Langkau ke kandungan utama

Makan besar di musim perayaan

Assalamualaikum... 

TEH CINA...teh Cina kaya dengan bahan antioksidan untuk kuatkan sistem imun.
Anda suka minum teh cina tak? Teh Cina kaya dengan bahan antioksidan yang dapat membantu menguatkan sistem imun. 

Selain teh cina, limau mandarin, limau yang hanya ada setahun sekali ini , juga kaya dengan antioksidan. Limau mandarin mempunyai ciri2 yang menarik iaitu: 
BANYAK KHASIAT...limau kaya dengan vitamin A dan C tetapi pesakit diabetes harus berjaga-jaga kerana kemanisannya.


1. Ia terdiri daripada 85 peratus air dan hanya mengandungi 64 kalori. Ini menjadikan ia snek rendah kalori terbaik terutama untuk mereka yang menjaga atau mahu mengurangkan saiz pinggang.

2. Setiap limau mandarin memberikan kita dua gram serat dan ia adalah makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi.

3. Dengan kandungan lebih 50 peratus daripada pengambilan vitamin C harian anda, limau mandarin juga sangat baik untuk kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.

4. Penglihatan anda turut mendapat kebaikan limau mandarin ini kerana ia menyumbangkan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengambilan vitamin A harian. Vitamin ini membantu menghasilkan pigmen retina untuk penglihatan yang baik.


Tetapi, 

5. Bagi pesakit diabetes, perlu berhati-hati kerana limau mandarin ini manis. Justeru, jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa kerana ia boleh menaikkan paras gula dalam darah. Jumlah yang disarankan ialah sebiji pada satu masa.

Panduan pemakanan sihat: 

1. Ajar diri bersabar apabila berhadapan dengan makanan. Kalau pergi mengunjungi banyak rumah terbuka, pastikan anda makan sedikit di setiap rumah yang anda kunjungi.

2. Elakkan makan terlalu banyak makanan bergoreng sebaliknya, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

3. Di parti, jangan berdiri di sebelah meja yang menghidangkan makanan takut  nanti anda akan terdorong untuk ambil lebih makanan. Berpindahlah ke tempat lain selepas habis makan supaya anda ada lebih banyak peluang untuk berbual.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…