak menyamun namun kerana si gadis tidak ada duit yang banyak, niat berubah!

Gadis malang itu dibawa ke sebuah rumah dan di situ, ada seorang lagi lelaki. Pendek cerita, lelaki2 itu telah merogolnya dan merakam aksi mereka! Memang syaitan, kan? 

Menjadi wanita di zaman ini sungguh meakutkan. Jadi berhati2lah. Kepada gadis malang itu, marilah kita bersama2 menghulurkan simpati. Semoga polis berjaya menangkap si penjenayah.....

Nak baca secara detail? Masuk sini!! 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.